Friday, December 5, 2014

DIY Surprise Eggs for Kids

Assalamualaikum semua..Hari ni nak share lagi pasal aktiviti saya bersama anak2...Kali ni still buat aktiviti masa mandi..sebab masa mandi je yang paling best nak buat aktiviti havoc2 sikit...Dan masa ni je yang senang nak 'rasuah' diorang supaya nak mandi dengan sukarela...Kekeke

Idea ni datang sebab anak2 saya sangat taksub sekarang ni dengan mainan Surprise Egg ni..Pergi mana2 pun kalau jumpa mainan yang dalam telur je sibuk nak beli..so saya rasa aktiviti kali ni memang akan membuatkan diorang lebih excited.


Bahan2 adalah benda biasa: Baking Soda, Air, Apa2 mainan kesukaan yang boleh dijadikan 'surprise' - saya pilih Dinosour sebab budak2 ni memang suka sangat benda2 berkaitan dinosour ni...




Nak buat dia senang je..Mula2 baking soda diadun dengan air sampai boleh dibentuk macam dalam gambar..Sorry..xde sukatan sebab saya pun main agak2 je...Tipsnya supaya air tu tambah sikit demi sedikit...bukan secara confident k...Dah macam rancangan memasak plak..adehhhh


Kemudian bolehla dimasukkan mainan ke dalam adunan tu sebelum dikepal...macam buat buah melaka tu...cuma besar sikit dan cuba buat bentuk macam telur supaya nampak real..kononnya la...huhu



Optional: Boleh tambah sikit pewarna makanan untuk kesan yang lebih Devassss


Dah siap bolehla dimasukkan dalam FREEZER untuk dibekukan dalam beberapa jam...
Then wallah - Inilah hasilnya...Siap untuk aktiviti seterusnya

Cara main dia ada 3 cara:

1. Menggunakan paleotologist tool kit mainan




Ketuk2 sampai berderai...agak memakan masa sikit la...Huhu..

2. Letak Cuka makan dalam spray bottle dan spray pada surprise eggs tu untuk revealkan dinosour atau mainan pilihan


1 je x best pasal ni...disebabkan telur tu dah high concentration baking sodanya...so bila dispray dengan cuka tu..akan ada bau yang kurang menyenangkan untuk anak2...



Tapi effect bubble dia memang best la budak2 tengok

3. Guna Spray Bidet


Spray Bidet yang dalam toilet tu..spray je...surprise egg ni senang je dia dissolve dalam air...lagi cepat effect surprise dia...huhu


Sebenarnya mainan yang saya guna banyak berulang2 dan lebih kurang sama je..tapi budak2 bukan perasan sangat kan..janji diorang minat dan ada timbul minat ingin tahu...Yang penting jimat boleh berulang2 buat..Nak basuh pun senang sangat...Huhu

Sekian dulu, TQ for reading
Wassalam












3 comments:

nurkaloi said...

UWW kreatif sgt...rajin x rajin je la nk buat

Nurizzah Majif Biz said...

nak surprise dalam ada i-phone 6 boleh tak dear? hehe

syida said...

sangat menarik! boleh try dengan anak2 sy ..good sharing!