Showing posts with label diy curtain tieback. Show all posts
Showing posts with label diy curtain tieback. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

DIY: SuperHERO Curtain Tieback

A
ssalamualaikum semua...Post semalam nampaknya sangat memberangsangkan...sebenarnya saya pun x sangka jadi jugak 'Cityscape' tu. Tapi Alhamdulillah jadi jugak walaupun nampak sangat x pro nya...huhu..Ok, Hari ni nak DIY lagi x? Kalau nak silalah angkat tangan laju2....sebab saya pun laju2 nak SHARE ngan korang nih...kihkihkih

DIY hari ni pun simple je...semudah ABC...Jadi tanpa membuang masa menjuling2kan mata tu nak baca intro ai ni..marilah kita sama2 berjemaah meneruskan keterujaan DIY saya kali ni...Sesuatu sangat kan..hari tu Jam SuperHERO..ni DIY berkenaan SuperHERO gak...So dah boleh agak kan tema bilik budak2 ni kan..Lalalala

Sebelum tu..apa bendanya Curtain Tieback tu? Curtain Tieback tu benda pengikat langsir tu la...saje mencapub boh nama omputih sikit...sebab x reti nak translate bahasa melayu..Jangan marah aaa....So, bahan2nya:


Kain Felt, template mengikut design yang diinginkan, gunting, gam, velcro @ reben pun boleh

Pada yang xtau apa menatang velcro tu - dia adalah bendalah yang zap2 kat kasut sekolah tu...erm..cemana nak terangkan ek...beg sekolah pun selalu ada benda ni senang tuk bukak tutup beg main pakai lekat je...Paham? Mesti ada yang wonder mana nak beli velcro tu eh...Velcro ni saya jumpa kat daiso...Ada warna lain selain merah...so don't worry...

Caranya senang je..Gunting kain felt tu mengikut logo or template then satukan...Macam saya ada 3 warna pada logo tu kan..so kn la pandai2 asingkan dan potong mengikut warna. Saya gunakan foam paper untuk logo bulat yang hitam tu sebab masa buat ni otak seminit punya DIY so tu je yang saya ada masa tu...Jadi guna je apa yang ada...

Pemilihan logo pulak bergantung pada citarasa masing2..dah kata tajuk pun nak buat SuperHERO Tieback kan...so Saya pandai2 cipta sendiri logo ni berdasarkan nama pangkal anak2..dah padan la tu dua2 mula huruf 'A'..


So, bila dah gunting tu satukan logo tu dengan gam dan potong velcro tu ikut panjang yang korang suka
(Kerja agak2 lagi...so sila redhakan pemotongan yang x simetri itu)

Velcro ni dia memang dah melekat so senang kerja..x payah nak gam2 lagi. Tapi kalau pakai reben or tali ke..sila adjust mana nak letak logo tu supaya bila pasang nanti dia ngam..Ikutlah..nak ke tepi ke..tengah ke...



Dah siap....So bolehla me'lawa'kan langsir 


Taraaaa!!



Mengundang sangat kan sampai 2 kali nak tayang...Kihkihkih

Sekian, Selamat mencuba
TQ for reading
#Pray4MH370