Wednesday, June 29, 2011

Pertanyaan yang BENGONG ter'ala2'..

Persoalan yang selalu bermain di pemikiran aku..
Sebenarnya x berapa bengong..
cuma yang tanya tu agak membengongkan...

1st and not the last..
Aku nak mintak maap dulu awal2 ye..
Maybe akan ada yang tersentap dengan soalan ni
Or yang meluat termuntah tetiba....
Diharap dapat baca dan jawab dengan penuh istikhamah...

Soalan ni tentang lelaki..
Situasi berbeza, keadaan sama...
Jadi soalan pun jadi berbeza...

Situasi 1: Sebelum kawen...

Cemana dia bole pregnant lagi? 
X pandai cover betulla..

Situasi 2: Selepas kawen...

Wife ko dah pregnant?
Hebat la kau...!

@

Pregnant lagi?
Dasyat la kau...! 
Baru la jantan..
(Ayat add-on yang selalu aku dengar)

Persoalannya pada aku plak....
Tang sebelum kawen tu mmg la aku x setuju...
So, xmo komen..

Yang pas kawen tu..
Amende yang hebat?
Apa yang jantan...
Bukan 2 2 ada contribute ke..

'Sperma' juta2 pun kalau xde 'telur' dari perempuan tu..
X jadi pape jugak kan...
Jadi? Hebat sangat ke..
Nape bilangan anak menjadi ukuran kehebatan?
Kesian la kat yang punya 'sperma' juta2..
Wife punya 'telur' berganda2...
Tapi tuhan belum bagi keizinan...
Apa x hebat ke lelaki tu...
Atau perempuan tetap jadi penyebab..

Serius..kadang2 bukan bikin panas lagi dah..
Bikin semak....

Sapa x paham angkat tangan....!!
Meh aku sekolahkan secara private...



Monday, June 27, 2011

Perpisahan yang terubat...

Tajuk ada bunyi macam jejak kasih x...

Actually kes ni terjadi ari Sabtu aritu..
Tapi disebabkan aku dah berIKRAR ngan diri sendiri..
xmau on9 hari minggu, so kene la tunggu Isnin je baru ble update...

Ceritanya cenggini...
Aku ni kecik2 dulu selalu kene pindah sekolah..
Al-maklum...
Walaupun mak aku bukan askar...
Tapi disebabkan beliau terlalu glemer...
Beliau selalu di'offer'kan keje dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain..

Bayangkan, sekolah rendah sampai 3 kali tuka..
Sekolah menengah je 2 kali..
Nak wat cemana...
Syurga di bawah tapak kaki ibu..

Sementelah pula arwah papa dah xde..
jadi kene la ikut cakap orang yang bagi makan, ye dak..
Walaupun masa tu xle berapa paham sangat...
ataupun sesaja buat jiwa memberontak
Sebab kene tinggal kengkawan...cikgu sekolah...boipren...
(ye la aku ada bf time ni..rupa pun macam  x cukup zat..ada ati nak ngada2 menggatal....)

Al-kisah..
Sebelum aku dok ngarut lebih lanjut..
Aku p jalan2 sekeluarga ke Mid Valley..
Konon nak la membazir barang sesen 2..

Dah penat berjalan..
and memandangkan bila banyak duit mata aku x rabun ayam 
nak berShopping..
Tekad time tu nak balik le sebab dah kol 3..
Orang pun dah makin ramai bersesak sampai rimas nak berjalan pun asik dilanggar orang...
yang buat2 buta..

Masalahnya..
Dah jarang pegi kan...
Cari parking plak x ingat pintu mana...

Dalam pada fed-up mencari parking tu...
Tetiba ternampak plak muka yang macam dah lama x tengok....
Tapi macam kenal...

Aku buat muka x paham je En Dadi dah tensen...
terus g pegang lengan orang tu...
Nasib la pompuan...
Ada x, mau kene debik lak kang ngan En Dadi...

Nasib baik diorang cam aku
walaupun, it was like ada la dekat 16 taun x jumpa kot..
OMG..tua gilak dah aku...dan juga diorang...
hehe (xnak kene sorang2)

Gamba ni aku dah penah tunjuk dulu..recycle balik..
sebab gamba ni je last yang paling update dengan  depa...

Walaupun berharap dapat jumpa semua yang dalam gamba tu...
tapi TERjumpa 2 orang ni pun dah cukup baik...

Eyna, Elin and aku....
(Pandai x aku nyorok kan perut..hehe)
yang pastinya aku jeles ngan kasut kau Elin....cis..

Dah abeh salam-kiss-berjejak kasih-kiss-salam balik...
Ada la dalam 10 minit..
Kitorang pun membawa haluan memasing....
Memang x puas kalau ikutkan..
Tapi memasing dah komitmen...
ngan palotak aku ngah pening nak ingat pintu tuk pegi tempat parking..




Gambo sampingan....
Sebab dah bersabar ngan aku berjejak kasih tadi...
So, aku pon blanja Dak Boy nek "Bat Mobile"
Nasib En Dadi pun melayan....
Hehe...
P/s:
Hope i'll bumped to the others as well...
Apa la bumped...orang wat gathering ko yang gatai x p...
Nak bump-bump plak...
Hampeh...










Friday, June 24, 2011

What would you do IF...

Kadang2 ada benda mudah yang memerlukan semangat kental dan keselambaan yang tinggi tuk berkata-kata....
Bukan sebab nak sakitkan hati sesapa...Sebab xnak sakitkan or mengecutkan hati orang la kene kadang jadi pening...tatau macam mana nak cakap...

Situasi selalunya mudah...tapi, APA NAK BUAT BILA:

1.   Kawan satu opis x pernah pakai deodorant (xpun memang x mandi)...bila masuk ofis je...fuh, mak ai!! Gila kaw!! Nak2 dia duduk pulak depan kita..

2.   Ngah dating sambil gelak2..terperasan yang si boipren punya taik  hidung berselepet sampai setiap kali dia bernafas, maka termuncullah sekali sekala terkeluar rongga menuruti hembusan...

3.  G kenduri bawak awek seksi cun melecun, tapi kat gigi ada tercalit lipstik masa dia tergelak besar dengan usikan kawan2 kita.

4.  Bos suruh masuk bilik dia konon nak assign kerja, tapi arahan beliau keluar ngan bau petai semerbak dan cili terselit di gigi.

5.  Pergi 'blind date' la konon, tapi bila jumpa2 je nampak zip seluar terbukak sambil mata menangkap sesuatu yang polkadot hijau.

6.  Naik bas sebelah awek, time awek tu nak turun je tetiba tengok seat sebelah ada tompok darah. Ouch!!

7.  Naik lif 1st time ramai orang, tapi dihimpit pulak dek mamat yang berbadan besar yang mana ketika itu perut kita ngah terboyot berlanggar ngan punggung mamat tersebut. Ayark..

8.  Dapat bini bukan sahaja kuat berleter, malah bila cakap tu suka menyembur-nyembur air liur.

9.  Gadis yang diminati duduk depan kita, tapi masa duduk tu terserlah pulak bintat2 merah kat celah.. sebab baju dia pendek sangat. Hmmm

10.Dapat jiran sebelah yang bukan sahaja kepoci, setiap kali kita keluar, dia mesti keluar jugak nak tanya pergi mana.

Cemana? ceciter.....


Wednesday, June 22, 2011

Selekeh kah perempuan mengandung...

Aku pernah kenal sorang lelaki pelik,  sorang suami kepada seorang perempuan, lelaki yang aku kenal rapat. Peliknya, lelaki ni sampai aku nak ceritakan ialah, dia ni, jenis lelaki yang tak boleh tengok perempuan mengandung.


Maksud aku, tak selera nak tengok perempuan mengandung.


Siapa yang pernah mengandung, atau pernah ada isteri mengandung ni mungkin faham kenapa lah. Bagi yang tak tahu lansung, cenggini ye;




Perempuan mengandung akan mengalami perubahan hormon secara mendadak. Lebih dari yang pernah sesetengah orang jangkakan. Bukan setakat berat badan meningkat dan perut membuncit bulat yang selalu disalahtafsirkan sebagai boroi, tapi macam-macam lagi. Ketiak akan berubah menjadi gelap/hitam. Begitu juga kulit di bahagian leher. Dan kalau ada yang lebih tak bernasib baik, kemaluan juga kadang2 akan berubah kehitaman, perut, dan kulit di sekitar payudara. Dan, hello stretch markS! Lagi nasib tak baik, wajah ditumbuhi jerawat besar-besar. Muka sembab dan hidung kembang sebab muka naik kembang melebar dan hidung jadi sikit ala2 penyek (tapi yang ni aku tak pasti sebab hormon atau sebab pertambahan berat badan).


Maternity skin care bukan sesuatu yang mudah. Dan bukan sesuatu yang murah. Perempuan mengandung tak suka pun keadaan ni semua. Walau puas dipujuk oleh orang sekeliling bahawa hitam-hitam tu semua akan hilang selepas bersalin, tapi, dia tetap berusaha menyental dengan spa salt, krim lulur, body scrub atau apa-apa sahajalah yang difikir relevan.


Berbalik kepada lelaki tadi, semasa isteri dia mengandung anak pertama, selera terhadap dia tu pun tumpul. Malang bagi si isteri bila dia mengalami perubahan hormon yang dahsyat. Bukan dia taknak melawa. Masalahnya dia dah cuba macam-macam. Kosmetik, plastik, semua tak menjadi. Muka tetap sembab. Berjerawat macam kawah bulan.


Dan demi memuaskan nafsu jantannya, lelaki tu cari 'makan di luar'.


Aku tahu. Tapi aku diamkan sahaja. Sebab tak nak masuk campur hal rumahtangga orang.


Lepas isterinya bersalin, lelaki tu pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, si isteri cantik semula. Selera lelaki tu pun, kembali semula.


Masa berlalu, si isteri mengandung lagi.


Seperti sebelumnya, kerana perubahan hormon dan fizikal yang berlaku ke atas si isteri, lelaki tu 'cari makan diluar' lagi. Kali ini perbuatannya terkantoi bila lelaki dan teman wanita gelapnya terserempak dengan adik si isteri yang turut membeli belah di tempat yang sama.


Seperti biasa, perang meletus. Hebat. Aku perhatikan dari luar. Memang takde rupa nak reda. Hari-hari bertekak. Pun aku senyapkan sahaja. Bayangkan seorang perempuan yang sedang sarat mengandung - mengandungkan anak seorang lelaki yang tidak ada selera terhadapnya lagi - mengandungkan anak seorang suami yang hari-hari layan perempuan lain di malam hari.


Anak di dalam kandungan tak tahu apa-apa. Demi kasih seorang ibu, si isteri kandungkan juga anak itu dengan penuh kesabaran - dengan penuh cabaran - air mata siang malam pagi petang.


Lepas si isteri bersalin, lelaki tu pun pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, isterinya cantik semula. Selera si lelaki x guna tu, kembali semula. Mungkin si isteri luhur dan tulus memaafkan lelaki itu. Demi anak-anak.


Masa terus berlalu, si isteri mengandung lagi, anak ketiga. Dan seperti sebelum-sebelumnya, lelaki tu cari makan di luar lagi. Aku dah cukup dewasa ketika itu untuk lebih memahami hati seorang wanita dan ibu.


Dan kali itu aku masuk campur.


Sampai aku bergaduh besar dengan lelaki tu. Segala caci maki semua aku keluarkan. Khas untuk lelaki x guna dan teman wanitanya itu. Tapi tetap aku diamkan dari pengetahuan si isteri. Aku taknak emosi isterinya yang sedang mengandung tu terganggu lagi. Boleh meroyan kalau silap hari bulan.


Lelaki tu cakap, aku terlalu mentah untuk menyibuk dalam hal hidup rumahtangga dia. Aku cakap, aku dah terlalu masak dengan perangai dia.


Tapi,


Lepas si isteri bersalin, lelaki tu macam biasalah pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, si isteri bertukar cantik semula. Selera si lelaki tu kembali semula. Perlahan-lahan si lelaki cuba berbuat baik dengan aku.


----------------------------------------------------------------


Rentetan dari senario itu, dulunya aku nekad akan sesuatu -


Aku taknak mengandung. Aku taknak anak. Lagipun aku tak berapa sukakan budak.


Aku takut. Aku paranoid.


Tak dapat bayangkan macam mana kalau si dia duakan aku masa aku mengandung. Tak pedulikan aku. Hilang di malam hari. Siang pun susah nak jumpa. Tinggallah aku terboyot-boyot membawa perut. Penuh emosi. Kacau bilau. Jiwa kacau.


Sumpah aku takut.


Tapi nasib orang tak semua sama. Dunia memang selalu tak adil. Sebab itu diciptakan nasib berbeza-beza.


Nasib aku agak baik bila aku rasa aku semacam di manja-manja dek si dia bila aku membawa si 'kecil' dalam perut aku ni. 
Terima kasih En Dadi sebab buat aku percaya yang tak semua lelaki sama x guna. Walau aku rasa aku super duper selekeh sepanjang tempoh nak masuk 5 bulan ni. Terima kasih sebab tolong ringankan kerja rumah.


Dan untuk korang yang sedang membaca dan masih belum tau- ya aku sedang mengandung. Dah sikit lagi nak jadi macam tong dram dah sekarang ni. Doakan semuanya baik untuk aku dan kelahiran yang bakal terjadi dalam lebih kurang 4 bulan lagi.


Doakan lelaki tu berubah. Aku harap korang tak komen marah-marah kat dia sebab nasib korang selepas kawen, korang tak tau lagi nasib masing2.


OK, dah macam buat announcement dah ni. OK lah, bye!


P/S: Sebelum ni Gelaran kat opis - "Mak Dara'...sekarang jadi 'Mak Buyong'...x kreatif langsung....HUH!!

Friday, June 17, 2011

Wednesday, June 15, 2011

Bila rindu di kemuncak...(X ble bla statement..hehe)

Arini perasaan ala2 romantik sket...
So, aku layan lagu ni..
Gila best lagu ni..


Al-maklum la...
En dadi xde skang ni..
G outstation kat KK plak...
Dah la last week pun outstation gak..

Time2 kene tinggal ni la nak gatai
Rindu kat dia plak....
Kalu En Dadi ada kat umah xde plak rase macam tu...huhu

Sebenarnya banyak version video ni..
Aku nak tunjuk yang ni sebenarnya...




Tapi kalau klik je kat dalam blog ni terus dia soh p tengok kat Youtube...
Takut ada yang malas je...ne tau..

Nape aku suka yang ni?
Sebab berangan la konon nak gedik2
Macam ala2 'jatuh-mati-gojes' (drop dead gorgeous) la gitu
Konon nak buat kat En Dadi la nanti bila dia balik....

Padahal....
Perut buncit ada hati kau nak pakai cenggitu...harhar
'Taat' kat suami la katakan..
Tapi taat pada aku bukan sekadar layanan A atas katil je
Macam yang sibuk2
Dr Rohaya - Presiden Kelab Taat Suami
Tu suruh buat...

There's more than that of being a wife...
Perut dia..grooming dia...busuk dia..wangi kita...
Banyak benda lagi ble dilayan...

Dan yang paling best,
Rindu2 macam ni kan...
Perasaan cinta tu adalah halal
dan yang paling terindah...

Sapa yang dah kawen tu tau la...

Yang x kawen tu...
Nasib la dosa tunggu time je..
Ye la..even pegang2 pun kan dah dosa....
iye dok....lalala

P/s: Balik cepat la En dadi oi...
Dah melalut sangat dah ni...
Wuwuwu...



Tuesday, June 14, 2011

Dilema perut...

Sangat tension bila orang jeling2....

Tension lagi orang pandang2..

Apatah lagi yang berani bertanyakan kenapa....

Biar salah....

Tutup salah...

Pura2 x heran salah....

Ada je yang nak tego...

"Eh nape ko nampak buncit..?"

Apa hal ni....?

Dah memang aku awal2 stage peknen..

Memang la nampak BONCET!!!

X redha nak tunjuk perut sendiri....

Xkan nak suruh aku pakai signboard

Atau gantung kat leher aku kot...

Bagitau aku peknen...

Pliss la...

Give me a break....
*kan dah beromputih ni...

Ni time aku 'coti2' dari menjaga badan dan diet2 pelangsingan...

Kasi la mak can....!!!

Monday, June 13, 2011

Doakan semuanya...selamat....


Walaupun aku lama menyepikan diri.
X bermakna aku x mengikuti perkembangan dunia blog ni..
Cuma aku memang x sihat sesangat...
X larat nak mengUPDATE...
Sorry kawan2..

Anyway...
Disebabkan MAKBED dah buat pengumuman tadi..
Aku sebagai rakan blogger yang sentiasa nyibuk ambil tau hal dia
Ada sikit risau la..
Sesapa yang mengikuti perkembangan dia tau yang dia 
memang menunggu hari je nak bersalin...

Kebetulan plak aku ble plak termimpi dia malam tadi..
Sampai bangun pun ble terpinga2 pikir nape aku 
Ble termimpikan si Makbed ni nak bersalin plak...
Maybe kebetulan memang dah sampai masanya kot
Tetiba tengok arini dia buat pengumuman yang air ketuban dia dah kurang
Skang dah kene tahan kat wad...

Moga semuanya OK2 je...
dan selamat la dia bersalin...
Kita doakan ye...

Gagah ni aku mengupdate...
Walaupun aku sendiri lemau...
Xpela..demi kawan...
Update sikit x salah...
mintak sama2 berdoa kan....

Makbed\

P/s: X lama lagi berakhirlah penantian Makbed....
Kita tengok lak aku cemana ek...huhu...