Wednesday, August 28, 2013

Hmmm..

A

ssalamualaikum semua..Last Jumaat harijadi saya...Happy? Happy la sebab still diberi kesempatan bernyawa dengan sihat dan sejahtera di muka bumi ni...Amin...

Hadiah xyah tanya la..memang dah tua2 ni  xdela harapkan pape..cume kalau dapat LV ke COACH ke..jadi la...huhuhu..keduniaan sungguh! Cakap pasal tua ni saya cam konfuse sikit dengan satu insiden...

Last Friday ramai la yang wish birthday...Biasa kalau birthday perempuan yang nampak x macam 20an sangat ni orang x tanya dah..Personally ni teori ahkak je la..Bcoz lama dah orang x tanya umur ai..kecuali nak isi form ke or kerja2 rasmi...*terserlah keANTIKan di situ kan...Tapi al-maklumla...ni kan opis baru..So, rajin plak adik2 ni tanya berapa umur...Kalau dulu saya cam kurang menerima kenyataan...setakat jawab ngan senyuman je la..Tapi kali ni saya dah x heran dah...

Belum sempat jawab pun lagi bebudak ni kemain meneka umur...Ada yang cakap 27 la..ada yang cakap 28 dan x kurang jugak cakap 29..Amboi...Nampak muda sangatkah or just nak ambik ati ni...Konpuse ai tau! Then bila saya selamba cakap 33 tahun..Sume terdiam pastu pandang2...Aik?

Pelik ni....Apsal agaknya ye?


Tengok..ai x kisah pun tunjuk kemut kedut2 ai ni tau...Huh!

Thursday, August 22, 2013

Rumah Amal Buah Hatiku versi penipuan

A

ssalamualaikum semua..Agak2 ingat lagi x saya pernah share 1 entri berkenaan Rumah Amal Buah Hatiku (RABH) dalam blog ni tahun lepas....Kalau lupa..sila ke ENTRI ni..Tapi jangan percaya dah segala perasaan kasihan ataupun rasa sedih yang saya atau orang2 yang terlibat mengomen mengenai RABH ni...kenapa?



Ok, macam ni...ni bukan nak berlagak...cuma nak mengukuhkan kebenaran yang sedia ada...Sebenarnya rumah ni telah disedekahkan oleh Abang +Kakak Ipar saya memandangkan memang niat diorang untuk sedekahkan sebuah rumah untuk anak2 yatim/fakir miskin. Tapi dunia sekarang...Amal jariah pun orang nak ambil kesempatan...Rumah tersebut rupanya berlindung di bawah Global Ikhwan Sdn. Bhd. yang berkait rapat dengan Al-Arqam yang telahpun diharamkan sejak tahun 1994.

Saya pun kesal sebab  saya kemain bersimpati dan menarik ramai kawan2 tuk turut sama2 bersimpati dengan RABH...saya malas nak selongkar banyak2...sebab kalau nak baca semua fakta dari saya dalam blog ni...memang xtaulah bila nak habis entri ni...So, kalau rasa nak tau tentang kebenarannya, silalah ke blog Abang Mazidul  di SINI dan SINI..serta entri dari Blogger Gojes-Zeeda Aziz di SINI. Ataupun, rajin2 la google berkenaan penipuan RABH ni...kalau dah baca tu..nanti memang boleh sampai pening sebab dah berkait dengan rumah amal kebajikan lainnya pulak...adoi..

Yang paling menyayat hati tu..berkenaan anak2 kecil yang dikatakan YATIM dan FAKIR MISKIN ni...sebenarnya mereka x YATIM pun...Pengurus rumah tersebut iaitu Pn Asiah sebenarnya adalah isteri ke-3 Ustaz Ridwan Alisabi. Ustaz apa macam tu...meYATIMkan anak2 sendiri demi kepentingan diri sendiri dan penggiat Al-Arqam je...Memang x patut...Saya x paham macam mana orang2 ni semua boleh menerima ajaran ABUYA yang jelas terpesong macam tu je..


Inilah Dalang utama - Ridwan Alisabi dan ketiga2 isterinya...Yang tengah pakai tudung biru itulah Pn Asiah iaitu pengurus Rumah Amal Buah Hatiku. Isteri pertamanya tu pulak (Bertudung biru gelap) pengurus sebuah Rumah Amal di Kajang. - kredit Blog Abang Mazidul

Padanla masa saya pergi RABH menjenguk budak2 tu muka semua lebih kurang je...dan nama budak2 lelaki semuanya bermula dengan 'Muhammad'..Apa punya mak bapak macam ni...Kata kakak ipar saya: Pn Asiah kata x salah mereka menerima bantuan sebab suami dia x kerja, so diorang orang susah a.k.a fakir miskin. Jadi susah yang p kahwin sampai 3 tu pasal apa...susah nak kerja..tapi buat anak ramai2 sampai 20-30 orang x susah pulak...!!


Kredit: Blog Abang Mazidul

Perkara ini dah dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JAIS..Kakak ipar saya bagitau dia dahpun bagi notis supaya mereka hangkut anak2 mereka keluar dari rumah tu...Kejam? kejam lagi mempermainkan perasaan simpati kita sebagai umat Islam...x payah nak cakap pasal nak menolong sesama umat...Sesama umat sendiri yang mempermainkan sesama agama..Lagi pulak..barang2 yang disedekahkan tu..bukan semuanya habuan anak2 kecil tu pun...kebanyakannya dijual semula di kedai2 naungan Al-Arqam...Seriously dumb and nonsense....Lagi tambah mental mengenangkan Pn Asiah yang memeluk saya erat2 sewaktu kunjungan kitorang sekeluarga Ramadhan lepas...Gila berlakon..!



Saya xnak detail sangat pasal 'ABUYA' whatsoever sebab Blog Abang Mazidul dengan Blog Zeera Aziz dah banyak sangat explain pasal kegiatan yang x pernah luput ni..Saya punya concern sekarang adalah berkaitan anak2 kecil yang semestinya x tau apa2...Apa jadi dengan nasib diorang kelak..Ke hulu ke hilir membawa title anak yatim just for their parents selfish act. Apa2 pun..pengajaran lagi buat kita semua...lepas ni..even nak menderma pun kena refer Jabatan berwajib dulu...Walaupun macam berkira dan x ikhlas..tapi at least kita x membabi buta menyokong orang2 lahanat macam mereka2 ni...

Sekian, Thanks for reading...

Monday, August 12, 2013

Entri pukal Aidilfitri

Salam Aidilfitri kawan2...sorrylah kiranya saya terlalu mendiamkan diri sekian lama...
2 minggu sebelum beraya  saya sibuk sangat dengan agenda membaikpulih dan pindah rumah..

Lepas tu raya pun ala kadar je di kampung En Dadi macam tahun2 sebelumnya.....al maklum...dah berhabis nak repair rumah baru...so persiapan rumah xla begitu havoc sangat..nasib instinct saya macam dh agak je raya tahun ni saya x sempat nak buat apa2...so, Januari saya dah macam org gila start siapkan baju raya satu famili...Tema haruslah hijau emerald walaupun dalam kelam kabut tu kan...kuih raya pun main tunjuk2 je semua..bab kuih mmg wajib kn tunjuk je...sebab saya pandai makan kuih je..buatnya langsung x pandai...huhu

Ni pun still banyak yang x sudah lagi cerita pindah ni..tapi buat apa yang termampu aje..buat sikit2..Alhamdulillah dah pun ada rumah sendiri..walaupun dh tua bangka baru nak beli rumah..tapi at least ada jugak rezeki...nanti saya cerita pasal pindah rumah di lain masa.. Till then...Selamat hari raya Aidilfitri semua..tq kerana rajin singgah ke blog saya yang x seberapa ni...Maaf zahir batin..