Friday, June 24, 2011

What would you do IF...

Kadang2 ada benda mudah yang memerlukan semangat kental dan keselambaan yang tinggi tuk berkata-kata....
Bukan sebab nak sakitkan hati sesapa...Sebab xnak sakitkan or mengecutkan hati orang la kene kadang jadi pening...tatau macam mana nak cakap...

Situasi selalunya mudah...tapi, APA NAK BUAT BILA:

1.   Kawan satu opis x pernah pakai deodorant (xpun memang x mandi)...bila masuk ofis je...fuh, mak ai!! Gila kaw!! Nak2 dia duduk pulak depan kita..

2.   Ngah dating sambil gelak2..terperasan yang si boipren punya taik  hidung berselepet sampai setiap kali dia bernafas, maka termuncullah sekali sekala terkeluar rongga menuruti hembusan...

3.  G kenduri bawak awek seksi cun melecun, tapi kat gigi ada tercalit lipstik masa dia tergelak besar dengan usikan kawan2 kita.

4.  Bos suruh masuk bilik dia konon nak assign kerja, tapi arahan beliau keluar ngan bau petai semerbak dan cili terselit di gigi.

5.  Pergi 'blind date' la konon, tapi bila jumpa2 je nampak zip seluar terbukak sambil mata menangkap sesuatu yang polkadot hijau.

6.  Naik bas sebelah awek, time awek tu nak turun je tetiba tengok seat sebelah ada tompok darah. Ouch!!

7.  Naik lif 1st time ramai orang, tapi dihimpit pulak dek mamat yang berbadan besar yang mana ketika itu perut kita ngah terboyot berlanggar ngan punggung mamat tersebut. Ayark..

8.  Dapat bini bukan sahaja kuat berleter, malah bila cakap tu suka menyembur-nyembur air liur.

9.  Gadis yang diminati duduk depan kita, tapi masa duduk tu terserlah pulak bintat2 merah kat celah.. sebab baju dia pendek sangat. Hmmm

10.Dapat jiran sebelah yang bukan sahaja kepoci, setiap kali kita keluar, dia mesti keluar jugak nak tanya pergi mana.

Cemana? ceciter.....


6 comments:

Aiman Ariffin said...

HAHA now thats really funny :)

PinKy MoMMa said...

hahahaha no.2 terus bayangkan camner jika terjadi..rasa nak bagi tisu hahaha..iyeksss

ann aziz said...

memang susah nak pilih antara berterus terang atau diam sbb xnak malukan dia.. mgkn bgantung dgn siapa kita bdepan kot :) klu rapat mgkn blh beritau secara b'hikmah' hihihihihihi

hamzah ian said...

dia ambik berat tu.. hehehe

PinKy MoMMa said...

mommy sihat ari ni? ;)

.:Wawa Awlas:. said...

saya ade masalah same ngan situasi satu...
kdg2 kesian kat die..
tp x sggp duk dekat2 sbb bau die power sgt..serious~~