Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

It's a BOY again...

Selamat pagi kawan2...
Semalam aku ada kata nak update pasal 
Aku g check up aritu kan...

Actually aku p check up tu hari sabtu lepas
Tapi memandangkan weekend akak x on9..
Dan kebetulan sume orang cite pasal posa
X 'siok' la plak nak cite pasal mende lain kan..

Xpe2...
Last week aku wat appoinment kat FB 
Dia sonographer bertauliah la...
Keje menscan orang je..
Tapi berbaloi sebab murah dan dapat 3D ngan 4D version lagi...
2D pun dia bagi tengok..cuma x print ngan burn dalam cd je la...
Tu pun dah puas aku google berhari hari..
Ada satu tempat murah lagi kat Vision College
Tempat dia kat Kelana Jaya kot x silap...
Dulu mmg la Rm 60...
Tapi la ni dah naik Rm 90
sape yang tatau...Scan 3D ngan 4D ni
memang agak mahal la jugak sebenarnya...
Pastu bukan semua klinik biasa ni ada...
Sebab tu harga dia mak datok...
Baik aku p bli baju raya dak Boy banyak2 lagi baik...

Agaknya sebab dah makin ramai orang yang buat kat situ kot...
So, harga dia pun naik la...
Lagipun student yang buat...
Tapi so far sume kata ok..
Tapi memandangkan aku dah jumpa si Jezz ni..
Of course la aku nak buat kat dia...RM 100 tu kira ok la..
Lagipun jimat la dari aku nak kene harung jem g Kelana Jaya tu..
Yang beza cuma Rm 10 je..
Ni dia datang dekat area2 aku je..ampang..

Ok..dah melalut dah aku ni...
Rajin plak nak menaip pepagi ni kan...
Hehe

So, 'confirm baby masa depan' ai is a BOY..
Tiru sket ayat si Yuyu Zulaikha...
Maklumla..dedolu x berapa nak update ngan teknologi2 ni..
Masa Dak Boy dulu 4 kali wat scan 2D x nampak2 'cuckoo bird' dia..
Separuh kata boy..
Separuh lagi..'ketegaq' kata gegirl...
Last2 sume baju baby dia kaler pink...
Konon ikut instinct sangat la....hambek!

Xde kata2 lain nak cakap lagi dah...
Cuma beberapa gamba dan video je..sebagai bukti...
Xyah la bebanyak...


Nampak x 'cuckoo bird' dia...


At first, dia x bagi gak tgk muka dia...memanjang nampak kaki ngan tangan..
ni kira dah hampir give up dia bagi la sket telinga...


Dah puas godeh2..kacau2...baru dia lepas tangan yang dok isap jari
Elok menggeliat plak tu...syok sangat tido..


Ni sibuk nguap...Lama lak tu..sorry..mami x dapat tolong tutupkan mulut...
Hehe

P/s: Patutnya nama gegirl aku yang pilih...
Tapi memandangkan dah jadi boy..
Kene la cari nama lain...ISK!

Ada cadangan???


Meh ramai2 kumpul duit blikan ai hadiah...
Lalala...



Wednesday, June 22, 2011

Selekeh kah perempuan mengandung...

Aku pernah kenal sorang lelaki pelik,  sorang suami kepada seorang perempuan, lelaki yang aku kenal rapat. Peliknya, lelaki ni sampai aku nak ceritakan ialah, dia ni, jenis lelaki yang tak boleh tengok perempuan mengandung.


Maksud aku, tak selera nak tengok perempuan mengandung.


Siapa yang pernah mengandung, atau pernah ada isteri mengandung ni mungkin faham kenapa lah. Bagi yang tak tahu lansung, cenggini ye;




Perempuan mengandung akan mengalami perubahan hormon secara mendadak. Lebih dari yang pernah sesetengah orang jangkakan. Bukan setakat berat badan meningkat dan perut membuncit bulat yang selalu disalahtafsirkan sebagai boroi, tapi macam-macam lagi. Ketiak akan berubah menjadi gelap/hitam. Begitu juga kulit di bahagian leher. Dan kalau ada yang lebih tak bernasib baik, kemaluan juga kadang2 akan berubah kehitaman, perut, dan kulit di sekitar payudara. Dan, hello stretch markS! Lagi nasib tak baik, wajah ditumbuhi jerawat besar-besar. Muka sembab dan hidung kembang sebab muka naik kembang melebar dan hidung jadi sikit ala2 penyek (tapi yang ni aku tak pasti sebab hormon atau sebab pertambahan berat badan).


Maternity skin care bukan sesuatu yang mudah. Dan bukan sesuatu yang murah. Perempuan mengandung tak suka pun keadaan ni semua. Walau puas dipujuk oleh orang sekeliling bahawa hitam-hitam tu semua akan hilang selepas bersalin, tapi, dia tetap berusaha menyental dengan spa salt, krim lulur, body scrub atau apa-apa sahajalah yang difikir relevan.


Berbalik kepada lelaki tadi, semasa isteri dia mengandung anak pertama, selera terhadap dia tu pun tumpul. Malang bagi si isteri bila dia mengalami perubahan hormon yang dahsyat. Bukan dia taknak melawa. Masalahnya dia dah cuba macam-macam. Kosmetik, plastik, semua tak menjadi. Muka tetap sembab. Berjerawat macam kawah bulan.


Dan demi memuaskan nafsu jantannya, lelaki tu cari 'makan di luar'.


Aku tahu. Tapi aku diamkan sahaja. Sebab tak nak masuk campur hal rumahtangga orang.


Lepas isterinya bersalin, lelaki tu pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, si isteri cantik semula. Selera lelaki tu pun, kembali semula.


Masa berlalu, si isteri mengandung lagi.


Seperti sebelumnya, kerana perubahan hormon dan fizikal yang berlaku ke atas si isteri, lelaki tu 'cari makan diluar' lagi. Kali ini perbuatannya terkantoi bila lelaki dan teman wanita gelapnya terserempak dengan adik si isteri yang turut membeli belah di tempat yang sama.


Seperti biasa, perang meletus. Hebat. Aku perhatikan dari luar. Memang takde rupa nak reda. Hari-hari bertekak. Pun aku senyapkan sahaja. Bayangkan seorang perempuan yang sedang sarat mengandung - mengandungkan anak seorang lelaki yang tidak ada selera terhadapnya lagi - mengandungkan anak seorang suami yang hari-hari layan perempuan lain di malam hari.


Anak di dalam kandungan tak tahu apa-apa. Demi kasih seorang ibu, si isteri kandungkan juga anak itu dengan penuh kesabaran - dengan penuh cabaran - air mata siang malam pagi petang.


Lepas si isteri bersalin, lelaki tu pun pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, isterinya cantik semula. Selera si lelaki x guna tu, kembali semula. Mungkin si isteri luhur dan tulus memaafkan lelaki itu. Demi anak-anak.


Masa terus berlalu, si isteri mengandung lagi, anak ketiga. Dan seperti sebelum-sebelumnya, lelaki tu cari makan di luar lagi. Aku dah cukup dewasa ketika itu untuk lebih memahami hati seorang wanita dan ibu.


Dan kali itu aku masuk campur.


Sampai aku bergaduh besar dengan lelaki tu. Segala caci maki semua aku keluarkan. Khas untuk lelaki x guna dan teman wanitanya itu. Tapi tetap aku diamkan dari pengetahuan si isteri. Aku taknak emosi isterinya yang sedang mengandung tu terganggu lagi. Boleh meroyan kalau silap hari bulan.


Lelaki tu cakap, aku terlalu mentah untuk menyibuk dalam hal hidup rumahtangga dia. Aku cakap, aku dah terlalu masak dengan perangai dia.


Tapi,


Lepas si isteri bersalin, lelaki tu macam biasalah pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, si isteri bertukar cantik semula. Selera si lelaki tu kembali semula. Perlahan-lahan si lelaki cuba berbuat baik dengan aku.


----------------------------------------------------------------


Rentetan dari senario itu, dulunya aku nekad akan sesuatu -


Aku taknak mengandung. Aku taknak anak. Lagipun aku tak berapa sukakan budak.


Aku takut. Aku paranoid.


Tak dapat bayangkan macam mana kalau si dia duakan aku masa aku mengandung. Tak pedulikan aku. Hilang di malam hari. Siang pun susah nak jumpa. Tinggallah aku terboyot-boyot membawa perut. Penuh emosi. Kacau bilau. Jiwa kacau.


Sumpah aku takut.


Tapi nasib orang tak semua sama. Dunia memang selalu tak adil. Sebab itu diciptakan nasib berbeza-beza.


Nasib aku agak baik bila aku rasa aku semacam di manja-manja dek si dia bila aku membawa si 'kecil' dalam perut aku ni. 
Terima kasih En Dadi sebab buat aku percaya yang tak semua lelaki sama x guna. Walau aku rasa aku super duper selekeh sepanjang tempoh nak masuk 5 bulan ni. Terima kasih sebab tolong ringankan kerja rumah.


Dan untuk korang yang sedang membaca dan masih belum tau- ya aku sedang mengandung. Dah sikit lagi nak jadi macam tong dram dah sekarang ni. Doakan semuanya baik untuk aku dan kelahiran yang bakal terjadi dalam lebih kurang 4 bulan lagi.


Doakan lelaki tu berubah. Aku harap korang tak komen marah-marah kat dia sebab nasib korang selepas kawen, korang tak tau lagi nasib masing2.


OK, dah macam buat announcement dah ni. OK lah, bye!


P/S: Sebelum ni Gelaran kat opis - "Mak Dara'...sekarang jadi 'Mak Buyong'...x kreatif langsung....HUH!!