Wednesday, July 23, 2014

Guest Blogger: DIY Magazine Holder/Divider by Suri

Assalamualaikum semua...kali ni seorang lagi Blogger yang suka berDIY menampilkan diri...Presenting Suri of Projek DIY Suri yang sudi sharekan cara beliau mengubah kotak kosong jadi sesuatu yang berguna. Salah satunya ini:



Bagus sangat Idea Suri ni sebab saya x terpikir pulak nak mengubah kotak jadi Magazine holder..cuma terpikir nak membalut kotak tu ada la...huhu

Actually ada terfikir nak menyelamatkan kotak2 kosong tapi memang sangat xde masa...DIY lain ada masa pulak ye...Huhu...Well..Blog Suri ni sangat cool tau..Sebab dia banyak share berkenaan dekorasi dan susun atur rumah...So sapa2 yang nak get inspired, silalah ke blog Suri di:


Sekian, TQ for reading
Wassalam




Wednesday, July 16, 2014

Guest Blogger: DIY Ombre Summer Canvas Bag by Sabrina

Assalamualaikum semua...best kan ada segmen macam ni...xla bosan asik tgk DIY dari saya je...Sekarang ramai dah suka berDIY di Malaysia ni------NOT...Sangat azab ok nak cari orang yang suka cuba buat things sendiri...Agaknya orang Malaysia ni banyak duit sangat sampai apa2 pun beli...Huhu...Anyway, ada je yang DIY...Tapi malu2 kucing xnak share dengan orang..

But this time around..saya jumpa dengan DIY yang menarik sebab macam biasalah..kalau menarik tertarik tu sebab kesimplean dan praktikaliti DIY itu sendiri...Dan orang yang buat pun comel je...Muda remaja lagi..so opkos DIY yang sangat fun ni oleh SABRINA TAJUDDIN. Femes agaknya sis ni sebab kalau google diy je asik keluar nama dia dulu..so saya pun saje2 bertandang ke blog dia dan sememangnya sangat talented beliau ni...Bukan setakat DIY..mekap tutorial..events..fashion..macam2 dia punya post...Phew..x mampu ahkak nak ngikut dik...As for the DIY she made...Well, here it is...

Ombre Summer Canvas Bag


Amacam? Like I said before...sangat talented..saya nak jugak beg camni...sebab berguna pada saya bukan sahaja untuk Summer..well, negara kita memang always 80% summer...so saya suka praktikaliti beg ni sebab saya selalu akan guna time keluar nak simpan telekung....grocery shopping...outing ke playground...pool..dan keluar ke pantai...

Hoi...betul ke macam tu banyak sekali gunanya...? Betullll...tarak tipu punya...Maybe sesetengah orang x suka..Tapi saya sangat suka..terutama sekali kalau saya boleh custom sendiri....Lagi mak encek suka bangat!! Xyah poyo sangat la nak pakai beg LV g beach kan..Err..ada ke daku ini beg LV? Haha


Comel..comel..comel...
Boleh kan nak tiru....? Nak tiru jugak...x kira...

Marilah beramai2 ke Sabrina Tajudin's Blog
untuk DIY yang sangat comel ni..

Sekian, TQ for reading
Wassalam

Wednesday, July 9, 2014

Guest Blogger: DIY Personal Organizer / Planner by Nadia Helena

Assalamualaikum semua...Kembali lagi hari ni dengan another Guest untuk segmen Guest Blogger ni iaitu Nadia Helena...Iaolls tabik spring sangat sebab Nadia ni gigih nak buat custom Personal Organizer cum Planner dia ni...Dan hasilnya korang boleh tengok sendiri....Cantik sangat kan...!!





Siap ada 'TAB' yang spesifik..ada  design cun..dan yang paling penting...ada kalendar tuu...


Sangat sesuai untuk Planner saya tahun depan....*like I ever planned things...haha

Seriously...Memang terus ada dalam checklist untuk tahun depan...
Sebab tahun ni macam dah nak lambat sangat kan...cuma masalahnya dapatkah saya grab warna cover kegemaran macam Nadia...No pink la opkos...Gold maybe...Hmm...
Misi mencari bermula nampaknya...huhu

So, sapa2 yang berminat..sila lawat blog 

NADIA HELENA

sekarang..GO Now!

Till then
TQ for reading
Wassalam

Tuesday, July 8, 2014

DIY Sampul Duit Raya

Assalamualaikum semua...It's DIY time again....Kali ni mesti mengujakan korang punya la...pfft...padahal idea kuno pun..ramai sangat dah post pasal DIY ni..huhu...Bulan posa ni kan...keje banyak namun nak juga contribute bersempena Ramadhan ni kan...So aiolls nak tunjukkan skill aiolls nak buat sampul duit raya from scratch ni...


But mind u ini adalah DIY post yang paling banyak gambar...Demi untuk memudahkan korang2 sekalian..Macam banyaaaaakkk la sangat kan...Huhu


Bahan-bahan:
Gunting,Gam, kertas
(Bole download di sini kalau berminat)



Template tu printkan atas kertas. Seelok2nya atas kertas yang tebal sikit la..Kertas A4 yang 80 gram punya ke or pakai jenama Double A baru cantik sikit...Huhu


Guntingkan


Kemudian lipatkan ke dalam bahagian yang bertanda GLUE tu..Saya guna 'Bone Folder' untuk score dan kasi lipatan tu kemas sikit.


Inilah benda alah 'Bone Folder' tu kalau nak tau..Gunanya untuk mark/tanda garisan pada kertas tanpa mengoyakkan kertas tu; contoh: kalau nak buat kotak dari artcard ke..kan keras..susah nak lipat cantik2..so di sinilah 'Bone Folder' ni membantu...Boleh jugak nak guna belakang pisau atau benda2 yang tumpul...Tapi since dulu saya ada ambik upah buat kotak gift..So ada la alasan untuk beli benda ni...


Nampak x kekemasan dan lurus je bila melipat tu..



Then gamkan pada bahagian yang bertanda GLUE tu..Siap!


Sampul yang saya buat ni boleh muat duit RM50..
Note RM100 x try lagi...








Ada 5 design semuanya...Sorry la gambar x berapa nak clear...Menggigil kan lapar...Kihkihkih...
Sambil2 buat ni tengah pikir gak..nak buat semua design ke..nak ambik ikut baju je...
Sampul pun nak tema gak kan..kekeke..
Yang pastinya baju raya saya sekeluarga memang dah ada yang matching ikut sampul ni...huhu

Sekian, TQ for reading
Wassalam

Wednesday, July 2, 2014

Guest Blogger: DIY Wooden Vase by Nana Syazana

Assalamualaikum semua...Ekcited gila dengan segmen ni sebab mendapat sambutan dan sokongan dari blogger2 sekalian..Kali ni saya nak share DIY dari Nana Syazana pulak...Nana ni blogger yang sangat talented sebab dia terer buat Hand bouquet...So pada B2B sekalian..sila terjah blog nana pasni k...Nasib dah kawen..kalau x..memang dah tempah gak 1..Haha


Ok berbalik pada tajuk la kan...Nana share macam mana nak buat Wooden Vase..Actualy bukanlah wooden betul pun..kira faux wooden vase sebenarnya..tapi sangat kreatif dan sangat sesuai untuk digunakan pada wedding or even candy buffet table tema country, garden xpun pada guest table dan table menghidang juadah Raya nanti.....super comel dan murah...!!! Well, itulah tujuannya kita berDIY kan..kalau mahal2 might as well beli je ye x...



Tengok..kalau nampak..batu pun just balut ngan kain tablecloth ala2 lace tu dah boleh jadi hiasan...
Alahai...ngah pikir ni mana nak tiru dan absorbkan idea Nana ni...Idea Nana ni sampai masuk majalah Pesona Pengantin for Rustic Wedding Theme gitu...hebat x hebat kan...Huhu






For more, sila terjah beramai2 ke sini


And you'll find new love for DIY too...

Sekian, TQ for reading
Wassalam


Tuesday, July 1, 2014

Diy Kufi Art Canvas

Assalamualaikum semua...Kali ni sebenarnya projek cuba-jaya gitu...Sebenarnya digalakkan dari group KSSA (Kami suka susun atur) di FB tu la...Ada seorang ahli group ni yang sangat dasyat kreativiti seninya sampai dia post apa pun dalam mana2 group mesti orang kagum gila ngan dia termasuklah saya iaitu sis Nani Idayu...

Tapi tulah..Most of the items she made and draw adalah Not For Sale..Saya xtaula berapa kali dah merayu beliau supaya jual benda2 yang dia buat tu..Tapi memang susah sebenarnya sebab dia pun ada anak kecik...dengan kerja lagi..so benda2 hobi ni memang payah sikit nak produce banyak2...

Anyway, kerana dia x jual tu lah saya cuba usaha sendiri nak buat jugak salah satu kerjatangan dia iaitu Kufi art. Ya..saya tau...memang ramai orang jual..tapi kepuasan dapat buat sendiri tu memang lain macam kot...dan juga membuktikan x pandai melukis pun akan ada alternatif lain yang boleh diusahakan...Gitu..

Macam biasa..Sila perhatikan bahan2nya:
Gunting | Pensel | Kanvas (saiz ikut suka) | Pembaris | Spray Paint | Kertas sticker


* Kadang2 orang suka tanya saya kenapa pakai bahan2 itu ini...SEBAB saya selalu guna apa yang ada kat rumah je..ada 1 2 benda je kadang tu kena beli...Kata nak jimat kan...


Ni saya cuba nak buat pattern 'Herringbone' - dia lebih kurang macam 'chevron' la..but simpler..
Boleh buat pattern lain..Jangan risau
*Sorry- gambar kurang memuaskan


Pastu tampal la masking tape pada mana2 permukaan yang xnak kena cat tu..
*Note: Perhatikan permukaan yang agak kekuningan tu..tu masking tape sebenarnya...



Ni masa dah Spray dan buang masking tape tadi tu..jadilah macam ni...
Tips: Pastikan tape tu betul2 melekap pada canvas or else..jadilah sememeh dan comot macam saya punya canvas ni...Nasib ada Krylon Chalk Pen - Selamat la boleh comelkan balik...ngee


Untuk Kufi art Muhammad tu saya just copy dan cuba buat dengan menggunakan Excell
Sapa nak boleh ambik kat bawah ni k..


Then print menggunakan kertas sticker dan potong


Siap!



Bolehla display - sebenarnya untuk Kufi Art kalimah Allah x siap lagi sebab kanvas saiz besar saya x jumpa. But it will soon sebab tinggal nak pergi beli je... Rasanya betul dah tu tulisan yang saya ikut berpandukan Google tu..kalau salah sila tunjuk ajar k...Will update here once done..

Sekian, TQ for reading
Wassalam

Monday, June 30, 2014

DIY Magnetic Key Holder

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...Hari ni hari ke2 umat Islam berpuasa...Thought of not DIYing anything this month..Tapi macam x boleh je...Lagi pulak nak raya khenzz..opkos lagi rasa terdesak nak settlekan 'lubang' area yang terbiar lagi...Huhu..so xpela..hidup macam biasa..walaupun berganda2 kerja dan aktiviti yang perlu dilakukan...Sebulan je pun...Bukan selalu ye tak...

DIY kali ni dipengaruhi oleh Post sis Nurizzah Majif yang dah di'featured' dalam segmen Guest Blogger dulu...Mak encek pun dah tergoda nak buat sebab En dadi selalu campak2 je kunci beliau, syiling..rokok...dalam bowl ikea yang saya saje letak..jadi nampak x kemas pulak kan...Apalagi..idea Iza tu memang mendatangkan 'TING' untuk saya...So xnak menceceh panjang2, here it is...Bahan2 untuk Magnetic Key Holder ni:



Chalkboard sticker/ spray paint, Alphabet plastic/wooden, Gam Epoxy, Gunting, Gel Double sided tape / paku, Magnet dan Tray / frame (Guna apa yang ada je..)



Sebab nak cepat dan malas..So, just tembak dengan Spray Paint je senang


Plastic Letter ni rembat sikit SuperHEROes punya..Dan saje nak bagi seragam - saya spray dengan Gold Metallic paint


Bila cat dah kering..Bolehla mula tampal2 dulu belakang tray ni dengan double sided tape..
Skip kaedah ni kalau guna paku or lekat dengan cara lain..





Then boleh lekatkan magnet2 pulak dengan menggunakan Gam Epoxy


Same goes to the letters - gamkan


Untuk orang yang mata xde piawaian macam saya ni..sila tanda supaya bila dah lekat nanti x senget benget




Lepas tu kalau ada penyekit OCD macam saya ni...sila tulis sikit supaya *ehem En Dadi tau mana nak kena letak sekian kunci..bukan main lekat sesuka hati je...Tulisan buruk xpe..Janji paham..Huhu

So itulah DIY untuk hari ni...

Sekian, TQ for reading
Wassalam