Thursday, August 22, 2013

Rumah Amal Buah Hatiku versi penipuan

A

ssalamualaikum semua..Agak2 ingat lagi x saya pernah share 1 entri berkenaan Rumah Amal Buah Hatiku (RABH) dalam blog ni tahun lepas....Kalau lupa..sila ke ENTRI ni..Tapi jangan percaya dah segala perasaan kasihan ataupun rasa sedih yang saya atau orang2 yang terlibat mengomen mengenai RABH ni...kenapa?



Ok, macam ni...ni bukan nak berlagak...cuma nak mengukuhkan kebenaran yang sedia ada...Sebenarnya rumah ni telah disedekahkan oleh Abang +Kakak Ipar saya memandangkan memang niat diorang untuk sedekahkan sebuah rumah untuk anak2 yatim/fakir miskin. Tapi dunia sekarang...Amal jariah pun orang nak ambil kesempatan...Rumah tersebut rupanya berlindung di bawah Global Ikhwan Sdn. Bhd. yang berkait rapat dengan Al-Arqam yang telahpun diharamkan sejak tahun 1994.

Saya pun kesal sebab  saya kemain bersimpati dan menarik ramai kawan2 tuk turut sama2 bersimpati dengan RABH...saya malas nak selongkar banyak2...sebab kalau nak baca semua fakta dari saya dalam blog ni...memang xtaulah bila nak habis entri ni...So, kalau rasa nak tau tentang kebenarannya, silalah ke blog Abang Mazidul  di SINI dan SINI..serta entri dari Blogger Gojes-Zeeda Aziz di SINI. Ataupun, rajin2 la google berkenaan penipuan RABH ni...kalau dah baca tu..nanti memang boleh sampai pening sebab dah berkait dengan rumah amal kebajikan lainnya pulak...adoi..

Yang paling menyayat hati tu..berkenaan anak2 kecil yang dikatakan YATIM dan FAKIR MISKIN ni...sebenarnya mereka x YATIM pun...Pengurus rumah tersebut iaitu Pn Asiah sebenarnya adalah isteri ke-3 Ustaz Ridwan Alisabi. Ustaz apa macam tu...meYATIMkan anak2 sendiri demi kepentingan diri sendiri dan penggiat Al-Arqam je...Memang x patut...Saya x paham macam mana orang2 ni semua boleh menerima ajaran ABUYA yang jelas terpesong macam tu je..


Inilah Dalang utama - Ridwan Alisabi dan ketiga2 isterinya...Yang tengah pakai tudung biru itulah Pn Asiah iaitu pengurus Rumah Amal Buah Hatiku. Isteri pertamanya tu pulak (Bertudung biru gelap) pengurus sebuah Rumah Amal di Kajang. - kredit Blog Abang Mazidul

Padanla masa saya pergi RABH menjenguk budak2 tu muka semua lebih kurang je...dan nama budak2 lelaki semuanya bermula dengan 'Muhammad'..Apa punya mak bapak macam ni...Kata kakak ipar saya: Pn Asiah kata x salah mereka menerima bantuan sebab suami dia x kerja, so diorang orang susah a.k.a fakir miskin. Jadi susah yang p kahwin sampai 3 tu pasal apa...susah nak kerja..tapi buat anak ramai2 sampai 20-30 orang x susah pulak...!!


Kredit: Blog Abang Mazidul

Perkara ini dah dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JAIS..Kakak ipar saya bagitau dia dahpun bagi notis supaya mereka hangkut anak2 mereka keluar dari rumah tu...Kejam? kejam lagi mempermainkan perasaan simpati kita sebagai umat Islam...x payah nak cakap pasal nak menolong sesama umat...Sesama umat sendiri yang mempermainkan sesama agama..Lagi pulak..barang2 yang disedekahkan tu..bukan semuanya habuan anak2 kecil tu pun...kebanyakannya dijual semula di kedai2 naungan Al-Arqam...Seriously dumb and nonsense....Lagi tambah mental mengenangkan Pn Asiah yang memeluk saya erat2 sewaktu kunjungan kitorang sekeluarga Ramadhan lepas...Gila berlakon..!



Saya xnak detail sangat pasal 'ABUYA' whatsoever sebab Blog Abang Mazidul dengan Blog Zeera Aziz dah banyak sangat explain pasal kegiatan yang x pernah luput ni..Saya punya concern sekarang adalah berkaitan anak2 kecil yang semestinya x tau apa2...Apa jadi dengan nasib diorang kelak..Ke hulu ke hilir membawa title anak yatim just for their parents selfish act. Apa2 pun..pengajaran lagi buat kita semua...lepas ni..even nak menderma pun kena refer Jabatan berwajib dulu...Walaupun macam berkira dan x ikhlas..tapi at least kita x membabi buta menyokong orang2 lahanat macam mereka2 ni...

Sekian, Thanks for reading...

6 comments:

imie fatiema said...

OMG tergezut baca macam ni punya orang pun ada ke dalam dunia ni?

O'gosh Iskandar said...

Ada dear..lagi teruk Puan Asiah tu relax je menjawab..mmg kn hati2 zaman sekarang ni..

Lelaki said...

hhmmm hebat betul org zaman sekarang ni.

aniswany lazim said...

xsangka..tp skang ni klau fikir betol ke tidak diorg ni miskin mmg xkn derma la,so just niat dlm hati nk derma yg lain letak tepi.tapi dh kalau ribu2 tu mmg kena pkir byk kali la...

Anonymous said...

Ni rumah cik bg tu ke kak ngah? Lann.

.. wise man says... said...

saya involve dengan uak puank ni sebab saya business kerjaorangpencen.blogspot.com saya dev. software untuk kegunaan mereka termasuk OKU , Maahad tahfiz dll , memang betul , mereka ni macam ada scam .., songkok hitam tinggi ... puak tu lah...