Wednesday, June 22, 2011

Selekeh kah perempuan mengandung...

Aku pernah kenal sorang lelaki pelik,  sorang suami kepada seorang perempuan, lelaki yang aku kenal rapat. Peliknya, lelaki ni sampai aku nak ceritakan ialah, dia ni, jenis lelaki yang tak boleh tengok perempuan mengandung.


Maksud aku, tak selera nak tengok perempuan mengandung.


Siapa yang pernah mengandung, atau pernah ada isteri mengandung ni mungkin faham kenapa lah. Bagi yang tak tahu lansung, cenggini ye;




Perempuan mengandung akan mengalami perubahan hormon secara mendadak. Lebih dari yang pernah sesetengah orang jangkakan. Bukan setakat berat badan meningkat dan perut membuncit bulat yang selalu disalahtafsirkan sebagai boroi, tapi macam-macam lagi. Ketiak akan berubah menjadi gelap/hitam. Begitu juga kulit di bahagian leher. Dan kalau ada yang lebih tak bernasib baik, kemaluan juga kadang2 akan berubah kehitaman, perut, dan kulit di sekitar payudara. Dan, hello stretch markS! Lagi nasib tak baik, wajah ditumbuhi jerawat besar-besar. Muka sembab dan hidung kembang sebab muka naik kembang melebar dan hidung jadi sikit ala2 penyek (tapi yang ni aku tak pasti sebab hormon atau sebab pertambahan berat badan).


Maternity skin care bukan sesuatu yang mudah. Dan bukan sesuatu yang murah. Perempuan mengandung tak suka pun keadaan ni semua. Walau puas dipujuk oleh orang sekeliling bahawa hitam-hitam tu semua akan hilang selepas bersalin, tapi, dia tetap berusaha menyental dengan spa salt, krim lulur, body scrub atau apa-apa sahajalah yang difikir relevan.


Berbalik kepada lelaki tadi, semasa isteri dia mengandung anak pertama, selera terhadap dia tu pun tumpul. Malang bagi si isteri bila dia mengalami perubahan hormon yang dahsyat. Bukan dia taknak melawa. Masalahnya dia dah cuba macam-macam. Kosmetik, plastik, semua tak menjadi. Muka tetap sembab. Berjerawat macam kawah bulan.


Dan demi memuaskan nafsu jantannya, lelaki tu cari 'makan di luar'.


Aku tahu. Tapi aku diamkan sahaja. Sebab tak nak masuk campur hal rumahtangga orang.


Lepas isterinya bersalin, lelaki tu pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, si isteri cantik semula. Selera lelaki tu pun, kembali semula.


Masa berlalu, si isteri mengandung lagi.


Seperti sebelumnya, kerana perubahan hormon dan fizikal yang berlaku ke atas si isteri, lelaki tu 'cari makan diluar' lagi. Kali ini perbuatannya terkantoi bila lelaki dan teman wanita gelapnya terserempak dengan adik si isteri yang turut membeli belah di tempat yang sama.


Seperti biasa, perang meletus. Hebat. Aku perhatikan dari luar. Memang takde rupa nak reda. Hari-hari bertekak. Pun aku senyapkan sahaja. Bayangkan seorang perempuan yang sedang sarat mengandung - mengandungkan anak seorang lelaki yang tidak ada selera terhadapnya lagi - mengandungkan anak seorang suami yang hari-hari layan perempuan lain di malam hari.


Anak di dalam kandungan tak tahu apa-apa. Demi kasih seorang ibu, si isteri kandungkan juga anak itu dengan penuh kesabaran - dengan penuh cabaran - air mata siang malam pagi petang.


Lepas si isteri bersalin, lelaki tu pun pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, isterinya cantik semula. Selera si lelaki x guna tu, kembali semula. Mungkin si isteri luhur dan tulus memaafkan lelaki itu. Demi anak-anak.


Masa terus berlalu, si isteri mengandung lagi, anak ketiga. Dan seperti sebelum-sebelumnya, lelaki tu cari makan di luar lagi. Aku dah cukup dewasa ketika itu untuk lebih memahami hati seorang wanita dan ibu.


Dan kali itu aku masuk campur.


Sampai aku bergaduh besar dengan lelaki tu. Segala caci maki semua aku keluarkan. Khas untuk lelaki x guna dan teman wanitanya itu. Tapi tetap aku diamkan dari pengetahuan si isteri. Aku taknak emosi isterinya yang sedang mengandung tu terganggu lagi. Boleh meroyan kalau silap hari bulan.


Lelaki tu cakap, aku terlalu mentah untuk menyibuk dalam hal hidup rumahtangga dia. Aku cakap, aku dah terlalu masak dengan perangai dia.


Tapi,


Lepas si isteri bersalin, lelaki tu macam biasalah pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, si isteri bertukar cantik semula. Selera si lelaki tu kembali semula. Perlahan-lahan si lelaki cuba berbuat baik dengan aku.


----------------------------------------------------------------


Rentetan dari senario itu, dulunya aku nekad akan sesuatu -


Aku taknak mengandung. Aku taknak anak. Lagipun aku tak berapa sukakan budak.


Aku takut. Aku paranoid.


Tak dapat bayangkan macam mana kalau si dia duakan aku masa aku mengandung. Tak pedulikan aku. Hilang di malam hari. Siang pun susah nak jumpa. Tinggallah aku terboyot-boyot membawa perut. Penuh emosi. Kacau bilau. Jiwa kacau.


Sumpah aku takut.


Tapi nasib orang tak semua sama. Dunia memang selalu tak adil. Sebab itu diciptakan nasib berbeza-beza.


Nasib aku agak baik bila aku rasa aku semacam di manja-manja dek si dia bila aku membawa si 'kecil' dalam perut aku ni. 
Terima kasih En Dadi sebab buat aku percaya yang tak semua lelaki sama x guna. Walau aku rasa aku super duper selekeh sepanjang tempoh nak masuk 5 bulan ni. Terima kasih sebab tolong ringankan kerja rumah.


Dan untuk korang yang sedang membaca dan masih belum tau- ya aku sedang mengandung. Dah sikit lagi nak jadi macam tong dram dah sekarang ni. Doakan semuanya baik untuk aku dan kelahiran yang bakal terjadi dalam lebih kurang 4 bulan lagi.


Doakan lelaki tu berubah. Aku harap korang tak komen marah-marah kat dia sebab nasib korang selepas kawen, korang tak tau lagi nasib masing2.


OK, dah macam buat announcement dah ni. OK lah, bye!


P/S: Sebelum ni Gelaran kat opis - "Mak Dara'...sekarang jadi 'Mak Buyong'...x kreatif langsung....HUH!!

16 comments:

PinKy MoMMa said...

yang..kalau hitam di bahagian leher tu..ku pun alaminya..

tapi pas bersalin serius dia hilang..ajaib! mak kata pembawakan ;)

tapi mmg ku ngandung anak dua2 pun malas hahaha..malas nak mekup..malas nak makan..jalan je ku suka..

tapi tak de la smpai tak siap and selekeh sgt kan..

aza ni said...

ohgosh


siapa kata wanita ngandung tak menyelerakan.....masatulah yang termanis bagi kita....wife kita dah sampai 45, kalau ikut hati m memang nak dia ngandung lagi, tapi doktor dah nasihat, better dont, last delivery ada complication....anyway syukur, ada 5 kali kita nampak manis wife kita,,,


semoga awak tabah dan berbahagia di samping suami mengharungi hari hari seterusnya...trust me, best time is when sambut babby dan azan serta qamatkan...

Unknown said...

huhu..mekasih semua atas sokongan!!

Aty Fared said...

dulu pernah merasa mengandung 3 bulan..[sebelum keguguran].. walaupon hanye sekejap..tapi saye dapat rase 'kesannye' biler saya memang tetibe jadi sangat pemalas nak bersiap biler keluar apetah lagi kat rumah... dan yang paling saye perasan.. walaupon saya make-up macam biase dan berdandan untuk gi wedding member..tapi biler tengok gambar..saye tetap nampak comot dan sembab muker macam orang tak mandi pagi..!!!
biler baby dah 'tak de'.. baru saya kembali normal..dan baru tau tu pembawakan baby rupernyer.. huhu[menakutkan]..
saye pernah dengar jugak ade kawan2 lelaki kate biler isterinyer mengandung..akan nampak lebih seksi dari biase..siyes tak tipu... so.. keadaan berbeza2... :)
lelaki yang awak cerite kan tu bukan lar lelaki baik... tak tau menghargai susah payah bini die penat ngandungkan anak tuk die...

~SHiLA~ said...

siannye pompuan tu.ngandong ank laki dea tp laki dea wat hal

Lulu Caldina said...

bagi lulu ibu mengandung adalah yang tercantik dan ada aura..dear, hayati masa indah itu, sebab tak semua mampu melaluinya...

sihat hari ni?

Lulu Caldina said...

bagi lulu ibu mengandung adalah yang tercantik dan ada aura..dear, hayati masa indah itu, sebab tak semua mampu melaluinya...

sihat hari ni?

NaniRostam said...

selamat menjalani saat mengandung dan melahirkan yang indah-indah belaka...semuga keluar nanti mendapat zuriat yang cantik sempurna dan baik belaka.....

armouris said...

info tentang berpantang selepas bersalin di SIHAT SELALU - Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang Dengan Tungku Elektrik

Kenari Putih said...

Kesah sapa la ye.. geram betul dgn jantan tak guna gitu... Tapi si isteri redha kan.. yela demi anak2...

Pearl V-TA said...

Allahuakbar..sedihnya Ada lelaki macam ni. Tapi realitinya memang ramai lelaki macam ni Sekarang.

Nauzubillah..moga kita terlindung Dari ujian macam ni.

http://pearlvta.blogspot.com

Pearl V-TA said...

Allahuakbar..sedihnya Ada lelaki macam ni. Tapi realitinya memang ramai lelaki macam ni Sekarang.

Nauzubillah..moga kita terlindung Dari ujian macam ni.

http://pearlvta.blogspot.com

diana said...

Sedih baca citer laki yang makan luar bila isteri ngndung :( semoga diberi petunjuk dan hidayah pada laki2 seperti itu.

Unknown said...

perempuan mengandun memang selekeh takde mood tudung kalau boleh tak bergosok.

muka sememeh , mata mengantuk, malas, nak marah.

Unknown said...

perempuan mengandun memang selekeh takde mood tudung kalau boleh tak bergosok.

muka sememeh , mata mengantuk, malas, nak marah.

Unknown said...

perempuan mengandun memang selekeh takde mood tudung kalau boleh tak bergosok.

muka sememeh , mata mengantuk, malas, nak marah.