Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Yang BEST dan x BEST...

Yang BEST!!
Yang x BEST…

Bila dapat makan macam2 tanpa ada orang sound tepet atau sekat pemakanan


Belum pape En Dadi dah tanya nak bli ubat kurus yang mana pas pantang nanti..

En dadi beria2 membelikan AYAMAS sekor buat si isteri yang teringin sangat nak makan..


Bila dah dapat, rasa sebelah kaki je pun dah nak muntah..

Bila setiap kali pegi makan orang akan tanya apa yang teringin..maklumla, takut kempunan plak baby nanti..


Bila setiap kali nak pegi makan kita yang kene decide sebab orang xmau nanti bising x dapat makan apa nak..

Boleh shopping baju baru almost setiap bulan memandangkan perut makin membesar…
(alasan baju x muat)


Susah nak gayakan fesyen terkini memandangkan perut makin ‘godang’..kena la bli baju yang besar2 je..

Boleh bagi alasan x larat nak masak..walaupun sebenarnya MALAS


Nak kena bersiap makan kat luar la pulak..

Bila En dadi buat surprise belikan HP baru


Bila di ‘jarum’ kawan2 opis ngan alasan dapat HP baru sebab si dia nak kawen lagi 1..


Bila dapat mandat tuk pilih nama baby yang bakal lahir..


Ada je yang x berkenan ngan nama dalam list panjang lebar tu…

Dapat ambik cuti lama..BOS xle marah..

X best nak start kerja balik dan tinggalkan baby

Monday, July 25, 2011

Kesan kata2...

Aku bukan nak mengaibkan sesapa....
Aku cuma nak kata...
Blogging ni kan sume suka2..
X kisah la nak tulis apa pun...

BLOG sendiri...HAK sendiri....
Pendapat sume sendiri....

X payah la nak 
caci maki life orang...
X kisah la dia nak tunggang terbalik 
hat lagu mana skalipun...
Tuhan tu lebih tau...

Nak tau nape aku merepek cenggini?
Meh cepat2 g SINI.....

pehtu....dah ikut pe dia instruct tu...
p SINI plak....

Apa yang kita tulis...
Pe yang kita kata....
Kalau orang lain x suka...
TOKSAH baca...
Jangan hina life dia or doakan yang buruk2..

Aku pun bukan baik sangat...
Tapi xla sampai 'tahap dewa' lagi aku ni nak maki2 orang..

Nampak je macam ai x kisah 'NOK'..





Wednesday, June 22, 2011

Selekeh kah perempuan mengandung...

Aku pernah kenal sorang lelaki pelik,  sorang suami kepada seorang perempuan, lelaki yang aku kenal rapat. Peliknya, lelaki ni sampai aku nak ceritakan ialah, dia ni, jenis lelaki yang tak boleh tengok perempuan mengandung.


Maksud aku, tak selera nak tengok perempuan mengandung.


Siapa yang pernah mengandung, atau pernah ada isteri mengandung ni mungkin faham kenapa lah. Bagi yang tak tahu lansung, cenggini ye;




Perempuan mengandung akan mengalami perubahan hormon secara mendadak. Lebih dari yang pernah sesetengah orang jangkakan. Bukan setakat berat badan meningkat dan perut membuncit bulat yang selalu disalahtafsirkan sebagai boroi, tapi macam-macam lagi. Ketiak akan berubah menjadi gelap/hitam. Begitu juga kulit di bahagian leher. Dan kalau ada yang lebih tak bernasib baik, kemaluan juga kadang2 akan berubah kehitaman, perut, dan kulit di sekitar payudara. Dan, hello stretch markS! Lagi nasib tak baik, wajah ditumbuhi jerawat besar-besar. Muka sembab dan hidung kembang sebab muka naik kembang melebar dan hidung jadi sikit ala2 penyek (tapi yang ni aku tak pasti sebab hormon atau sebab pertambahan berat badan).


Maternity skin care bukan sesuatu yang mudah. Dan bukan sesuatu yang murah. Perempuan mengandung tak suka pun keadaan ni semua. Walau puas dipujuk oleh orang sekeliling bahawa hitam-hitam tu semua akan hilang selepas bersalin, tapi, dia tetap berusaha menyental dengan spa salt, krim lulur, body scrub atau apa-apa sahajalah yang difikir relevan.


Berbalik kepada lelaki tadi, semasa isteri dia mengandung anak pertama, selera terhadap dia tu pun tumpul. Malang bagi si isteri bila dia mengalami perubahan hormon yang dahsyat. Bukan dia taknak melawa. Masalahnya dia dah cuba macam-macam. Kosmetik, plastik, semua tak menjadi. Muka tetap sembab. Berjerawat macam kawah bulan.


Dan demi memuaskan nafsu jantannya, lelaki tu cari 'makan di luar'.


Aku tahu. Tapi aku diamkan sahaja. Sebab tak nak masuk campur hal rumahtangga orang.


Lepas isterinya bersalin, lelaki tu pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, si isteri cantik semula. Selera lelaki tu pun, kembali semula.


Masa berlalu, si isteri mengandung lagi.


Seperti sebelumnya, kerana perubahan hormon dan fizikal yang berlaku ke atas si isteri, lelaki tu 'cari makan diluar' lagi. Kali ini perbuatannya terkantoi bila lelaki dan teman wanita gelapnya terserempak dengan adik si isteri yang turut membeli belah di tempat yang sama.


Seperti biasa, perang meletus. Hebat. Aku perhatikan dari luar. Memang takde rupa nak reda. Hari-hari bertekak. Pun aku senyapkan sahaja. Bayangkan seorang perempuan yang sedang sarat mengandung - mengandungkan anak seorang lelaki yang tidak ada selera terhadapnya lagi - mengandungkan anak seorang suami yang hari-hari layan perempuan lain di malam hari.


Anak di dalam kandungan tak tahu apa-apa. Demi kasih seorang ibu, si isteri kandungkan juga anak itu dengan penuh kesabaran - dengan penuh cabaran - air mata siang malam pagi petang.


Lepas si isteri bersalin, lelaki tu pun pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, isterinya cantik semula. Selera si lelaki x guna tu, kembali semula. Mungkin si isteri luhur dan tulus memaafkan lelaki itu. Demi anak-anak.


Masa terus berlalu, si isteri mengandung lagi, anak ketiga. Dan seperti sebelum-sebelumnya, lelaki tu cari makan di luar lagi. Aku dah cukup dewasa ketika itu untuk lebih memahami hati seorang wanita dan ibu.


Dan kali itu aku masuk campur.


Sampai aku bergaduh besar dengan lelaki tu. Segala caci maki semua aku keluarkan. Khas untuk lelaki x guna dan teman wanitanya itu. Tapi tetap aku diamkan dari pengetahuan si isteri. Aku taknak emosi isterinya yang sedang mengandung tu terganggu lagi. Boleh meroyan kalau silap hari bulan.


Lelaki tu cakap, aku terlalu mentah untuk menyibuk dalam hal hidup rumahtangga dia. Aku cakap, aku dah terlalu masak dengan perangai dia.


Tapi,


Lepas si isteri bersalin, lelaki tu macam biasalah pulang ke pangkuan isteri dan anak barunya. Bahagia semula. Selepas pantang, si isteri bertukar cantik semula. Selera si lelaki tu kembali semula. Perlahan-lahan si lelaki cuba berbuat baik dengan aku.


----------------------------------------------------------------


Rentetan dari senario itu, dulunya aku nekad akan sesuatu -


Aku taknak mengandung. Aku taknak anak. Lagipun aku tak berapa sukakan budak.


Aku takut. Aku paranoid.


Tak dapat bayangkan macam mana kalau si dia duakan aku masa aku mengandung. Tak pedulikan aku. Hilang di malam hari. Siang pun susah nak jumpa. Tinggallah aku terboyot-boyot membawa perut. Penuh emosi. Kacau bilau. Jiwa kacau.


Sumpah aku takut.


Tapi nasib orang tak semua sama. Dunia memang selalu tak adil. Sebab itu diciptakan nasib berbeza-beza.


Nasib aku agak baik bila aku rasa aku semacam di manja-manja dek si dia bila aku membawa si 'kecil' dalam perut aku ni. 
Terima kasih En Dadi sebab buat aku percaya yang tak semua lelaki sama x guna. Walau aku rasa aku super duper selekeh sepanjang tempoh nak masuk 5 bulan ni. Terima kasih sebab tolong ringankan kerja rumah.


Dan untuk korang yang sedang membaca dan masih belum tau- ya aku sedang mengandung. Dah sikit lagi nak jadi macam tong dram dah sekarang ni. Doakan semuanya baik untuk aku dan kelahiran yang bakal terjadi dalam lebih kurang 4 bulan lagi.


Doakan lelaki tu berubah. Aku harap korang tak komen marah-marah kat dia sebab nasib korang selepas kawen, korang tak tau lagi nasib masing2.


OK, dah macam buat announcement dah ni. OK lah, bye!


P/S: Sebelum ni Gelaran kat opis - "Mak Dara'...sekarang jadi 'Mak Buyong'...x kreatif langsung....HUH!!

Wednesday, January 26, 2011

KeHODOHan sebenar - Apa sebenarnya yang LELAKI fikir...

Hey Ladies out there...


Kita rasa kita tau semua....kadang2 kita selalu salah anggap pasal lelaki...bila aku terbaca kat sini baru aku rasa OHHHHH....MACAM TU RUPANYA....so aku nak SHARE sama2 korang...

1) Men are very fearful of rejection. 
Sebab walaupun mula2 dia dah tunjuk minat...boleh tiba2 backout; sebenarnya dia takut kena REJECT sebab dia rasa perempuan yang dia usha tu 'kureng' interest kat dia.

2) Men are admirable because they face a lot of rejection. 
Sesetengah LELAKI dikecewakan sampai 5 kali sehari..then still lagi x putus asa nak cari GF. Kadang2 perempuan pun 'kuang ajaq'  or 'kasaq' sangat sampai x perasan betapa susahnya effort lelaki ni nak memberanikan diri ngorat dia...Kalau xmau dan x berminat...tolak cara elok2 k...semua orang deserves respect gak kan...


3) Men have a built-in “test” for women. 
Lelaki kadang2 saja nak 'TEST' aci (awek in Penang style)yang dia minat ni tau dak...Ingat senang2 'Dari Mata Turun ke Hati' ke...Banyak kriteria diorang nak tengok wether bleh go on or stop macam tu je...Ye la..ingat semua lelaki jahat ke..Kadang2 jahat tu sebab nak test...Tapi pompuan kata jahat lak...Sapa soh layan BAEK punya murah..dah terkena nak kata orang jahat lak....(Para lelaki oi!!  ni aku x berat sebelah ni...!)

4) Men will try to preserve your “girlfriend potential” if they really like you and could see a long-term relationship with you. 
Percaya x lelaki ni baaanyak jugak tolak ansur dia....Penah jumpa kan....Lelaki yang ada awek meletup seksi gila....then after sum-time...tetiba kawen ngan awek pakai tudung yang x seksi langsung...Kenapa agaknya? Memang Kadang2 lelaki ni suka flirt, tapi kalau x semua 'pengeluaran tu sebab ada permintaan' kan....kadang2 x 'mintak' pun dah 'dikeluarkan'....nak salahkan Lelaki 100% percent pun xle jugak...So ladies, sekali lagi...Jangan jual murah sangat OK!!

5) Men don’t trust women who have sex too soon. 
Sesetengah lelaki x percaya SEX sebelum berkahwin...Lelaki kadang2 boleh rasa insecure sebab dia rasa kalau senang2 boleh bagi kat dia....then sebelum2 tu macam mana...or, selepas2 ni plak? Nak2 kalau perempuan tu dah ada banyak EX...lagi dia rasa perempuan ni ada potensi besar nak kelebet dia plak....Benda2 macam ni lagila lelaki detail sebenarnya....Betul x lelaki2...?

6) Men are visual beings, so they want an attractive girlfriend. 
Perempuan pun selalu nak Lelaki ensem2....lelaki pun sama...SO?

7) Men do judge women negatively by the way we act and look. 
Kalau kita nak Lelaki yang baik...dah tentunya kita sendiri kena baik....What u give..u get back! Its KARMA...

8) Also, if you have your breasts or legs out, they will forever and always see you as a party girl. 
Appearance is everything for them dearie....Xnak orang lelaki salah anggap...so, dress accordingly ye


9) When men see a girl with her body exposed, they don't see us as women. 
Once again....appearance is everything. Jangan sampai pemikiran lelaki lebih di'attract' oleh ke'wallop'an berbanding ke'BIJAK'sanaan...

10) Men know up front whether they are attracted to you or not. 
Perempuan kadang2 sebaliknya....x semestinya tertarik spontaneously macam lelaki....kadang ambik masa dr x suka lama2 jadi suka.....Tapi lelaki selalunya boleh tertarik dalam masa 3 saat or kurang daripada tu...

So...apa pendapat korang...aku x bias ok...aku cuma share apa yang aku baca...Kalau korang rasa SALAH or X BETUL pe yang terlisan kat sini....share ur thoughts kat komen box ye.....

Tuesday, November 9, 2010

Perasaan Perasan

Minggu yang membuhsankan...dok Umah 3 hari berturut2 kau....

Lalu datang Isnin....g keja pun buhsan gak...

Then sajer2 aku browse hp aku....baru aku perasan yg sume gamba2 dalam HP aku..FB aku...sume gamba dak kenit...huu

Husband aku slalu ty..prasan ke dia kalau dia rasa dak boy ni comel....kang dia asik kata comel kang, orang meluat a.k.a nyampah lak...ntah la..

Pada aku, sume orang akan ada (bukan en Dadi or kitorang dua umat jer) masalah perasan  macam ni...

Sapa x sayang anak wehh....eventhough dulu2 aku la perempuan pelik yg x suka budak2....skang sume benda dalam hidup aku cuma berkisar tentang dak boy je...huhu...TUHAN tu MAHA MENGETAHUI kan....

Tak payah susah2...kalau org len x puji pun, biar aku ngan en Dadi je yg akan puji dak boy kitorang...sedangkan masa preggy dulu, aku la yg paling risau (macam aku sorang jer yg preggy) kalau2 anak aku nanti x comel, x ensem, x cantik and macam2 defect lagi la...huuu

That's y aku kadang2 x paham cemana perasaan orang yg buang anak tu...aku yg x minat budak2 pun ble kalah..bukan stakat anak aku jer...bahkan sume baby, budak, kanak2....sume aku dah start suka....
x sedih...or even takut ke...

Patutnya orang macam ni kena sebat dan gantung terus jer...pandai sgt nak ambik nyawa orang....cuba rasa plak cemana org amek nyawa kita.....WHAT U GIVE, U GET BACK OK....

K, dalam entri2 lepas aku x perkenalkan pun anak aku ni.....my lovely baby BOY -
                
                AZRELL ADRIANSYAH....  


tadaaaa.....

ngee.....bukan tu la..saje iklan lebey.... ni ha dak boy aku...


comel ke x? comey kan budak busyuk ni.....heee...(bangga jap jadi mami die...) ngan air liur meleleh nye...ngan kletah membebelnya....ntah pape...kat blakang tu aku la tu...cik tukang pegang...huuu.

bila dah ada anak ni baru sibuk nak sedar pe yang ko ada slama ni x mencukupi tuk provide kesenangan kat die....aku rasa sume org pun rasa macam aku kot....well, mostly, newbie parents macam kitorang ni kan....mula la sibuk nak cari duit lebih..yg xde umah lagi mula nak cari umah....shopping pun asik tesco,care4,giant....jarang dah klcc, pavilion or bukit bintang.....isk....

tapi nak buat cemana....itula pengorbanan besar ibu bapa kita yg kita x prasan kan...bila dah terkena batang idung sendiri br nak hengat...!!huu...

apa2 yang aku dan en dadi aku buat, bukan mengharapkan balasan...cuma mengharapkan segala kebaikan and kecermelangan tuk dak boy dunia akhirat....aminn....

dak boy jangan NOTI2 k.....aku sayang budak comey sangat2...(dengan perasaan perasannya....)

muahs..muahsss...