Showing posts with label anak lelaki. Show all posts
Showing posts with label anak lelaki. Show all posts

Friday, December 5, 2014

DIY Surprise Eggs for Kids

Assalamualaikum semua..Hari ni nak share lagi pasal aktiviti saya bersama anak2...Kali ni still buat aktiviti masa mandi..sebab masa mandi je yang paling best nak buat aktiviti havoc2 sikit...Dan masa ni je yang senang nak 'rasuah' diorang supaya nak mandi dengan sukarela...Kekeke

Idea ni datang sebab anak2 saya sangat taksub sekarang ni dengan mainan Surprise Egg ni..Pergi mana2 pun kalau jumpa mainan yang dalam telur je sibuk nak beli..so saya rasa aktiviti kali ni memang akan membuatkan diorang lebih excited.


Bahan2 adalah benda biasa: Baking Soda, Air, Apa2 mainan kesukaan yang boleh dijadikan 'surprise' - saya pilih Dinosour sebab budak2 ni memang suka sangat benda2 berkaitan dinosour ni...




Nak buat dia senang je..Mula2 baking soda diadun dengan air sampai boleh dibentuk macam dalam gambar..Sorry..xde sukatan sebab saya pun main agak2 je...Tipsnya supaya air tu tambah sikit demi sedikit...bukan secara confident k...Dah macam rancangan memasak plak..adehhhh


Kemudian bolehla dimasukkan mainan ke dalam adunan tu sebelum dikepal...macam buat buah melaka tu...cuma besar sikit dan cuba buat bentuk macam telur supaya nampak real..kononnya la...huhu



Optional: Boleh tambah sikit pewarna makanan untuk kesan yang lebih Devassss


Dah siap bolehla dimasukkan dalam FREEZER untuk dibekukan dalam beberapa jam...
Then wallah - Inilah hasilnya...Siap untuk aktiviti seterusnya

Cara main dia ada 3 cara:

1. Menggunakan paleotologist tool kit mainan




Ketuk2 sampai berderai...agak memakan masa sikit la...Huhu..

2. Letak Cuka makan dalam spray bottle dan spray pada surprise eggs tu untuk revealkan dinosour atau mainan pilihan


1 je x best pasal ni...disebabkan telur tu dah high concentration baking sodanya...so bila dispray dengan cuka tu..akan ada bau yang kurang menyenangkan untuk anak2...



Tapi effect bubble dia memang best la budak2 tengok

3. Guna Spray Bidet


Spray Bidet yang dalam toilet tu..spray je...surprise egg ni senang je dia dissolve dalam air...lagi cepat effect surprise dia...huhu


Sebenarnya mainan yang saya guna banyak berulang2 dan lebih kurang sama je..tapi budak2 bukan perasan sangat kan..janji diorang minat dan ada timbul minat ingin tahu...Yang penting jimat boleh berulang2 buat..Nak basuh pun senang sangat...Huhu

Sekian dulu, TQ for reading
Wassalam












Wednesday, November 12, 2014

Latepost: En Dadi and Adean's 3rd Birthday

Assalamualaikum semua..Sorry hari ni xde cerita DIY sebab nak cerita sikit pasal Birthdays 2nd anak dengan En Dadi yang dah lama lepas tu..kira combine sekali la sebab dah lepas kan....Huhu

Birthday En Dadi sebenarnya bulan lepas...on 4th October..tapi sebab En Dadi yang selalu sangat xde masa sekarang ni...so postpone la celebration..dia pun x bajet saya nak celebrate...Macam last year la..buat surprise..Tu pun En Dadi x jangka jugak...ke tipu2 je buat2 surprise...haha...



Nasib ada yang nak tolong sponsor kek...so sangat menjadi la surprise sebab dia xtau ada kek...Saya kan dah jadi SAHM (Stay @ home mom) sekarang ni...So kalau saya yang beli kek memang kantoi la..Sebab dah lepas...Mood pun dah agak ke laut nak detailskan kejadian...Cuma masak sikit then panggil sedara dekat 2 3 org datang makan...itu je la...Huhu












Makanan x dapat nak tunjuk sebab Aiolls sangat bz memasak..xde masa nak ambik gambar...Plus laju je masing2 licinkan...boleh bagitahu je masak Ayam coke dengan beef wrap asparagus serta greek salad + fruit dessert + kuih seri muka + air oren...itu je la..pemalas betul..huhu


Ok ni kejadian birthday Adean...Bithday dia 3 Nov..Tapi celebrate 7 Nov..Disebabkan ada budak2...so kena buatkan Crown sorang 1...sebab takut nanti semua meroyan nak Crown...Nasib x gaduh...Kek pun simple cari dalam Pinterest dan order sejibik dengan Ayu Cake Boutique sebab kalau saya xde dkt sini...maka saya adalah di Pinterest sana..Kikiki...


Source: Pinterest
Plus Cube surprise inside the cake






Birthday pun tumpang rumah makcik since melawat Nenek yang sedang sakit..dan tu je masa dapat berkumpul ramai2..So sekali jalan je la senang...


Surprise..surprise...Tq kak Ayu sebab rajin melayan songehan saya...Nak macam tu..nak macam ni...Huhu



So...Alhamdulillah semuanya dapat meraikan setahun lagi umur dan diharapkan moga bertambah rezeki dan kesihatan hendaknya....Saya tahu tahun ni semua orang punya birthday simple sangat...saya memang xde masa nak pikir pun pasal birthday sangat...Huhu...nak birthday party havoc2 sila tunggu tahun depan bila saya dah bole manage time dengan baik..huhu..

Sekian dulu
TQ for reading
Wassalam






Thursday, September 25, 2014

DIY Ice Exploration Cubes for kids

Assalamualaikum semua...banyak pulak feedback secara online dan offline bila saya post pasal simple finger paint tu....pastun ramai plak request saya post pasal diy yang melibatkan aktiviti dengan anak2...So sorry kalau lepas ni banyak pulak post pasal aktiviti dengan anak2 keluar yek...

Kali ni saya nak sharekan cara saya dedahkan anak2 dengan aktiviti explore and learn yang simple iaitu:

ICE EXPLORATION FOR KIDS


Basically bahan2 penting dia 5 je...Baking soda, Cuka, Air, Mainan (saiz yang muat dalam bekas yang dipilih) dan Ice container (terpulang nak guna apa)


Caranya lagi senang...just bancuh air dengan baking soda. Xde sukatan..tapi jangan la boh baking soda tu sikit sangat...agak2 macam bancuh air la...Kalau nak tau sebab dia...sila baca selanjutnya k...


Ok..cara nak uji ok ke x kepekatan campuran air+baking soda tu..Mula2 ambik campuran tu sikit dan tuangkan di bekas lain...Then tuangkan sedikit cuka pada campuran 'testing' tu..Kalau berbuih macam dalam gambar ni..maknanya ok la tu...kalau x berbuih, kena tambah lagi baking soda la nampaknya...Resepi sangat xde piawaian gitu la..Please bear with my kemalasan..kekeke


Sebelum tu susunkan mainan dalam container..x kisah kalau x kemas...bercampur..or terkeluar sikit...
dari situ nanti datang minat dan teruja nak tau anak2 bila nampak ada sikit tersembul keluar dari ais...or nampak samar2 kaler je ke...Gitu..



Then tuangkan je dalam Container yang berisi mainan tadi..





Selepas disejukkan...campuran air dengan baking soda tu akan jadikan ais tu frosty..so x clear la...Dan lagi fungsi baking soda tu adalah untuk masa permainan nanti...




Cara main...
Tuangkan cuka (tambah sikit air kalau rasa xnak membazir or cari bekas spray yang kecik)

Then bolehla ambik 2 3 ketul dan biarkan anak2 explore...
Banyak sangat cara nak main...Tapi ni salah satu cara la...

Nampak x berbuih2 masa Arell spray tu...Tu pun buat diorang terjerit2...

"Huiyo...Bebat(Hebat) la Mami..."

Pastu terkejut ada mainan dalam ais tu..Padahal mainan tu x beli pun..ambik apa yang dah ada je..Pun diorang kagum sangat...Wakaka..


Time mandi lagi la kan...Boleh je buat bukan time mandi...Tapi ntahla diorang ni suka sangat time mandi baru nak buat macam2...

So itulah saja...Simple sangat kan..meleleh air hidung sapa rasa kene beli mainan mahal2 hanya nak bagi anak2 happy...Yang penting kita kena involve la sekali..tanya apa benda yang dalam ais tu..warna apa..huruf apa...benda2 macam tu la..secara x langsung diorang akan dapat belajar dengan cara yang seronok...Jangan la dah buat/beli mainan pastu tinggal je anak2 main sendiri tapi mak bapak sibuk online je ngadap gadjet..Kena ada 2 way communication baru berkesan mainan apa pun...Hambek ko...Dah terlebih bebel pulak hari ni...Kekeke

Sekian dulu, Selamat mencuba
TQ for reading
Wassalam

Friday, September 12, 2014

KL Untuk Anak2: Discoveria @ Avenue K

Assalamualaikum semua...Xnak sembang pasal DIY hari ni sebab saya ada benda yang lebih menarik selain DIY..Kikiki...Hari ni nak sharekan satu tempat baru yang sangat sesuai untuk keluarga di area KL ni....Discoveria @ Avenue K,Ampang yang terletak bertentangan dengan bangunan KLCC.

Mula2 tengok Abang Ben share gambar dalam FB dah rasa uishh...mesti mau pergi ni...Apatah lagi dekat je kan...So mula la racun pemikiran En Dadi supaya pergi survey 'kawasan' Discoveria ni memandangkan opis beliau dalam tu jugak....So, xnak cakap banyak...silakan tengok apa yang best sangat berkenaan Discoveria ni...Hehe...



Sebenarnya ini bukan Entrance..Ini adalah Exit. Tapi sebab menarik sangat ekor dinasour ni bergerak2...Makanya mari havoc2 kat sini dulu...And yes..Dinosour ni half je..xde kepala pun...





Belum pun masuk and not even beli tiket pun lagi dah macam2 aktiviti yang sangat interaktif ada depan Discoveria ni...Ada maize LEAD THE DINO, KNOW YOUR DINO, BUILD A DINO dan macam2 DINO lagi....Memang sibuklah kekenit ni try macam2...Pastu mulut riuh ajar kita mak bapak...Mami this and Dadi That...phewh....Layannnn


Ini adalah harga tiket...So boleh siap2 budget dah...since saya dah bagitau ni...


Ok...x sorang pun lepas untuk dapat masuk FREE..ngeee


If perasan, tiket budak2 lagi mahal dari tiket orang dewasa kan....Well, this is WHY..
The interactive games lebih kepada untuk kanak2 dan mak bapak cuma pantau dan bantu mana yang patut..
Excited tengok Arell pakai jaket ala2 Paleontologist...Well, Semua pun kena pakai...Tapi budak2 yang akan kena jadi leader...Suka la dia...



Mula2 masuk lepas pakai segala kelengkapan adalah harus menonton video untuk educate kita mengenai Zaman Dinosour...Tapi maknya biasalah...Kenapa perlu muncung tu muncul secara otometik? 
This is not me okay....

RFID-Quest



Masa masuk tadi petugas di situ dah bagi gear dan maps dan sticker semua..so inilah masanya untuk RFID DINO QUEST. Ala2 'Treasure Hunt' la..So Leader akan dibekalkan dengan 1 Dino Detector Wristband di mana  kita perlu cari 10 jenis Dinosour yang ala2 tersembunyi (Xdela sembunyi mana pun..cuma kita pun xtau nama kan..so melalui Wristband tu la kita dapat detect which is which Dino..Gituuu) dan tandakan dengan sticker pada maps bila dah jumpa. Just tap wristband pada skrin yang disediakan....And then cari sticker dengan nama yang sama dan tampal pada map. Nanti dah siap bole serah pada kaunter di Souvenir Shop dan bole dapat Certificate..Kira dah khatam la pasal dinosour bila dah settle maps ni...











Kawasan dalam exhibit ni memang dim2 gitu..konon zaman era dinosour la..Setakat ini ada 22 jenis dinosour yang berkualiti Muzium dan bergerak secara 'ANIMATRONIK' yang mana kita dapat menyaksikan dinosour tu bergerak2 dan roaring...So untuk2 budak2 dia rasa macam real la...Of Course the Star of the show is T-Rex..Aish..kalau ada lagi zaman sekarang ni maknanya aiolls x berani la nak keluar shopping nampaknya...Kikiki


Aktiviti2 lainnya:


Wall Climbing


Cuba2 lumba lari 10m dengan Dinosour terpantas iaitu Gallimimus

 


Belajar apa yang dinosour makan


Berapa banyak sekali T-Rex hadap time makan..
Ok..kitorang 4 orang pun x sampai 150kg...GULP!


Info's everywhere...


T-Rex snapshot..
Menggigil kaki nak naik..tinggi jugak la untuk Mak Jemah yang gayat ni...Huhu



Paintball - Tembak nyamuk zaman Dinosour...
Muka mamat yang jaga tu boring je tengok En Dadi menembak asik x kena...
Sabar bang ehh...Biasalah...Amatur katakan...sekarang pakai spray je..x main tembak2 nyamuk...tu yang kejung tangan tu..Kekeke




Excavation Pit
Yang ni paling best...Sebab ianya mendedahkan anak2 ke dunia Paleontologist. 
Kat sini konon2 belajar cara2 nak discover fossil dinosour.
Tapi biasalah..bagi can la En Dadi tu yang teruja berlebihan...


Ini antara salah satu Movie dalam 3D-Theatre Room..
Spec 3D ada 3 je..Jadi agak berebut...Biasalah tu kan...


More interactive area for kids..Haish...Best sangat bebudak sekarang ni kan.....


Souvenir shop and Cafe...
Bersedia untuk melubangkan poket mak bapak...
So, mak bapak bolehla plan pergi cepat2 sebab kalau x silap Exhibition ni untuk sementara je sampai Februari 2015..Kalau lambat..sempat baca post saya je la kan nanti....
Hehe

Untuk keterangan lanjut...

Boleh layari Website Discoveria

atau boleh hubungi 

Level 4, Discoveria @ Avenue K Shopping Mall
156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Phone: +603 2181 7218
Opening Hours: 10 am - 10 pm
(Everyday including Public Holiday)

Sekian dulu, TQ for Reading,
Wassalam