Masih lagi dengan kegilaan 'memungut sampah' dan cuba repurpose semula...Ecewah..Padahal benda celah kuku je pun sibuk nak gebang kuat2 kat sini...Kikiki...Bagi can la ye...dengan keadaan internet yang macam nak kena lambung ni dan juga keadaan kesihatan yang x mengizinkan...saya cuba jugak la update supaya saya x rindu sangat dengan blog ni..Ye...saya tau awak semua x rindu pun...saya je yang over rindu blog sendiri..kikiki
Kali nak nak share berkenaan bekas pringles yang dah patut2 dibuang lepas habis makan tu..saya sibuk nak kutip dan jadikan bekas storage di dapur.
DIY Pringles Storage Tube
So inilah bahan2nya..yang terlupa nak snap adalah gunting dan pembaris. Lain2 yang tertera dalam gambar adalah: Wrapping paper (saya google dan print sendiri saiz a4 je sebab tinggal sikit je balance untuk 1 can kalau guna saiz a4), Bekas Pringles yang dah habis (sesungguhnya ini adalah bukan iklan Pringles), Label sticker dan Double-sided tape.
Setelah diukur bekas ni saya Double Tape kan bekas ni di sekeliling bahagian atas dan bawah serta bahagian menegak..supaya kemas melekat masa membalut nanti.
Sila fokus kat bekas ni jne...sekeliling yang menyepah tu sila buat2 x nampak...ngee
Lekat je pun..Huhu
Siap...Setakat ni ok je sebab saya letak barang yang x perlukan kekedapan. Tapi sebelum ni Pringles yang tersimpan dalam tu pun memang x lemau pun kan...Cuma saya nak make sure letak benda yang x senang rosak. Ni dah dekat 3 minggu saya x blogging kan...stakat ni check barang dalam tu ok je..xde pape kerosakan pun..Huhu...Ni baru 2 kumpul..Itupun setelah dah berapa banyak dah bekas ni terbuang..Kalau banyak lepas ni maybe bole melarat kat bilik anak2 pulak...Ada sapa2 yang ada penyakit macam saya mengumpul barang2 buangan untuk repurpose semula? Kalau ada...Silakan share dengan saya k...Boleh la curi idea sikit...Wakaka
Sekian, TQ for reading,
Wassalam