Kali ni saya nak sharekan cara saya dedahkan anak2 dengan aktiviti explore and learn yang simple iaitu:
ICE EXPLORATION FOR KIDS
Basically bahan2 penting dia 5 je...Baking soda, Cuka, Air, Mainan (saiz yang muat dalam bekas yang dipilih) dan Ice container (terpulang nak guna apa)
Caranya lagi senang...just bancuh air dengan baking soda. Xde sukatan..tapi jangan la boh baking soda tu sikit sangat...agak2 macam bancuh air la...Kalau nak tau sebab dia...sila baca selanjutnya k...
Ok..cara nak uji ok ke x kepekatan campuran air+baking soda tu..Mula2 ambik campuran tu sikit dan tuangkan di bekas lain...Then tuangkan sedikit cuka pada campuran 'testing' tu..Kalau berbuih macam dalam gambar ni..maknanya ok la tu...kalau x berbuih, kena tambah lagi baking soda la nampaknya...Resepi sangat xde piawaian gitu la..Please bear with my kemalasan..kekeke
Sebelum tu susunkan mainan dalam container..x kisah kalau x kemas...bercampur..or terkeluar sikit...
dari situ nanti datang minat dan teruja nak tau anak2 bila nampak ada sikit tersembul keluar dari ais...or nampak samar2 kaler je ke...Gitu..
Then tuangkan je dalam Container yang berisi mainan tadi..
Selepas disejukkan...campuran air dengan baking soda tu akan jadikan ais tu frosty..so x clear la...Dan lagi fungsi baking soda tu adalah untuk masa permainan nanti...
Cara main...
Tuangkan cuka (tambah sikit air kalau rasa xnak membazir or cari bekas spray yang kecik)
Then bolehla ambik 2 3 ketul dan biarkan anak2 explore...
Banyak sangat cara nak main...Tapi ni salah satu cara la...
Nampak x berbuih2 masa Arell spray tu...Tu pun buat diorang terjerit2...
"Huiyo...Bebat(Hebat) la Mami..."
Pastu terkejut ada mainan dalam ais tu..Padahal mainan tu x beli pun..ambik apa yang dah ada je..Pun diorang kagum sangat...Wakaka..
Time mandi lagi la kan...Boleh je buat bukan time mandi...Tapi ntahla diorang ni suka sangat time mandi baru nak buat macam2...
So itulah saja...Simple sangat kan..meleleh air hidung sapa rasa kene beli mainan mahal2 hanya nak bagi anak2 happy...Yang penting kita kena involve la sekali..tanya apa benda yang dalam ais tu..warna apa..huruf apa...benda2 macam tu la..secara x langsung diorang akan dapat belajar dengan cara yang seronok...Jangan la dah buat/beli mainan pastu tinggal je anak2 main sendiri tapi mak bapak sibuk online je ngadap gadjet..Kena ada 2 way communication baru berkesan mainan apa pun...Hambek ko...Dah terlebih bebel pulak hari ni...Kekeke
Sekian dulu, Selamat mencuba
TQ for reading
Wassalam
4 comments:
Oh, memang kreatif dan unik, nanti boleh try la :-)
WAAA boleh try nanti kat Adam nih
wahh betul menarik, tak pernah terfikir pun sebelum ni nak buat gini..tq Pn. DIY
Wow mnarik.
Bo guna aktiviti ni akn dtg.
Tq
Post a Comment