Wednesday, January 26, 2011

KeHODOHan sebenar - Apa sebenarnya yang LELAKI fikir...

Hey Ladies out there...


Kita rasa kita tau semua....kadang2 kita selalu salah anggap pasal lelaki...bila aku terbaca kat sini baru aku rasa OHHHHH....MACAM TU RUPANYA....so aku nak SHARE sama2 korang...

1) Men are very fearful of rejection. 
Sebab walaupun mula2 dia dah tunjuk minat...boleh tiba2 backout; sebenarnya dia takut kena REJECT sebab dia rasa perempuan yang dia usha tu 'kureng' interest kat dia.

2) Men are admirable because they face a lot of rejection. 
Sesetengah LELAKI dikecewakan sampai 5 kali sehari..then still lagi x putus asa nak cari GF. Kadang2 perempuan pun 'kuang ajaq'  or 'kasaq' sangat sampai x perasan betapa susahnya effort lelaki ni nak memberanikan diri ngorat dia...Kalau xmau dan x berminat...tolak cara elok2 k...semua orang deserves respect gak kan...


3) Men have a built-in “test” for women. 
Lelaki kadang2 saja nak 'TEST' aci (awek in Penang style)yang dia minat ni tau dak...Ingat senang2 'Dari Mata Turun ke Hati' ke...Banyak kriteria diorang nak tengok wether bleh go on or stop macam tu je...Ye la..ingat semua lelaki jahat ke..Kadang2 jahat tu sebab nak test...Tapi pompuan kata jahat lak...Sapa soh layan BAEK punya murah..dah terkena nak kata orang jahat lak....(Para lelaki oi!!  ni aku x berat sebelah ni...!)

4) Men will try to preserve your “girlfriend potential” if they really like you and could see a long-term relationship with you. 
Percaya x lelaki ni baaanyak jugak tolak ansur dia....Penah jumpa kan....Lelaki yang ada awek meletup seksi gila....then after sum-time...tetiba kawen ngan awek pakai tudung yang x seksi langsung...Kenapa agaknya? Memang Kadang2 lelaki ni suka flirt, tapi kalau x semua 'pengeluaran tu sebab ada permintaan' kan....kadang2 x 'mintak' pun dah 'dikeluarkan'....nak salahkan Lelaki 100% percent pun xle jugak...So ladies, sekali lagi...Jangan jual murah sangat OK!!

5) Men don’t trust women who have sex too soon. 
Sesetengah lelaki x percaya SEX sebelum berkahwin...Lelaki kadang2 boleh rasa insecure sebab dia rasa kalau senang2 boleh bagi kat dia....then sebelum2 tu macam mana...or, selepas2 ni plak? Nak2 kalau perempuan tu dah ada banyak EX...lagi dia rasa perempuan ni ada potensi besar nak kelebet dia plak....Benda2 macam ni lagila lelaki detail sebenarnya....Betul x lelaki2...?

6) Men are visual beings, so they want an attractive girlfriend. 
Perempuan pun selalu nak Lelaki ensem2....lelaki pun sama...SO?

7) Men do judge women negatively by the way we act and look. 
Kalau kita nak Lelaki yang baik...dah tentunya kita sendiri kena baik....What u give..u get back! Its KARMA...

8) Also, if you have your breasts or legs out, they will forever and always see you as a party girl. 
Appearance is everything for them dearie....Xnak orang lelaki salah anggap...so, dress accordingly ye


9) When men see a girl with her body exposed, they don't see us as women. 
Once again....appearance is everything. Jangan sampai pemikiran lelaki lebih di'attract' oleh ke'wallop'an berbanding ke'BIJAK'sanaan...

10) Men know up front whether they are attracted to you or not. 
Perempuan kadang2 sebaliknya....x semestinya tertarik spontaneously macam lelaki....kadang ambik masa dr x suka lama2 jadi suka.....Tapi lelaki selalunya boleh tertarik dalam masa 3 saat or kurang daripada tu...

So...apa pendapat korang...aku x bias ok...aku cuma share apa yang aku baca...Kalau korang rasa SALAH or X BETUL pe yang terlisan kat sini....share ur thoughts kat komen box ye.....

Tuesday, January 25, 2011

Kenapa Perempuan suka PELUK teddy bear...tapi Lelaki suka TENDANG bola...

Tips ni aku ceduk dari PAKAR, cuma aku interpret dengan cara aku sendiri bior aku dan korang paham...
*tamak*

Kenal dan pahamkan perbezaan sifat antara lelaki dan wanita
* Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
-Sebab....dada wanita kan 'berat' sket dari lelaki...lelaki bleh tarik napas dalam2 sebab dada dia lapang dan ringan....so senang berbanding wanita...

* Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
-Sebab tulah..kalau nak suh buat keje2 berat soh je lelaki...hoho

* Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.
-Sebab kalau halus ngan halus....dah confuse plak nanti kan..


* Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
-Sebab....nanti kalu ada anak degil dia x takut lak ngan bapak....sebab suara bapak ngalahkan mak pulak...

* Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
-Sebab....kalau tulang wanita yang lebih panjang, nanti wanita bertambah sifat2 nak mengonker/kontrol suami dan anak2 dan bukannya dilindungi suami..

* Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.
-Sebab....er sebab tulah wanita lebih penyayang...


* Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda
-Ye...tumpuan mata lelaki sememangnya bak cahaya laser dari c*** Julia Perez...sebab tu macam (macam ok...macam) fokus...perempuan semua benda nak tengok/pandang..sebab tu perempuan yang selalu cuai bila bawak keta...sume benda nak tengok...

* Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.
-Sebab....yelah kan..lelaki ni macam lebih fokus..perempuan akan take-note semua benda..teliti la katakan...semua penting..!


* Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki.
-Sebab....perempuan yang banyak menitikberatkan segala kemungkinan...lelaki? xyah mekap..semayang pun xyah tuka baju..xyah bawak 'pampers'...Sebab tu wanita selalunya lebih organize...

* Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit ,surat-surat penting dan kad kredit bank.
-Sebab....semua perempuan dah bawak...watpe dia nak bawak lagi...

* Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm…dan macam-macam lagi.
-Oh...belum cukup wanita lagi aku rupanya....uhuk..

Ok...paham dah kan nape perempuan suka teddy bear dan lelaki suka tendang bola....?
Baguslah kalau paham....Dah...jangan gado..gado...

Monday, January 24, 2011

Aku bukan ALONG!!

Aku rasa benda ni banyak jadi kat kengkorang punya...
Bila kita ada kawan2..
Ada yang rapat...ada yang x...
Ada yang ngok-ngek..
Ada yang cam......TuuuuuuTT!

Biasa la bila dah bercampur gaul tu macam2 story morynya...
Aku ni bukanlah orang kelas atasan...
Bukan juga orang kelas bawahan..
Boleh la kalau nak kategorikan kelas kat tingkat 3 je...

Mesti korang selalu kena macam aku ni..
Kawan2 pinjam duit..
Bab2 ni aku memang cukup lemah
Xle x bagi..
Mudah meleleh macam hingus cair

Disebabkan itulah Aku selalu jadi MANGSA.
Mangsa penglentongan orang2 yang hampeh..
Mau xnya..
Masa nak meminjam kan main merayu2...
Berguling2, ngan sumpah angkat tangan berikrar konon 


Time nak bayar 
Tup-tup je ilang...
Weh..Aku dah brapa kali dah kena macam ni..
Kawan yang x macam kawan oi!!

Aku ni bukan ALONG!!
Aku cuma nak tolong..

Tapi pas bagi utang,
Aku lak yang kena melolong2 mintak ko bayar..
Patut ke x patut?

Tu aku cakap bebaik tu...
Pun ble tetiba je xmau cakap ngan aku..
Jeling2, masam2 muka..

Aik? 

Sapa yang meminjam ni...
Aku ke dia..
Sampai aku lak yang confuse..
Bleh..

Dalam ramai2 tu..
Ada sorang ni yang aku xkan lupa sampai bila2..
Actually dia ni pinjam dah lama dah..
 dedolu taun 2003

Bayangkan le tahap kesabaran aku..
Bleh la plak xmau cakap ngan aku sampai sekarang..
Dahla kamera aku pun ko kebas!!
aku dah mula paham dah dan buat conclusion sendiri yang sebab musabab 
dia xnak bercakap ngan aku sure sebab nak elak bayar utang..

Macam la baaanyaaak sangat utangnya..
Xnak bayar cakap terus terang ngan aku ke..
Xpun mintak maap time2 raya tu kan ke ok le jugak
Dari tetiba buat2 cacat (BISU) kat aku..

Kawan...(kawan????)
Satu je gua nak ingatkan lu bai..
Nanti kat Padang Masyar jangan cari gua beb..
Masa tu hingus gua dah kering....


Lucky Giveaway by Cik Dya


Pagi2 ni Join GA tuk refreshkan kepala
Ngadap hari Isnin yang x best pun ok gak...
Selain x lain x bukan diTAG oleh LULU

Syarat2 die mudah je....
Ni aku nak wat checklist...

1) Be my FOLLOWER if you like. 
Ok...FOLLOW..FOLLOW..
2) Sila tekan LIKE untuk fan page Cik Dya  
LIKE dah..
3) Buat satu ENTRY tentang giveaway ini dengan tajuk "Lucky Giveaway by Cik Dya"    
Sedang le ni...
4) Sila letak BANNER GIVEAWAY di atas di dalam entry anda dan sidebar blog dan mesti link kepada blog cik Dya 
Baik Puan...Eh, Cik..!
5) Sila TAG 3 ORANG kawan dan pastikan mereka tahu tentang GA ini 
Aku nak TAG Zilla, Mamasuri ngan Idayu Suraya
6)Akhir sekali sertakan permenant link entry lucky giveaway ini di ruangan komen di bawah.  Cargass...
7) Tarikh tutup Lucky Giveaway ini ialah pada 25 January 2011.   
Oh...sempat...sempat 
   Yang lain...
Sila2 lah ye....HUHU 


Friday, January 21, 2011

Ayat Cliche...


Cliche itu bukan kek..bukan juga coklat...sapa2 yang taktau...meh sini:
Ini interpretation aku sebagai contoh...(±) la ye..

● Bila lelaki nak ngorat, tapi x sure awek tu dah ada bf ke blom...
Mesti ayat dia… (±) ”Eh…xpe ke I kuar ngan u ni…”

● Bila lelaki nak mintak no phone kat awek..
Mesti ayat dia… (±) ”I nak koll sembang2 ngan u bole…?”


● Bila lelaki nak tolak awek (mostly sebab x lawa).. 
Mesti ayat dia… (±) ”I dah anggap u macam adik/kakak/nenek I sendiri…sorryla, I x boleh”

● Bila lelaki nak pinjam duit awek…
Mesti ayat dia… (±) ”I kalau x terdesak I x mintak u tau…I pun xmau susahkan u”

● Bila lelaki nak lebih2 ngan awek..
Mesti ayat dia… (±) ”U sayang I x…Kalau sayang..nak ehem2 boleh?”

● Bila lelaki xnak bertanggungjawab…
Mesti ayat dia… (±) ”Ntah2 bukan I punya...ntah sape punya keje…I pulak yang kena..”

Bila perempuan nak ajak lelaki shopping
 Mesti ayat dia… (±) ”I punya kasut (whatever) dah patah dah heel dia…janji x merayau..” bole?”


Bila perempuan nak spedo duit lelaki
Mesti ayat dia… (±) ”Mother I sakit la yaaanng! Nanti I ganti balik k..”

Bila perempuan nak ajak lelaki shopping
Mesti ayat dia… (±) ”I punya kasut (whatever) dah patah dah heel dia…janji x merayau..” bole?”

Bila perempuan konon2 merendah diri..
Mesti ayat dia… (±) ”Ala…sapa la I ni..dah la x cantik..Mana ada orang naaakk..”


Bila perempuan nak mintak dipuji..
Mesti ayat dia… (±) ”U…ok x..I biasa pakai saiz s..skang dah kena pakai xxxs plak…lecehla..”

P/s 1: Ni yang biasa aku dengar...dari budak..sampai la dah jadi mak budak ni...Mana blaja eh...ada buku ke..nak tengok..apsal ayat dari dulu sampai sekarang sama /lebih kurang jek..kreatif ke atau xde modal...

P/s 2: tanda (±) tu bermaksud ayat lebih kurang la...xder la exactly sama...

P/s 3: err...aku baru nak g beli PS3 ni...mana murah? huhu

P/s 4: Jangan nak sontap sesodap ghaso ekau yo...den bagitau yo..

Tolong PAHAMkan aku..

Aku g sebuah kedai LETRIK ni..
Of course la nak bli barang...
dan bukannya nak meNARI2..
Apatah lagi nak meNYANYI2...

Masa aku masuk tu ada 
1 awek kat kaunter...
Lawa x lawa la..
Yang pastinya die je sorang2 umat je
yang ada kat depan tu...

Agaknya sebab aku yang datang..
ngan berpakaian simple..
dan x nampak macam..
'Big Fish' yang menguntungkan..
die BOH-LAYAN je aku..

En Dadi pun sudah bengang satu badan..
Sebab ada la agak 10 minit berdiri tercangok2 kat situ 
Die le wat tatau jek...
Agaknya dia rasa dia baaaanyaaakk punya lawa 
Sampai kitorang yang kena terhegeh2
G approach dia...
Xper...aku sabar lagi..
Nasib baik pastu ada satu mamat tu
Dengan sopannya tegur kitorang dan start melayan


Then, 
Aku se'FAMILY' dah pilih barang..
Kitorang g proceed kat kaunter nak bayar..
Minah yang belagak bagus tadi still ada kat situ..
Adey-Cit!!

Die leh plak wat poyo2 kat kitorang..
Ngan muka budget x senyum tu adalah LAWA bangat..
Aku pun cuba buat rasional 
Ngan wat2 x nampak....
Ingat nak bayar, blah..dan terus x datang2 dah..

But,
Soklan dia meragut 'feng-shui' ati aku la plak..
"Erm..U nak resit ke..."
*What-the-oh-xleh-carut-la-plak*

HELLO!!!
"Of course la aku nak receipt..."
Apa punya soalan la...
Ko nak masuk poket ke duit tu..
Kan aku dah -ve thinking...

Aku cuma angguk dan kata "Mestilah!!"
Dia wat muka masam lagi..
Dah siap aku amek barang dan blah...

Persoalannya di sini..
Apa masalah dia..
Maybe sebab aku bli benda murah je..
x sampai puluh riban dia nak kerek kat kitorang..
Aku pelik ngan orang 'double Standard' macam ni..
Nak belagak..Tapi nama aku pun x reti nak eja walaupun dah bagi IC..
Kadang g Pavilion usha perfume pun promoter kat situ siap sound lagi...
Padahal aku x sentuh pape pun LAGI...
Wei..Korang tu gaji bukan besar mana pun..
Kalau customer wat kerek kat korang tau lak SEDIH
Rasa terhina bagai..
Ni layan orang macam customer lak nak mintak sedekah..
Kalau stail kalau usha+pegang+terai+gigit ke hapa tu maknanya aku ada DUIT la nak bli..
Kalau x, dah lama aku blah...

Moral..
Tolong la jangan kerek sangat..
Aku penah berada dalam dunia korang tu..
Aku pun kuli jugak dulu
Toksah la nak blagak..
Aku tau range gaji orang2 macam korang...
Cuma skang ni nasib aku baik sikit..
Cuma x baik bila jumpa orang2 macam korang jek...


Erk..apa kena mengena ngan title ye?
Owh..Tolong la sesapa explain kat aku nape 
mereka berperangai macam tu...


Wednesday, January 19, 2011

Selamat lah semua....

Selamat la semua ye...
Sok kan 'HARI RAYA'

Kalau pecah kelapa tu jangan la lupa
Ingat2 nak lawat blog ni juga...
*wink*


Kalau bawak 'kete kabadi' tu elok2 ya!!
Jangan berlubang sini sana!!

Happy Thaipusam SEMUA!!!
Slamat Bercuti...

Tuesday, January 18, 2011

Mereka dan KELUARGA mereka...

Ada orang tu...
Punya Ibu Bapa...
Lalu memilih untuk sayang pada mereka..


Ada orang tu...
Punya Ibu Bapa...
Tapi memilih untuk derhaka pada mereka..




Ada orang tu...
Punya Ibu Bapa...
Tapi hanya untuk membolot harta2 mereka..



Ada orang tu...
Punya Ibu Bapa...
Tapi x punya sokongan mereka..


Ada orang tu..
X punya Ibu dan Bapa...
Tapi amat berharap dapat ada walaupun seketika...



Ada orang tu...
X punya siapa2..
Jadi dia berdoa semoga semoga dapat insan yang setia..

Ada orang tu..
Adik beradik cuma berdua..
Namun dia memilih untuk meragut mahkota adiknya

Ada orang tu..
Adik beradik pulak ramai gila...
Tapi suka bergaduh untuk harta..

Ada orang tu..
Dari lahir memang dah kaya raya..
Tapi makin besar makin menggila...



Ada orang tu...
Kecik2 dah kena kerja..
Bila dah kaya x ingat dunia pula..

Ada orang tu..
Siapa x kenal dia..
Tapi perangai x reti nak jaga pula...

Macam2 pun ada punya...
Pandai2 la jaga kelakuan kita..
Kalau x, sapa yang malu...?
*silalah jawab beramai2*

Friday, January 14, 2011

HAIYA...ini Olang!

HAIYA...ini Olang!
Manyak tipu wa pagi sampai petang..
Bikin wa lase nak lempang!


HAIYA...ini Olang!
Lu kata lu semayang punya abang..
Apa lu bikin tonggang2..

HAIYA...ini Olang!
Asik cakap mau bayar itu hutang
Tapi manyak susah mau mintak itu wang..

HAIYA...ini Olang!
Bikin mak bapak malu saje..
Duduk ini lumah malas pigi kelija..

HAIYA...ini Olang!
Wa balu ajak lu duduk sembang2...
Apa hat lu berkelakuan sumbang...


HAIYA...ini Olang!
Wa ini olang cina...
Wa gay wa Ok aje..

HAIYA...ini Olang!
Lu apa hat mau pandang2..
Mau kena wa punya terajang...

                                       


Dali wa laa....itu olang!!
-AH CHAI


Thursday, January 13, 2011

Dan Sebenarnya...

Situasi 1
Mami: Dadi...Mami ter'SWIPE' kedit-card dadi tadi...terGODAla tengok kasut tu...lagipun ada less 50%..xpe kan..
Dadi  : Xpe...kan memang Mami pegang tu supaya Dadi ble berJIMAT CERMAT....
           (Dalam Ati.....redha jer la..)

Situasi 2
Mami: Dadi...Mami terMALAS la nak masak...Kita beli jer la ek...
Dadi  : Xpe...sayur dalam fridge tu ble lagi tahan sampai esok...
            (Makan kedai lagi la aku...Sigh!)



Situasi 3
Mami: Dadi...Mami PENAT la keje...weekend nak kena kemas rumah lagi...Dadi tu tolong la jaga anak..Mami nak g Shopping...
Dadi  : Ye la....Dadi tolong Mami la ni..g la have fun...
            (Dalam Ati.....Aku ni keja jugak)

Situasi 4
Mami: Dadi...Mami x suka la Dadi lepak kat luar ngan kawan2 Dadi malam2...Dok umah kan bagus...Teman Mami ni ha!! Oh ye...Weekend ni Mami ada meeting Tupperware tau..Wajib attend gak
Dadi  : Ye la....Dadi dok umah la...
            (Dalam Ati.....Sapa Laki, Sapa Bini ni...)



<>


<>


<>


<>


<>


<>


Situasi 5
Dadi  : Mami...Dadi terKAWEN la masa g outstation aritu....ala....Dadi kena tangkap basah ngan indon jual ikan....dah peknen dah pun...xper kan...
Mami: HAH!
            (pengsan)

Dah....tu je..jom layan...


TQ seadanya...


Aku x reti nak tulis

PAAAAAANNJJJJAANNNNGGG paaaaaannnnnjjjjjjaaaaaaang..



Xreti jugak nak tulis

pen-dek-pen-dek



Aku cuma menulis ikut HATI


dan apa yang lalu lintas di KEPALA


Hopefully kedatangan KAMU kesini x sia2...


Kerana aku hanya BLOGGING suka2...












Wednesday, January 12, 2011

Katakan tidak kepada si PELAGAK itu...

Salam 
1 MALAYSIA!!

Tetiba cam PATRIOTIK kejap..
hehe

Betapa lah beruntungnya jadi rakyat MALAYSIA
Macam2 kita ada, sedar x sedar
dah nak masuk ke-54 Tahun dah
Merdeka taun ni..(Ogos nanti le)

Masalah aku di sini ialah
Aku bukan nak cerita pasal MERDEKA..
Aku nak cerita pasal
Betapa bestnya dok MALAYSIA

Sebab terdapat banyak makanan BEST2!
Best la..sebab aku banyak gila makan..
Makan membuatkan aku GUMBIRA..
Hahahaha...

Owh...
Sebelum aku melarikan diri dari tajuk
Aku nak STORY sket

Ni berkenaan makan la ni..
Dah kata aku kuat makan kan...
Tau2 je la..

Bangsa tekak 1 MALAYSIA
Sume aku bedal la..
Except yang xleh tu xder la aku santap jugak

So,
BUDU, BELACAN, TEMPOYAK
Segala bagai tu mak telan jer..


Aku bangsa makan memang senang..
Nak bawak g majlis lagi la senang
Sebab xyah risau aku x makan itu ini..
Apa yang ada aku bedal je

Nak dijadikan cerita
Time LUNCH aku la manusia paling seronok
Sebab bleh 'berkarya' dalam pinggan


Penuhkan segala macam
Pape yang aku rasa berkenan



Yang aku x puas atinya..
Ada sorang manusia ni..
Haip!!
Jangan tanya sapa la..
Confirm aku kata biarlah rahsia..

Aku sedar la aku ni sume sapu..
Dah aku makan pape ke
Adalah hal aku..
Kalau yang agak2 busuk ke hape..
Aku pandai la cover..

X caya tanya la En Dadi..
Even aku makan PETAI-JERING skalipun
Dia xkan bau pape punya..
Aku bukan x paham
Kalau orang xleh terima..



Ni x...
Aku elok je amek...
Dah kena sound..Kuat lak tu...
Sume orang pandang...
"Eh...tu pun makan..busuk la..."
(1 kali dia smash aku)

Aritu kena gak
"Eh...malu la nak makan tu..."
(Patutnya yang ni yang 1st)
Dahtu..nak cakap ulang2 sampai balik opis
Siap kepoh2 cita kat orang yang x join tadi
Macam aku sudah telan satu BIAWAK TEMBAGA besau

Aku siyes tobat ngan die ni
Kang aku SMASH balik kang
Mau x bertegur seratus taun kang..
dah nama orang MALAYSIA
Apa salahya aku makan pun..
Ko x makan ko nyer hal la..
Aku x ejek ko pun..
Orang lain x bising2 macam kau lak tu..

Mulut aku busuk petai..mulut kau 'busuk' cam ...tuuut!!

Tapi aku DIAM je la..
(dalam hati je...k..FINE!)


Huh!!
Siyes aku xmau makan ngan kau dah
Makan sorang2 lagi baik..
Kecoh!!
(err..belagak ke macam tu..)

Peace-s

Moga murah rezeki...

Haip!!

dah berubah kan blog ni...
hehe

sebenarnya xder niat pun lagi
nak ubah design blog ni 
biarpun aku tau aku nyer blog CIKAI abess

ye la...blog orang lain ber'bling2' ngan design terbaBOM
aku lak cam nak xnak je..

tapi memandangkan cik LULU
terSANGATla rajin 
dan BAIK HATI
serta PEMURAH
*eceh2..x ngampu tau*


Dia sudah kasi 
bikin sama aku
header lawaaaaaa sangat..
maceh sangat2 cik LULU...


Aku ni pulak
dah orang bagi..
(err...bagi ke....aku main ambek je sebenarnya)
aku pun dengan senang atinya mempublishkan kat sini...

tatau la berapa lama...
tapi selagi aku x pandai buat header yang memuaskan ati aku..
(sebenarnya tunggu gamba yang terbaBOM sket...huhu)
aku letak header LULU ni dulu...

Maseh skali lagi ye...
sayang cik LULU..
*nak blanja makan-meh la sini...wink2!*

Macam tu la sesama BLOGGER
Memberi dan menerima
(walaupun hakikatnya aku blom bagi pape pun kat LULU..erk)


Peace-s