Showing posts with label wall art. Show all posts
Showing posts with label wall art. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

Diy Wall String Art / Key Holder

A
ssalamualaikum again dan salam sejahtera...Kali ni nak share tutorial mudah salah satu aksesori hiasan dalam usaha saya mendeko rumah...Maklumlah...saya bab2 deko rumah x pandai manapun...tapi saya cuba jugakla mana yang boleh Diy tu memang favourite sangat2..


Bahan2nya mudah je...:
1. Sekeping papan  ( Saya beli di Daiso)
2. Benang yang untuk mengait tu...ada 2 jenis ye..cari yang nipis
3. Paku kayu saiz kecil
4. Tukul 
5. Gunting
6. Cangkuk 2 jenis: Yang bulat penuh dan yang separuh
(Optional - Untuk menggantung kunci dan yang bulat untuk gantung ke dinding)
7. Cat / Spray Paint
8.Template tulisan / gambar yang dipilih



Ok...Mula2 catkan dulu papan tu



Then tandakan tempat nak letak cangkuk untuk kunci..
Agak2 la nak letak banyak mana dan jarak antara kunci tu


Then tampalkan template yang nak digunakan


Kemudian tunggu timing cantik kot2 rasa nak mengamuk kat sapa2 ke...bolehla dilepaskan pada papan ni dengan memaku di sekeliling template tersebut....kekeke



Bila dah siap lepaskan geram (menukul), tanggalkan template tersebut dari papan


Masa ni macam x berapa nampak sangat lagi kan...
Ok...sekarang bolehlah start ambik benang kait tu (x tau nama....wakaka) dan belit2 di sekeliling paku tu...make sure tau mana sempadan huruf / gambar2 tu..kang belit2 jadi gambar / huruf lain pulak.....


Dah siap membelit...saya pilih 3 warna benang konon nak menunjukkan kesan ombre....x habis2 daku dengan ombre ni kan....ngeee


Pada bahagian bawah papan, bolehlah dipasang cangkuk untuk jadi tempat meletakkan kunci


 Dan letakkan cangkuk bulat pada bahagian atas papan tersebut untuk digantung pada dinding nanti..then boleh ikat dengan tali or terus sangkut pada paku dinding


Siap sudah!!!





Ok..macam tu la kiranya tutorial kepam dari saya....seksa nau nak ngabihkan....maklumla....lama sangat x buat tutorial....huhuhu

Sekian dulu,
TQ for reading / viewing
Wassalam



Tuesday, July 1, 2014

Diy Kufi Art Canvas

Assalamualaikum semua...Kali ni sebenarnya projek cuba-jaya gitu...Sebenarnya digalakkan dari group KSSA (Kami suka susun atur) di FB tu la...Ada seorang ahli group ni yang sangat dasyat kreativiti seninya sampai dia post apa pun dalam mana2 group mesti orang kagum gila ngan dia termasuklah saya iaitu sis Nani Idayu...

Tapi tulah..Most of the items she made and draw adalah Not For Sale..Saya xtaula berapa kali dah merayu beliau supaya jual benda2 yang dia buat tu..Tapi memang susah sebenarnya sebab dia pun ada anak kecik...dengan kerja lagi..so benda2 hobi ni memang payah sikit nak produce banyak2...

Anyway, kerana dia x jual tu lah saya cuba usaha sendiri nak buat jugak salah satu kerjatangan dia iaitu Kufi art. Ya..saya tau...memang ramai orang jual..tapi kepuasan dapat buat sendiri tu memang lain macam kot...dan juga membuktikan x pandai melukis pun akan ada alternatif lain yang boleh diusahakan...Gitu..

Macam biasa..Sila perhatikan bahan2nya:
Gunting | Pensel | Kanvas (saiz ikut suka) | Pembaris | Spray Paint | Kertas sticker


* Kadang2 orang suka tanya saya kenapa pakai bahan2 itu ini...SEBAB saya selalu guna apa yang ada kat rumah je..ada 1 2 benda je kadang tu kena beli...Kata nak jimat kan...


Ni saya cuba nak buat pattern 'Herringbone' - dia lebih kurang macam 'chevron' la..but simpler..
Boleh buat pattern lain..Jangan risau
*Sorry- gambar kurang memuaskan


Pastu tampal la masking tape pada mana2 permukaan yang xnak kena cat tu..
*Note: Perhatikan permukaan yang agak kekuningan tu..tu masking tape sebenarnya...



Ni masa dah Spray dan buang masking tape tadi tu..jadilah macam ni...
Tips: Pastikan tape tu betul2 melekap pada canvas or else..jadilah sememeh dan comot macam saya punya canvas ni...Nasib ada Krylon Chalk Pen - Selamat la boleh comelkan balik...ngee


Untuk Kufi art Muhammad tu saya just copy dan cuba buat dengan menggunakan Excell
Sapa nak boleh ambik kat bawah ni k..


Then print menggunakan kertas sticker dan potong


Siap!



Bolehla display - sebenarnya untuk Kufi Art kalimah Allah x siap lagi sebab kanvas saiz besar saya x jumpa. But it will soon sebab tinggal nak pergi beli je... Rasanya betul dah tu tulisan yang saya ikut berpandukan Google tu..kalau salah sila tunjuk ajar k...Will update here once done..

Sekian, TQ for reading
Wassalam