Tuesday, July 1, 2014

Diy Kufi Art Canvas

Assalamualaikum semua...Kali ni sebenarnya projek cuba-jaya gitu...Sebenarnya digalakkan dari group KSSA (Kami suka susun atur) di FB tu la...Ada seorang ahli group ni yang sangat dasyat kreativiti seninya sampai dia post apa pun dalam mana2 group mesti orang kagum gila ngan dia termasuklah saya iaitu sis Nani Idayu...

Tapi tulah..Most of the items she made and draw adalah Not For Sale..Saya xtaula berapa kali dah merayu beliau supaya jual benda2 yang dia buat tu..Tapi memang susah sebenarnya sebab dia pun ada anak kecik...dengan kerja lagi..so benda2 hobi ni memang payah sikit nak produce banyak2...

Anyway, kerana dia x jual tu lah saya cuba usaha sendiri nak buat jugak salah satu kerjatangan dia iaitu Kufi art. Ya..saya tau...memang ramai orang jual..tapi kepuasan dapat buat sendiri tu memang lain macam kot...dan juga membuktikan x pandai melukis pun akan ada alternatif lain yang boleh diusahakan...Gitu..

Macam biasa..Sila perhatikan bahan2nya:
Gunting | Pensel | Kanvas (saiz ikut suka) | Pembaris | Spray Paint | Kertas sticker


* Kadang2 orang suka tanya saya kenapa pakai bahan2 itu ini...SEBAB saya selalu guna apa yang ada kat rumah je..ada 1 2 benda je kadang tu kena beli...Kata nak jimat kan...


Ni saya cuba nak buat pattern 'Herringbone' - dia lebih kurang macam 'chevron' la..but simpler..
Boleh buat pattern lain..Jangan risau
*Sorry- gambar kurang memuaskan


Pastu tampal la masking tape pada mana2 permukaan yang xnak kena cat tu..
*Note: Perhatikan permukaan yang agak kekuningan tu..tu masking tape sebenarnya...



Ni masa dah Spray dan buang masking tape tadi tu..jadilah macam ni...
Tips: Pastikan tape tu betul2 melekap pada canvas or else..jadilah sememeh dan comot macam saya punya canvas ni...Nasib ada Krylon Chalk Pen - Selamat la boleh comelkan balik...ngee


Untuk Kufi art Muhammad tu saya just copy dan cuba buat dengan menggunakan Excell
Sapa nak boleh ambik kat bawah ni k..


Then print menggunakan kertas sticker dan potong


Siap!



Bolehla display - sebenarnya untuk Kufi Art kalimah Allah x siap lagi sebab kanvas saiz besar saya x jumpa. But it will soon sebab tinggal nak pergi beli je... Rasanya betul dah tu tulisan yang saya ikut berpandukan Google tu..kalau salah sila tunjuk ajar k...Will update here once done..

Sekian, TQ for reading
Wassalam

12 comments:

myfara FLK said...

hebat...

Dilah said...

sis.. kat mana nak beli canvas tu ye?

Unknown said...

lupa nk bgtau...ada kat daiso dear...tp 1 saiz je la..

Unknown said...

Wahhhh best222

Nurizzah Majif Biz said...

awesome lagi sekali!!!
rasa nak g umah u je suh u buat kelas diy..haha..eh pasal nani idayu tu kite bersangka baik je..hehe..:)

Unknown said...

tq...okay je...at least kita akan usaha pikir cara lain nak dapatkan inspirasi daripada dia....x tension pun..huhu

Ayu said...

serius rajin!hehe...YM nie tak bape nak reti bab diy nieh..hihi

Aty Fared said...

kretip..n rajin gilerrrrrr..!!! kagum ngan idea2 u... nanges tengok..

Unknown said...

Cantik! Kalau beli cost lagi tinggi.. Soalan bagi pihak kwn (& diri sendiri): Sticker paper beli kat mana? Tq

Unknown said...

Ida: Ada jual kat kedai printing/stationary..kalau xde asangat..sila terjah Lelong.com.my..saya beli sekali banyak...huhu

Meleana said...

As Salam, mana beli metallic spray tuh? Byk kali n tempat cari, tk penah jumpe.
:D

Unknown said...

Dear Meleana: Spray paint metallic tu cari kat Ace hardware..ada je...