Showing posts with label bilik anak2. Show all posts
Showing posts with label bilik anak2. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Reveal: Kids Room - SuperHERO Theme

Assalamualaikum semua...Dulu saya ada janji kan nak reveal bilik kanak2 lepas siap....well..kalau nak tunggu siap memang macam bila2 pun x siap la kan..asik memanjang sepah.. kemas... sepah.. kemas....sepah balik....meroyan ahkak....

Nasib baik ada 'Cik Tipah' yang PM through FB ingatkan....." Bila agaknya u nak reveal bilik anak2 u eh"...Then say pun macam...oooo..lupa pulak...Nasib ada orang ingatkan...TQ so much...Sampai lupa dah kan....Silap2 tukar tema bilik diorang pun belum tentu ingat...Sorry ye..banyak sangat termakan semut la tu...Haha..

Ok...enough talk and lets get going with this ya...Dipersilakan masuk semua....

Kita mulakan dari pandangan saat nak masuk ke bilik ni la kan...Bilik kecik je...




Pintu pun xdan nak cat lagi...tunggu weekend ni baru plan nak cat....



Dinding design menggunakan Tape dan cat...pastu letak storage tambahan sebab selalu bawak mainan keluar bilik..and then bean bag lama untuk lepak sambil main PS3..Err...Tapi x pernah main pun lagi...Membazir je beli awal2..Huhu














Serta TV andaikata perebutan berlaku antara emak/bapak dan anak2 untuk menonton TV..Inipun FIL yang bagi lama dulu sebab Arell tengah tengok tiba2 meletop tv gabak...dia kesian...



Basically ruang ni cuma jadi ruang bilik mainan je sekarang memandangkan masing takut je kejenya nak tido sendiri..so sapa jadi tetamu dapat la merasa pakej bilik SuperHERO ni..huahuahua...

Tapi jangan ingat semudah itu nak siapkan bilik ni..memang mula from scratch..dari xde pape..repair banyak benda jugakla nak dapatkan keselesaan bilik ni..Alhamdulillah...Akhirnya tercapai juga...Inilah rupa sebelum bilik ni di per'apa2'kan...





Nampak x macam mission impossible itu...Tapi kene ada azam yang teguh untuk berubah baru boleh mengubah..ececeh...So..sapa2 yang pernah bgtau saya diorang punya concern kata x boleh buat itu ini...semua pada saya mindset kita je..sebab kalau kita x cuba dan usaha kita xkan tau ye x..Saya mula2 masuk rumah ni dengan En Dadi, dua2 dah macam nak nangis..memang kena sabotaj teruk..macam2 penyewa lama rosakkan semata2 sebab kami suruh pindah...Tapi saya berusaha dengan bantuan En Dadi..berazam untuk transform bilik ni sampai xde lagi kesan2 orang lama dalam rumah ni..

Minimizekan kos perbelanjaan..selagi bole x pyh ganti kami x ganti...dan selagi boleh repair kami akan repair...Itu belum campur 50% duit gaji saya setiap bulan dok buat beli apa yang patut untuk rumah sikit2...and that's what we did all this while...Hopefully segala usaha kami berbaloi untuk kami sekeluarga...Mind other people..sebab bukan diorang yang hari2 nak dok dalam rumah tu kan...yang penting keluarga kita selesa...dan keluarga kita yang suka...Orang lain yang mengata tu sebenarnya jeles...Panjang lebar pulak mak encek membebel arini...Moga2 kisah transformasi bilik ni akan menjadi inspirasi buat kawan2 semua..Insyallah..

Sekian, TQ for Reading
Till Then, Wassalam



Wednesday, June 11, 2014

Guest Blogger: DIY Name & Birth Art By JULIE

Assalamualaikum semua...diumumkan mulai minggu ini setiap hari RABU saya akan cuba cari kawan2 yang sealiran minat dengan saya iaitu DIY dan Susun Atur untuk Share entri special masing2..So kiranya Setiap Rabu tu adalah special untuk "Guest Blogger"...Saya akan cuba sebaik mungkin untuk linkkan kawan2 lain yang hebat2 dalam bidang DIY dan Susun atur ni...Hopefully akan ramai yang berminat untuk Sharekan di ruangan kecil2an saya ni...Kalau ada yang berminat..Boleh tinggalkan link di ogosh80@gmail.com..TQ..

Ok..panjang dah pengumuman tu...Ok..Sebelum tu saya ingin mengucapkan Jutaan terima kasih buat Julie sebab sudi jadi "Guest Blogger" jemputan pertama saya. Jangan ingat saya ni x minat belajar dari orang2 lain...saya ni laaagi suka baca entri orang lain dari diri sendiri punya blog sebenarnya..huhu...Ok...Sudah2 mengarut tu..


Julie Sharekan macam mana dia DIYkan Name & Birth Art untuk deko bilik anak2..Memang super comel!



Seperti biasa...ai is suka orang yang tunjuk DIY yang senang2 ni..bukan apa..sonang den nak tiru.. En Dadi..sila halalkan dakwat printer tu banyak2 k...DIY Julie ni so tempting..ai is kenot tahan...Musti kena buat...kuikuikui


Nak Buat yang serupa? Sila terjah secara berjemaah ke link ni:



Again..Tq for your support for this teeny weeny segment of mine Julie...So there you go...Apa lagi tunggu? 


Sekian, TQ for Reading
Wassalam













Monday, April 28, 2014

DIY LEGO Switchplate

Assalamualaikum semua...Kali ni berbalik kepada DIY untuk bilik anak2 saya yang x habis tu...Macam besar sangat je bilik diorang kan..x sudah2 DIY nya...Biasala ..kalau maknya dah kerasukan tu..maka rajin la nak buat itu ini...kalau x, ambik kain main lap2 je la sambil membebel  x sudah...wakakaka

Selalu orang tanya saya mana dapat idea nak ber DIY itu ini...Well, sebenarnya dari merata tempat...dan idea timbul bila datangnya keperluan...So cedok sana sikit...cedok sini sikit...Pastu berdasarkan bahan2 yang mampu ditemui di Malaysia ni...maka jadi la DIY yang x seberapa tu...So saya mintak jangan la sarcastic sangat nak cakap saya ni TIRU bulat2 idea2 yang dah ada kat internet ni...Susah juga nak pikir dan cari barang2 tu...Bukan senang2 cedok dan buat...Cuma saya nak senangkan kawan2 kat sini tu yang saya selalu share info mana nak cari bahan2 tu..So maybe dah nampak senang pada korang...Saya pun bukan Genius sangat..so still lagi kena belajar dan kena tengok idea orang lain sama...Isk...kan dah terEMO plak dah..huhu

Okla...Kali ni saya terinspire dengan gambar ni sebab Saya ada masalah Switchplate a.k.a plat suis (ini yang Google Translate bagitau). Maklumla...Switchplate saya semua dah buruk dan nak menukar semua sekali lebih baik saya cari alternatif macam ni...Sebenarnya En Dadi ada suruh saya tonyoh dengan 'thinner' cat tu supaya switchplate tu bersih balik..tapi memandangkan mak suka ngelat dan 'M' besar sudah mari..maka lebih baiklah kita pesongkan sikit idea membersih tu kepada mendeko...gituuu

Sumber dari Google

Sumber dari Google

So cute kan? Sebab ni untuk bilik anak2 so saya tunjuk macam mana saya settlekan switchplate dalam bilik depa ni...

Memandangkan Lego set budak2 cuma baru ada 5 6 set je...Jadi saya x bolehla nak sesedap rasa ambik parts tu dan tampal kat plate ni kan...As usual, saya kan cepat bosan...So saya mencari sesuatu yang lebih sementara dan lebih mudah nak di DIY kan..

Banyak pulak berceloteh kan...ok..Jom Mula...

Bahan2nya:


Blu Tac (Finally ada gambar!), Sticker dengan gambar / corak pilihan, gunting, minifigure LEGO, gunting dan juga Switchplate buruk..Kalau nak 'hack' yang baru pun boleh jugak..kuikuikui

Basically just ukur Switchplate tu dan buat kotak berdasarkan ukuran..Lepas tu masuk je mana2 gambar/ corak yang berkenan..Kemudian Print macam biasa...Macam saya...saya guna Transparent sticker macam masa buat label Spice Tins ni..Dan saya print guna Photo finish supaya sticker ni tahan lebih lama dan x payah laminate or double sticker dah...Kena air pun boleh senyum je..


Boleh ambil sini kalau2 rasa berminat nak buat yang design yang sama jugak



Ok...lepas dah print dan potong tu..Jangan lupa ukur tebuk segala mak nenek lubang supaya cantik je masa lekat nanti...Part ni memang kena sabar sikit la..Tapi kalau guna Exacto knife macam dalam gambar tu senang je...Bagi saya, saya tetap nak suis tu pun ada kesinambungan gambar tu supaya ada feel background tu x tiba2 hilang je kat tengah2...


Nampak kegigihan tu x? Haha


Lepas tu dengan mudahnya tempek ajela 'Blu-Tac' tu pada lego figurine dan tampal kat switchplate tu...Then sila jerit pada mana2 arjuna di rumah suruh tolong pasangkan balik switchplate tu ke dinding...
Senang kan....

jadilah macam ni lepas tambah aksesori sikit...sikiiiiit je pun...
Guna secebis benang / tali then tampalkan dengan 'tack-it' warna putih pulak..



Nak buat 'spider web' macam lambat je lagi..so konon2 gaya En Spidey 'terbang' dari 1 bangunan ke satu bangunan la tu...kuikuikui..
Sila abaikan skru yang berkarat itu...

Ok..itu je 
Masalah saya dah settle....
Xyah lenguh2 'keti' dah scrub kesan degil...

Sekian, TQ for reading
Wassalam



















Sekian
TQ for viewing..
Wassalam

Tuesday, April 15, 2014

Clutter-Free Mission: DIY Magnetic Car and Magnetic Wall

Assalamualaikum  and salam sejahtera...Seperti biasa..mukadimah memang hancus...Sebab ai tau kerja guna tangan je...mulut dan minda xbole pikir selain DIY semata2..huhu...Harini ada 2 bonus sebab saya nak tunjuk 2 jenis DIY. Kenapa 2? Sebab DIY ni saling berkaitan jugak kiranya so senang la kita tunjuk 2 dua...So untuk tidak buat korang2 jadi terlebih ekcited..saya pecahkan DIY2 ni dan cerita 1 satu k..Then baru saya tunjukkan gabungannya...

Punca DIY ni adalah kerana serabut dengan mainan2 kekenit ni...
Bila dah banyak dan bertimbun..jadi x main..pastu kerja mintak beli baru je...

"What u don't see..U won't use"

In order nak bagi nampak itulah makanya harus wujud "penampakan" itu...kihkihkih


Nampak? Memang semua campak dalam kotak..tapi tetap x membuatkan mata saya rasa aman...
Dah ajar cara nak simpan pun masih rupa 

"mencampak..tercampak...dicampak..."

Buat maminya jiwa kacau je memikir macam mana nak kasi sepah itu 'cute' di mata...
So saya cuba nak amankan mata saya dengan cara ni:

DIY MAGNETIC CAR


Inilah bahan2nya...
{Magnetic band; Magnet pelbagai saiz;} - Semua ni beli di DAISO
Gam Epoxy; Blu tac (Sorry, xde dalam gambar)

Ok boleh mula...

Daripada dalam kotak mainan tu saya asingkan dan susun ikut saiz
(Senang nak agak berat dan tentukan banyak mana magnet nak bubuh)
*Bear in mind ya..magnet ni yang komersil punya..bukan industrial..so kekuatan magnet tu xla sekuat mana, so ada yang kena lekat lebih dari 1 biji


Then, mula lekatkan magnet2 tu dengan gam Epoxy...


Kemudian, ambil Magnetic band dan lekatkan di mana2 suka dengan menggunakan blu tac tersebut..
Macam saya...saya lekat di dinding...Agak2 eye level ngan kekenit ni berdiri..Senang budak2 ni nak capai dan letak balik sendiri


Rupa Magnetic band lepas lekat dengan blu tac tersebut. Ada 1 lagi alternatif..bole juga gantikan Magnetic Band ni dengan magnetic knife rack FINTORP @ GRUNDTAL..Tapi kena gerudilah..x jalan kalau lekat dengan blue tac tu...


Ok, sekarang bolehla mula proses melekatkan kereta2 / kenderaan yang dah dilekat dengan magnet tu


So that's it!!

Bila dah buat Magnetic Car  ni datang la pulak lagi 1 idea untuk menggunakan ruang dinding tempat meja aktiviti kekenit sekalian ni..Let's move on kepada DIY kedua iaitu:

DIY MAGNETIC WALL

Kenapa buat wall ni? Err..xde pape...saje nak buat rasa teruja budak2..tambah minat dan tambah WOW orang tengok..Astaghfirullahalazim...riak bunyinya...Xdela...saya kalau xde benda nak buat memang akan mula merapu macam ni..benda xyah DIY pun nak DIY...


Ok..xyah merapu panjang2...maka inilah bahan2nya...

Magnetic Paint ( ONLINE: Candy Paint Asia, Ebay - OFFLINE: Typo (ada online juga selain kedai))
Berus cat / span; Masking tape


Mula2 kenalah 'Tape'kan keliling tempat yang nak dicat tu..
1 pek magnetic paint dari Candy Paint Asia tu boleh cover 1sqm (plus minus dengan kn triple layer sekali)
So, untuk besar dinding saya ni..saya guna 2 pek..siap ada lebih lagi...but itu untuk projek kemudian..huhu


Mula2 ikut instruction, kenalah bersihkan dinding tu dengan kertas pasir dan lap segala mak nenek habuk pada dinding tu..


Sebelum mula cat - sila godeh2kan pek tu supaya magnet dalam cat tu sebati dengan cat..
Then dengan menggunakan span or berus...boleh mula cat dinding tu dengan cara macam touch up bedak kat muka..bukan sapu straight macam cat biasa tu...kena "dabbing motion" gitu..Masa ni ingat nak membuli En Dadi...sekali baru dab-dab 2 3 kali dan sempat men'snap' tgn dia in action, dia give up pulak dan mengeluh...

"How aaa...perempuan pakai bedak...? Penat kot.." 

Banyak je alasan tu kan..-_-


This is 1st layer..dah kering pun nampak bercapuk..Nak tunggu kering pun makan masa 24-48 hours every layer supaya cat tu betul2 kering...Maybe sebab partikel magnet dalam cat tu la kan...so kn tambah plg kurang 2 layer lagi baru cantik sikit...Tapi saya buat 3 layer + cat biasa 1 layer. sebab saya nak dia sebati ngan warna dinding yang lain...Orang cerewet memang macam ni..*sigh


So inilah contoh bila dah siap...


Kan dah kata 2 DIY ni berkaitan..dah boleh lekat sekali kereta mainan tu kan...Alphabet magnet yang plastik tu beli di Tesco..dan Alphabet kayu tu beli dengan Blogger Pinky Momma kat FB dia.


In case sapa2 wonder frame tu beli mana...sebenarnya x beli pun..itu cuma ilusi menggunakan cloth tape / binding tape berwarna kuning..tu je...sama dengan tape yang saya guna untuk projek Cityscape Wall bilik kekenit ni jugak..


Ok...penat dah kan tangan tu scroll..
So saya berhenti sini dulu la k..
TQ for viewing..
Wassalam










Tuesday, March 18, 2014

DIY: SuperHERO Curtain Tieback

A
ssalamualaikum semua...Post semalam nampaknya sangat memberangsangkan...sebenarnya saya pun x sangka jadi jugak 'Cityscape' tu. Tapi Alhamdulillah jadi jugak walaupun nampak sangat x pro nya...huhu..Ok, Hari ni nak DIY lagi x? Kalau nak silalah angkat tangan laju2....sebab saya pun laju2 nak SHARE ngan korang nih...kihkihkih

DIY hari ni pun simple je...semudah ABC...Jadi tanpa membuang masa menjuling2kan mata tu nak baca intro ai ni..marilah kita sama2 berjemaah meneruskan keterujaan DIY saya kali ni...Sesuatu sangat kan..hari tu Jam SuperHERO..ni DIY berkenaan SuperHERO gak...So dah boleh agak kan tema bilik budak2 ni kan..Lalalala

Sebelum tu..apa bendanya Curtain Tieback tu? Curtain Tieback tu benda pengikat langsir tu la...saje mencapub boh nama omputih sikit...sebab x reti nak translate bahasa melayu..Jangan marah aaa....So, bahan2nya:


Kain Felt, template mengikut design yang diinginkan, gunting, gam, velcro @ reben pun boleh

Pada yang xtau apa menatang velcro tu - dia adalah bendalah yang zap2 kat kasut sekolah tu...erm..cemana nak terangkan ek...beg sekolah pun selalu ada benda ni senang tuk bukak tutup beg main pakai lekat je...Paham? Mesti ada yang wonder mana nak beli velcro tu eh...Velcro ni saya jumpa kat daiso...Ada warna lain selain merah...so don't worry...

Caranya senang je..Gunting kain felt tu mengikut logo or template then satukan...Macam saya ada 3 warna pada logo tu kan..so kn la pandai2 asingkan dan potong mengikut warna. Saya gunakan foam paper untuk logo bulat yang hitam tu sebab masa buat ni otak seminit punya DIY so tu je yang saya ada masa tu...Jadi guna je apa yang ada...

Pemilihan logo pulak bergantung pada citarasa masing2..dah kata tajuk pun nak buat SuperHERO Tieback kan...so Saya pandai2 cipta sendiri logo ni berdasarkan nama pangkal anak2..dah padan la tu dua2 mula huruf 'A'..


So, bila dah gunting tu satukan logo tu dengan gam dan potong velcro tu ikut panjang yang korang suka
(Kerja agak2 lagi...so sila redhakan pemotongan yang x simetri itu)

Velcro ni dia memang dah melekat so senang kerja..x payah nak gam2 lagi. Tapi kalau pakai reben or tali ke..sila adjust mana nak letak logo tu supaya bila pasang nanti dia ngam..Ikutlah..nak ke tepi ke..tengah ke...



Dah siap....So bolehla me'lawa'kan langsir 


Taraaaa!!



Mengundang sangat kan sampai 2 kali nak tayang...Kihkihkih

Sekian, Selamat mencuba
TQ for reading
#Pray4MH370




Monday, March 17, 2014

DIY Cityscape wall deco

Assalamualaikum and Hi.... xtaula kebangangan apakah yang Google cuba lakukan ni...segala isi perut entri ni tiba2 hilang...nasib saya perasan...so sapa2 yang membaca entri ni saya mintak maaf kalau terbaca entri kosong semata2...Nasib niat nak share ilmu...so..nak xnak kena berceloteh sikit kasi orang tambah paham...huhu



Ok...ini adalah Cityscape yang sedang dalam pembikinan...Sila abaikan segala mak nenek barang2 yang bersepah itu...

Saya buat ni senang je...Bahan2nya adalah:

Gunting
 Cloth Tape/ binding tape (apa2 tape pun bole sebenarnya...cuma jangan selotape or double sided tape sudahlah...-bukan nampak pun nanti...) ; dan
Template (bukan nak tekap dinding...just untuk panduan)Sila ambil di SINI
Pensil / kapur (whatever sebagai penanda - saya x guna pun...*bajet terer)
Single Puncher (yang macam konduktor tiket bas pakai tu - optional)


Untuk dinding saya ni...saya guna 3 gelung binding tape warna hitam dan 1 binding tape warna kuning...(yang kuning tu x habis pun)


Kemudian...berpandukan template tu just ikut je outline dia dan cuba tampal seSAMA mungkin...- x sama pun sapa tau ye dak...Ni saya punya template yang saya cuba tiru...xde ukuran specific or besar mana nak buat ke or nak bangunan tinggi mana...saya bantai agak2...bole tiru sini kalau nak k..




See...x sama pun saya buat...lepas dah 1 dua bangunan...pastu bajet terer dah...xmo ikut gambar..main bantai tampal sesedap rasa...rasa nak tinggi...tampal tape tu panjang sikit...play with your imagination fellas!


dan setelah 3 tape hitam, 1 tape kuning serta 2 jam berikutnya...


Inilah hasilnya...







Ok...xnak mengundang tunjuk gambar banyak2....huhu
Tryla buat....

Till then, 
TQ for reading
Wassalam