Tuesday, October 18, 2011

Bukan Manusia Akhir Zaman


Sebelum pape....

Aku pasti korang2 semua dah tengok video ni  kan...
X kisahlah samada melalui Youtube, FB atau berita sekalipun...
Yang penting, kejadian ni realiti...
Dan budak ni sekarang dalam keadaan 'mati otak'
Terlantar di hospital...





Aku bukan nak menambah seksa...
Atau sesuka nak mengata..
Tapi benda ni bukan baru pun...

Sifat manusia yang orang kata akhir zaman...
Well, dah berzaman berlaku....

Aku pun pernah terlibat ngan kemalangan lebih kurang macam tu..
Bukan saje2 nak cerita sebab nak bagi ada 'isi' untuk update blog ye..
Memang tara tipu punya...

Aku kata lebih kurang
Sebab aku sekarang masih diberi peluang tuk BERNYAWA oleh tuhan..
Cumanya aku lebih bernasib baik dari budak tu...

Umur aku baru 6 tahun waktu tu
Kira sama naif la tapi maybe dah pandai sikit dari budak Cina tu..
Bukan aku nak kata dia bodoh..
Dalam hal ni...nak salahkan sesapa pun x guna..
Sebab kita manusia...
Sama2 melakukan kesilapan..
Memang mak dia ada salah..
Sebab biarkan anak dia merayau2 sorang2 macam tu...

Tapi kita pun xtau apa jadi sebenarnya kan...

Macam aku...
Seusia 6 tahun
Aku kene pergi menapak ke kelas Fadhu Ain sendirian..
Nak salahkan Mak aku x jaga..
Dia seorang nak jaga aku dengan adik...
Jadi siapa nak bagi makan...
Siapa nak kerja kan...
Ayah dah xde...

Makcik yang di'IN-CHARGE'kan tuk menjaga kami cumalah makcik tua
Dah x larat nak ke hulu ke hilir mengekor keperluan aku masa tu..
Jadi mak dah awal2 'train' supaya aku tau lintas jalan..
Tau pergi kelas Fardhu-Ain tu sendiri...

Of-course la aku jadi dah terbiasa dan kepala pun dah input x takut

Tapi dah namanya budak kan...
Maybe ajaran mak belum cukup mematangkan aku
Tuk betul2 berhati2 tatkala melintas di selekoh..

Memang hari tu hari malang kot..

Kelas mula pukul 2...
Jadi pas makan kat umah Cik Dah (Pengasuh)
Aku pun bergegas menjinjing sekeping buku
Pergi kelas petang pulak...
Kerana paginya aku memang dah masuk tadika...
Kawasan rumah tu memang xde tadika Islam
Ada tadika yang kelasnya tepi gereja je..
Jadi sepanjang belajar memang selalu terpandang En J***s

Maybe tu yang buatkan mak hantar jugak aku ke kelas fardhu-ain tu...

Waktu aku nak melintas, memang nampak pada pandangan dan hemat aku..
Line jalan adalah 'clear'...
Aku pun lintas tanpa terduga yang aku akan diseret lori pendek
Yang memang laju amat...

Sedar x sedar...dah tercampak ke tengah jalan raya yang amat punya besar tu..
Kereta jangan cakaplah...
Ada yang lalu lalang...
X busy..macam keadaan budak cina tu la..
Cuma jalan tempat aku exsiden tu lagi besar..
Bayangkan kalau lori balak lalu lalang punya jalan...

Nangis sedemikian hebat pun x guna...orang takut nak berenti...
Pakcik2 berkerumun tepi jalan je...panggil2 aku supaya ke tepi..
Tapi xde yang berani nak lintas amik aku
(Walaupun jalan x busy sangat pun)

Tiba-tiba
Aku terpandangkan dari jauh
Sebuah lori berkepala merah
Memang masa tu kalau umur kau 6 taun pun kau akan nampak lori tu sangat menakutkan
Dan yang amat punya besar...

Mungkin tuhan dah 'install'kan survivor skill
dalam minda aku supaya berbuat sesuatu..
Jadi aku sedaya upaya meng'ensot' ke tepi seberang jalan sekuat dan secepat yang boleh...
Pedulikan segala kesakitan yang menyelubungi kaki masa tu..

Alhamdulillah..
Memang nyawa panjang lagi...
Aku berjaya ke tepi sikit lagi lori tu nak dekat..
(Tapi x berhenti pun...cis!)

Akhirnya ada la seorang hamba Allah yang memberhentikan keretanya
Dan membawa aku ke klinik...
Masa tu dah x terpikir orang jahat atau penculik ke hapa dah..
Memang yang tau sakit...dan nak balik...

Mujurlah 'uncle' yang baik hati tu hantar aku pergi klinik...
Bila Doktor tanya, aku bagitau nama mak aku..
Mujur pulak rupanya 'uncle' tu rupa2nya kawan seopis ngan mak..
Tuhan tolong aku lagi..

Terus dia call mak aku dan settlekan bill sementara tunggu mak aku datang...
Mujurnya tuhan 'ambik' kaki aku 6 bulan je...
Bukan matikan otak atau tambah satu lagi lori/van tuk gelek aku...

Effectnya sampai ke besar, aku x boleh berdiri lama sangat
Jadi x pasal2 terciptalah perangai xmau dok setempat lama2..
Mesti nak ke hulu ke hilir supaya kaki aku x sakit...
Itu ajelah 'kecacatan' aku

See?
X heranlah kalau aku kata
Ni bukan pe'el manusia akhir zaman...
Sebab Nak dekat sepuluh orang berkerumun...
dalam 5 kenderaan je lalu lalang..
Cuma satu je yang ada hati nak tolong...

Waktu2 macam tu..
Tawakkal je la...selamat x selamatnya
Untung nasib masing2 kan..

Tuhan lebih tau...

Kalau dek kerana video tu orang kata
memang perangai manusia akhir zaman...
Dah lama zaman berakhir....
Maybe 25 tahun lepas masa aku kene langgar tempoh hari..

Tepuklah dada tanya kendiri...


10 comments:

PinKy MoMMa said...

kejammmm #@#^$(*
yang langgar tak de akai..yg tengok jer tu pun tak de akai! sengalll

Namee Roslan said...

em si pemandu van tu tak patut pentingkan diri ;'( emm. sy sedih la. awak dah tgk bayi mayat yg kena kelar tu ?? teruk sgt smpai nmpk usus dia :(

Unknown said...

tgk...kesian kan...mak dia kene buat yang serupa..baru dia tau...

adie said...

uiii...maknanya bukan kat china jer, kat malaysia ada jugak yg macam tu ke...isk..isk..

~SHiLA~ said...

same nasib rupenye.bace story ni sedih la pulak.sbb xde org tlg except uncle tu.huhu

Lyaa Suriany said...

tragis pengalaman akak.
kat mana mana pn wjd perangai org yg penting kan diri.
bila dah terkena batang hdg or keluarga sndiri baru rasa mcm mana

Aty Fared said...

tak mo bace...mase masuk berite malam aritu..tengok..terus teringat2 sepanjang malam sampai rase nak demam..

Nini D.. said...

darling...ko bersalin dah ke?
meh la alamat..aku dah anta email dgn ko..nak pos kupon kepsi!

Niza Romli said...

mmg tak patut. dan setuju sgt dgn penjelasan awak!

blog ibu amanda said...

salam kenal..
jg lupa follow blog sy blk tau :)
tq