Thursday, September 25, 2014

DIY Ice Exploration Cubes for kids

Assalamualaikum semua...banyak pulak feedback secara online dan offline bila saya post pasal simple finger paint tu....pastun ramai plak request saya post pasal diy yang melibatkan aktiviti dengan anak2...So sorry kalau lepas ni banyak pulak post pasal aktiviti dengan anak2 keluar yek...

Kali ni saya nak sharekan cara saya dedahkan anak2 dengan aktiviti explore and learn yang simple iaitu:

ICE EXPLORATION FOR KIDS


Basically bahan2 penting dia 5 je...Baking soda, Cuka, Air, Mainan (saiz yang muat dalam bekas yang dipilih) dan Ice container (terpulang nak guna apa)


Caranya lagi senang...just bancuh air dengan baking soda. Xde sukatan..tapi jangan la boh baking soda tu sikit sangat...agak2 macam bancuh air la...Kalau nak tau sebab dia...sila baca selanjutnya k...


Ok..cara nak uji ok ke x kepekatan campuran air+baking soda tu..Mula2 ambik campuran tu sikit dan tuangkan di bekas lain...Then tuangkan sedikit cuka pada campuran 'testing' tu..Kalau berbuih macam dalam gambar ni..maknanya ok la tu...kalau x berbuih, kena tambah lagi baking soda la nampaknya...Resepi sangat xde piawaian gitu la..Please bear with my kemalasan..kekeke


Sebelum tu susunkan mainan dalam container..x kisah kalau x kemas...bercampur..or terkeluar sikit...
dari situ nanti datang minat dan teruja nak tau anak2 bila nampak ada sikit tersembul keluar dari ais...or nampak samar2 kaler je ke...Gitu..



Then tuangkan je dalam Container yang berisi mainan tadi..





Selepas disejukkan...campuran air dengan baking soda tu akan jadikan ais tu frosty..so x clear la...Dan lagi fungsi baking soda tu adalah untuk masa permainan nanti...




Cara main...
Tuangkan cuka (tambah sikit air kalau rasa xnak membazir or cari bekas spray yang kecik)

Then bolehla ambik 2 3 ketul dan biarkan anak2 explore...
Banyak sangat cara nak main...Tapi ni salah satu cara la...

Nampak x berbuih2 masa Arell spray tu...Tu pun buat diorang terjerit2...

"Huiyo...Bebat(Hebat) la Mami..."

Pastu terkejut ada mainan dalam ais tu..Padahal mainan tu x beli pun..ambik apa yang dah ada je..Pun diorang kagum sangat...Wakaka..


Time mandi lagi la kan...Boleh je buat bukan time mandi...Tapi ntahla diorang ni suka sangat time mandi baru nak buat macam2...

So itulah saja...Simple sangat kan..meleleh air hidung sapa rasa kene beli mainan mahal2 hanya nak bagi anak2 happy...Yang penting kita kena involve la sekali..tanya apa benda yang dalam ais tu..warna apa..huruf apa...benda2 macam tu la..secara x langsung diorang akan dapat belajar dengan cara yang seronok...Jangan la dah buat/beli mainan pastu tinggal je anak2 main sendiri tapi mak bapak sibuk online je ngadap gadjet..Kena ada 2 way communication baru berkesan mainan apa pun...Hambek ko...Dah terlebih bebel pulak hari ni...Kekeke

Sekian dulu, Selamat mencuba
TQ for reading
Wassalam

Tuesday, September 23, 2014

DIY Washable Finger Paint for Kids

Assalamualaikum semua...Kali ni nak share cara saya buat Finger paint untuk aktiviti anak2 kat rumah...Kepala pening sikit hari ni so x dapat nak sembang macam2...Jadi tengok gambar banyak2 je la ye dari baca bebelan saya...


Washable Finger Paint


Bahan2: Tepung: Air (Ratio 1:1), pewarna makanan, bekas untuk penyediaan dan bekas untuk simpan bila dah siap...Senang kan!


Ok..Mula2 campurkan tepung dengan air dengan kadar nisbah 1:1..maknanya kalau 1 cawan tepung, makanya 1 cawan air..


Kacau sampai licin adunan tu dan x berketul..
Ewahhh..macam main masak2 pulak...


Then bolehla masukkan adunan tu dalam bekas...


Titikkan pewarna ikut suka hati..kalau titik banyak...maka terang la warna cat tu nanti...


Kacau sampai sebati...dannnnn


SIAP!!! Cantik x cat kak Ton!! Hehe


Lepas tu bolehla sediakan bahan2 untuk aktiviti mengecat tu nanti...
Terpulang nak pakai alat2 apa k..saya guna apa yang ada kat rumah je...


Batang sayur pun aci je...

Then boleh start aktiviti...
Saya bagi budak2 main dalam bilik air je..senang nak bersihkan...
So kira aktiviti mandi la ni...






Ni baru namanya mandi x basah....Sensor sikit...maklumla time mandi katanya...






Best sangat sampai hari2 suruh buat cat ni...Boh dalam muffin tray pulak...


 

Silalah admire la hasil seni anak2 sebelum dibersihkan tu....
Then just spray je dengan air dah settle..Janji jangan biar kering sangat la...
Kang kena tambah kerja sental dinding toilet pulak hari2..kekeke...

Sebenarnya banyak je aktiviti boleh buat once dah ada finger paint ni...x caya boleh search kat Pinterest macam kat bawah ni...


Till Then, Thanks for reading
Wassalam



Friday, September 12, 2014

KL Untuk Anak2: Discoveria @ Avenue K

Assalamualaikum semua...Xnak sembang pasal DIY hari ni sebab saya ada benda yang lebih menarik selain DIY..Kikiki...Hari ni nak sharekan satu tempat baru yang sangat sesuai untuk keluarga di area KL ni....Discoveria @ Avenue K,Ampang yang terletak bertentangan dengan bangunan KLCC.

Mula2 tengok Abang Ben share gambar dalam FB dah rasa uishh...mesti mau pergi ni...Apatah lagi dekat je kan...So mula la racun pemikiran En Dadi supaya pergi survey 'kawasan' Discoveria ni memandangkan opis beliau dalam tu jugak....So, xnak cakap banyak...silakan tengok apa yang best sangat berkenaan Discoveria ni...Hehe...



Sebenarnya ini bukan Entrance..Ini adalah Exit. Tapi sebab menarik sangat ekor dinasour ni bergerak2...Makanya mari havoc2 kat sini dulu...And yes..Dinosour ni half je..xde kepala pun...





Belum pun masuk and not even beli tiket pun lagi dah macam2 aktiviti yang sangat interaktif ada depan Discoveria ni...Ada maize LEAD THE DINO, KNOW YOUR DINO, BUILD A DINO dan macam2 DINO lagi....Memang sibuklah kekenit ni try macam2...Pastu mulut riuh ajar kita mak bapak...Mami this and Dadi That...phewh....Layannnn


Ini adalah harga tiket...So boleh siap2 budget dah...since saya dah bagitau ni...


Ok...x sorang pun lepas untuk dapat masuk FREE..ngeee


If perasan, tiket budak2 lagi mahal dari tiket orang dewasa kan....Well, this is WHY..
The interactive games lebih kepada untuk kanak2 dan mak bapak cuma pantau dan bantu mana yang patut..
Excited tengok Arell pakai jaket ala2 Paleontologist...Well, Semua pun kena pakai...Tapi budak2 yang akan kena jadi leader...Suka la dia...



Mula2 masuk lepas pakai segala kelengkapan adalah harus menonton video untuk educate kita mengenai Zaman Dinosour...Tapi maknya biasalah...Kenapa perlu muncung tu muncul secara otometik? 
This is not me okay....

RFID-Quest



Masa masuk tadi petugas di situ dah bagi gear dan maps dan sticker semua..so inilah masanya untuk RFID DINO QUEST. Ala2 'Treasure Hunt' la..So Leader akan dibekalkan dengan 1 Dino Detector Wristband di mana  kita perlu cari 10 jenis Dinosour yang ala2 tersembunyi (Xdela sembunyi mana pun..cuma kita pun xtau nama kan..so melalui Wristband tu la kita dapat detect which is which Dino..Gituuu) dan tandakan dengan sticker pada maps bila dah jumpa. Just tap wristband pada skrin yang disediakan....And then cari sticker dengan nama yang sama dan tampal pada map. Nanti dah siap bole serah pada kaunter di Souvenir Shop dan bole dapat Certificate..Kira dah khatam la pasal dinosour bila dah settle maps ni...











Kawasan dalam exhibit ni memang dim2 gitu..konon zaman era dinosour la..Setakat ini ada 22 jenis dinosour yang berkualiti Muzium dan bergerak secara 'ANIMATRONIK' yang mana kita dapat menyaksikan dinosour tu bergerak2 dan roaring...So untuk2 budak2 dia rasa macam real la...Of Course the Star of the show is T-Rex..Aish..kalau ada lagi zaman sekarang ni maknanya aiolls x berani la nak keluar shopping nampaknya...Kikiki


Aktiviti2 lainnya:


Wall Climbing


Cuba2 lumba lari 10m dengan Dinosour terpantas iaitu Gallimimus

 


Belajar apa yang dinosour makan


Berapa banyak sekali T-Rex hadap time makan..
Ok..kitorang 4 orang pun x sampai 150kg...GULP!


Info's everywhere...


T-Rex snapshot..
Menggigil kaki nak naik..tinggi jugak la untuk Mak Jemah yang gayat ni...Huhu



Paintball - Tembak nyamuk zaman Dinosour...
Muka mamat yang jaga tu boring je tengok En Dadi menembak asik x kena...
Sabar bang ehh...Biasalah...Amatur katakan...sekarang pakai spray je..x main tembak2 nyamuk...tu yang kejung tangan tu..Kekeke




Excavation Pit
Yang ni paling best...Sebab ianya mendedahkan anak2 ke dunia Paleontologist. 
Kat sini konon2 belajar cara2 nak discover fossil dinosour.
Tapi biasalah..bagi can la En Dadi tu yang teruja berlebihan...


Ini antara salah satu Movie dalam 3D-Theatre Room..
Spec 3D ada 3 je..Jadi agak berebut...Biasalah tu kan...


More interactive area for kids..Haish...Best sangat bebudak sekarang ni kan.....


Souvenir shop and Cafe...
Bersedia untuk melubangkan poket mak bapak...
So, mak bapak bolehla plan pergi cepat2 sebab kalau x silap Exhibition ni untuk sementara je sampai Februari 2015..Kalau lambat..sempat baca post saya je la kan nanti....
Hehe

Untuk keterangan lanjut...

Boleh layari Website Discoveria

atau boleh hubungi 

Level 4, Discoveria @ Avenue K Shopping Mall
156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Phone: +603 2181 7218
Opening Hours: 10 am - 10 pm
(Everyday including Public Holiday)

Sekian dulu, TQ for Reading,
Wassalam