Friday, August 26, 2011

Entri terlekat GAM GAJAH selama seminggu...

Assalamualaikum semua...
Hari ni last aku kerja..
Mood pun dah 'swing' awal2 lagi..
Maklumla...x sabar nak balik raya..

Jadi sebelum balik
Aku nak tinggalkan
 Sedikit cenderahati..
Nak pos satu2 dah x lepas kan..
Aci la aku tempekkan aje kad aku ni..
Silalah terima ye...




Haa...
Pilih...pilih mana satu nak...
Free aku bagi...

Dengan ucapan

Selamat Hari Raya
Maaf zahir & batin

Pada semua sekali yang terlalu..terlintas dan yang terfolo...
Maaf kiranya aku x dapat nak berblogging dan blogwalking
Kat kampung xde tenet u olls...
xkan nak g cc semata2 nak berblog ye dak..
Kang elok2 dah mintak maaf kat MIL..
Ada lak kene pelangkung..hehe

Sebelum aku mengundurkan diri 
Sambil menghulurkan 
Sepuluh jari..

Terimalah pantun lawak
kopipes yang x seberapa ni...


Buko poso lawuh'e gereh
Njegor sunge dicaplok boyo
Keluputanku sing akeh-akeh
Kito 0 - 0 lah yo

P/s: Sekian, terima kasih...
X paham, try guna google translate ye..
Tu pun kalau ada...hehe

Friday, August 19, 2011

Why I don't watch news and read newspaper anymore nowadays..


SITUASI SEBENAR : Seorang nenek pergi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.


Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari." 


Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan!" 


Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?" 


Harakah - "Kami tiada beca." 


Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah." 


Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka." 


Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!" 


Blog Melayu Paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca." 


Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!" 


Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster." 


Mastika - "Misteri penarik beca: Temubual eksklusif dengan hantu ubi." 


Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari." 

Thursday, August 18, 2011

Iftar bersama anak yatim


Semalam bercuti dari masak2..
Sebab kompeni aku buat event berbuka puasa ngan 
Pertubuhan Anak Yatim dan Miskin
Baitul Saidati Khadijah

Memang event setiap tahun la setakat ni..
Nak2 sume dalam opis ni melayu..
So, mmg jadi perkara wajib bagi En Bos kot..

Bagusnya majlis ni dibuat bukan kat hotel2 or tempat2 mewah..
Sebab kata pengasas Rumah Anak Yatim tu
Kalau buat kat tempat depa sendiri barula anak2 yatim tu 
selera sikit nak makan
Sebab x canggung dan segan silu katanya..
So, kami pun ikutkan je la..
Janji maksud sampai kan..

Dekat je tempat tu pun..
Kat area gombak..
So ramai2la car pool-ing
sampai sesat2 bagai..
Nasib jumpa jugak..

Wajah2 lapar tunggu berbuka..
 Memula sampai malu2..
Tapi insaf jugak la tengok rumah diorang ni..
Dahla sewa mahal...RM 2000 sebulan..
pastu anak2 yatim ni baru je start dapat 
g sekolah 2 3 taun lepas je...
Sebelum2 tu sume x g sekolah..
Ada juga la ibu2 tunggal dok kat sini skali..
Tapi x ramai...dalam 2 3 orang je...
Sume pun kecik coet 
So, aku tgk sama je nampak macam budak2 tu...

INSAF LA SEBAB AKU PUN SEBATANG KARA GAK DULU 
sebelum kawen...
dah ada FAMILY skang, x ble kira dah...

Ketibaan bos2 besar..

Mula2 malu...dah kakak cun lagi peramah tolong betulkan tudung, baru ok
Siap muncung Hana Tajima ok...macam la dia tau..haha

Keje nak bergamba je..Mak dara x dapat masuk...
jadi mangsa tukang pengambik gamba anak2 dara je..*sobs

Tengok...siap suh amek banyak2..bukan leh cuci on-the-spot pun..
Pas satu gamba amek..pandai lak tu nak tgk check muka ok ke x...
Sifat keperempuanan betul...

Berbuka ringan sebelum solat
sambil diperhatikan dek Nenek Esah - pengasas

Lepas solat - beriani time...

Sangat tembam dan nakal okeh...
Bergegar aku amek gamba dia kene DUSH tang perut..

Sesi bagi duit raya...sume dah xmau beratur dah...
Kakak pening...ayark!

Goodie bag 

 Masa bagi goodie bag ni sume 'glepor' berebut2 nak jugak..
Sian pun ada...padahal sume sama je..
Beza sikit je antara lelaki ngan perempuan..

Tahun lepas berpeluh ketiak p 
Sony Wings beli walkman sorang satu..
siap download lagu raya bagai..
sayangnya diorang xtau guna pun..
So taun ni bos kata x perlulah benda2 fancy..
Cukup sekadar sikit hadiah...

OK! Baik bos!!!

Si kenit ni nak jugak...
Geram aku ngan kepala botak dia..

Hadiah extra...

Muka Nenek Esah yang teruja dapat banyak hadiah..
Aku?
Mana aku...
xde sape sudi nak amek gamba Mak buyung...sobs!
Xpe..xpe..yang penting tercapai hajat..

P/s: Sok kene join Iftar kat Hotel Equatorial plak...
Makan sorang lagi la En dadi nampaknya...huhu

Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al-Qur'an...


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.




Sumber: Sini

Tuesday, August 16, 2011

Hati aku jadi TISU BASAH lepas baca kisah benar ni....


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.


26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaannya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia


Abang pada tahun 2007.


9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapannya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Monday, August 15, 2011

Weekend yang kelam....

FUH...
Diam x diam kita dah masuk minggu ke-3 Ramadhan dah kan...
X lama je lagi nak raya...
Aku nyer persiapan...well
Sume x siap lagi...
Baju En Dadi ngan Dak Boy je dah siap...
As for me, bli baju tunjuk je kot...
tu pun mix and match...
Maklumla...nak bli mahal2 kang aku ni pakai setengah hari je...
Pastu mulalah x pakai dah sampai bebila.....
Jadi macam taun ni mmg malas nak membazir...
Memandangkan aku confident nak dapatkan 
Badan asal aku pas bersalin nanti...
Insyaallah...Usaha tangga kejayaan...

Hari ni bersiaran dari rumah je...
Slalu kat umah x dapat nak bersiaran...
Maklumla...ada budak yang claim lebih berhak guna laptop ni..
Aku pun sebagai ibu mithali, mengalah la..
Kalau bukak pun, bukan bole on9..
asal ON je..mulalah datang ngendeng nak tgk lagu ngan katun dia...
En Dadi pun ngalah on9 memalam buta je...
Nak buat cemana....
Ni Dak Boy ngah tido la aku curi2 masa..
Nak masak pun awal lagi...

Weekend aku kali ni mmg weekend yang x best..
Nak tau kenapa...
Dah semangat aku berkungfu kat dapur berejam2 sabtu lepas...
Maklumla...2 dua laki bini suka explore makanan...
So, terjumpa plak MIL nyer buku masak zaman tok kadok..
Selak punya selak...kitorang decide nak gamble je terai few resepi...
(Padahal, aku sorang je yang kene buat...haha)

So, start la aku study buku tu dari kol 12 En Dadi balik dari bli barang..
Sampai la kol 4...Dah confident masakan aku menjadi...
Tup..tup..blackout plak....cis betul!!
Ada plak orang renovate umah selang sebuah kat level aku ni....
Ntah apa dia buat ntah...tetiba tendang main switch..
X pasal2 2 level ke atas berpanas dan akhirnya bergelap...

So, semangat nak berbuka hari tu dah down...
Terpaksa la berbuka dalam gelap....
Sian dak Boy..Nasib dia x meragam kepanasan...
Maklumlah..umah pun dah tingkat 16...so, angin pun ble tahan gak
Kene la bagi sume orang bau masakan aku tu kan...haha

Jangan tertipu ngan gamba....pakai kamera berflash mmg la nampak terang benderang...
Menu: Sotong sumbat, Ayam masak merah ngan acar rampai
Jangan x caya...aku mmg x penah masak sume ni...
Aku ni jenis yang x berapa nak rajin sangat kalau tgk agak2 complicated bagai ni...

Nasi lupa nak tunjuk...maklumla...jarang nak suruh aku rajin masak lelama ni..
Nasi Oren....best wooo...Chewah..puji diri sendiri plak...
Pinggan haruslah yang plastik je..
Walaupun ada pinggan lawa..tetap suka pinggan buruk ni...

Komen En Dadi cam biasa la...
Aku goreng telur pun kata sedap...
Tapi x berapa nak feel la makan...dah bergelap...
Walaupun berlilin....Tapi x feel romantik langsung...
Kena la cepat2 sebab nak kene pegang si kenit...
Kang takut plak dia bergelap...keje nak main lilin je...
Lagipun kalau dok lama2 kat baby chair dia tu..angin plak dia..

Yang bestnya
Blackout tu nak kene panggil maintenance sebab bilik letrik tu
Depa p kunci mangga besar bapak lagi..
Jiran2 dah pakat2 nak pecah pun xle...
Dahla kitorang je yang melayu kat level ni...
Memang hampeh la kan sebab katanya nak kene tunggu Isnin baru dapat bukak..

So...ngan lampu xde...hp kong 2 dua...
kitorang pun amek keputusan keluar g bli barang2 kat tesco jap..
sementara nak bagi Dak boy ngantuk...
xle la En Dadi g terawikh malam tu...
Sahur pun cik kak x terbagun..
Nak sedar cemananya...dah 2 dua mmg bangsa 
X independent nak bangun sendiri
Mesti nak mengharapkan alarm hp je...
Sedar2 dah 6.30...Adoi!!

Betul punya puasa Ahad tu...Hambek...
dan disebabkan sabtu malam tu kitorang berbuka sikit je..
Mmg lemah la jugak tenaga batin...
G cari kasut pun sekejap je..
Sebab x larat nak kejar budak kecik yang x posa ni...

Tapi En Dadi datang plak idea nak memujuk
Maklumla...semalamnya makan x berapa feel...
So, ahadnya dia offer nak buat tauhu sumbat
Ala2 Ketuk-ketuk Ramadhan...
Semalam nyer episod kat tv
Maklumla...bila dah berlapar tu benda paling best nak usha adalah rancangan masak memasak kan...hehe

Memandangkan kitorang xnak membazir lauk semalam
yang patutnya recycle time sahur tu
Aku OKkan aje la...
Setakat tauhu sumbat tu aku confident je dia ble bikin kasi jadi..
Walaupun x penah buat...haha

Jadi jugak kan...Tapi nasib aku sempat tengok...Kalau x..
 sume jadi tauhu sumbat 4 segi tepat...
Bukan 3 segi....

As aspected...xkan nya dia nak susah2 buat sos dipping tu sendiri...
Ok la tu...mmg kene je sos tu pun... Hias2 pun xde...
Janji aku xyah masuk dapur..lalala

 Nasib petang ahad tu tetiba ada balik letrik...
Fuh...lega xble nak cakap la...
mmg x sanggup nak berbuka suram kelam macam tu...
Mekasih kat En maintenance yang sudi datang buat OT tu..
Hakhakhak....

P/s: Ni 1st time aku citer pasal makanan yang aku masak kan....
Tapi resepi tetap xde...Jangan marah...
Orang lain lagi terer dari aku....

Friday, August 12, 2011

Mana lawa...

Baby blue + Pink ke....





or





Baby Blue + Kuning....?????



Mana Lawa....
Help.....!!




P/s: Saje gatal malas nak pikir sendiri....

Thursday, August 11, 2011

Ragam KUIH...


Kuih paling gangster= Lompat Tikam

Kuih paling sexy= Puteri Mandi

Kuih paling keji= Taik Itik

Kuih bajet cute= Cek mek molek

Kuih untuk awet muda= Seri Muka

...Kuih paling alim= Kuih Ketayap

Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk

Kuih suka pukul= Kuih Lompang

Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettt

kuih yg bangun sendiri= Kuih bangkit

kuih org x mandi= BAU-LU

kuih paling tenteram= Kuih makmur

kuih paling lembap= Kuih siput......


Haa..pe lagi...


P/s: Bukan aku yang reka ni...hehe

Kredit kat kawan aku...



Nyawa2 IKAN...

Salam semua...
Aku  mintak maaf sebab x aktif 2 3 hari ni...

Aku pening ngan Blogger ni...
Ntah pape x kasi aku 'masuk'
Dah cemana aku nak update..



Yang aku bole usahakan sepanjang 2 3 hari senyap ni..
Tu la..baca pakai Google Reader je..
Pastu macam orang bisu..aka patah jari
Xle komen..

Memang mencabar kesabaran...
dahla ada seseorang yang membuat aku tercabar 2 3 hari ni..
Yang tu xyah cite la..
Kang menambah kalut..eh, kemelut yang sedia ada plak....

Ni dah masuk 4 hari aku mana ble tahan dah..
Aku try gak mencari idea..
Nasib aku try bukak guna IE (Internet Explorer bole plak...)
Nak nangis....sob!!

Harap2 cepat la ok En Google wei...
letih dah aku ni...
Diduga dengan kehilangan ala2 blog kesayangan ni...
Apatah lagi xle join menerjah blog kawan2...
Nama nak aku ingat sume link
X dapek la der...

Otak aku belum begitu terorist lagi...
Korang jangan buhsan ngan aku ye...
Aku idup lagi ni...

Ada sesapa x kene macam aku..cemana nak buat ha...

Friday, August 5, 2011

Kerana tugas....

Kerana TUGAS..
Aku ber'kepak' ke hulu ke hilir 
Menyediakan juadah berbuka
Untuk sang keluarga


Kerana TUGAS..
Aku hidupkan jua api kekuatan
Menahan sakit derita
Demi mereka yang tercinta


Kerana TUGAS..
Aku gagahkan juga kaki
Melangkah menongkah arus tenaga
Demi kerana kehendaknya teman

Kerana TUGAS..
Aku mampukan juga kudrat
Walau terpecah keringat
Demi kerana amanahnya kerja


Kerana TUGAS..
Apa boleh buat...
Sudah menjadi lumrah kehidupan
Sebagai ibu, isteri, teman, pekerja..


Dan...
Tidak ku lupa jua
Sebagai hamba-Nya..