Friday, August 5, 2011

Kerana tugas....

Kerana TUGAS..
Aku ber'kepak' ke hulu ke hilir 
Menyediakan juadah berbuka
Untuk sang keluarga


Kerana TUGAS..
Aku hidupkan jua api kekuatan
Menahan sakit derita
Demi mereka yang tercinta


Kerana TUGAS..
Aku gagahkan juga kaki
Melangkah menongkah arus tenaga
Demi kerana kehendaknya teman

Kerana TUGAS..
Aku mampukan juga kudrat
Walau terpecah keringat
Demi kerana amanahnya kerja


Kerana TUGAS..
Apa boleh buat...
Sudah menjadi lumrah kehidupan
Sebagai ibu, isteri, teman, pekerja..


Dan...
Tidak ku lupa jua
Sebagai hamba-Nya..




4 comments:

HanisLazimAndTheShaklee said...

ITS ALL ABOUT TANGGUNGJAWAB KAN....

PinKy MoMMa said...

selagi bergelas manusia..kerja kerja kerja hehe :)

sory yang baru berkesempatan nak jejak kawan2..anakku demam aihh

PinKy MoMMa said...

selagi bergelas manusia..kerja kerja kerja hehe :)

sory yang baru berkesempatan nak jejak kawan2..anakku demam aihh

Hiddy Asri said...

kerana TUGAS, kita buatla seikhlas yg mungkin!