Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Suka lelaki berBULU dada?

Bulu Dada - kalau mengikut pemahaman dalam Wikipedia secara amnya adalah untuk menggambarkan rambut/bulu yang tumbuh di kawasan antara leher hingga abdomen yang juga merujuk kepada karakter sex sekunder lelaki yang berkembang sepanjang prosess kematangan berlaku (Dasat kan aku translate...hehe)

Best sangat ke bulu dada ni....Sesapa yang x sure rupa bulu dada ni please refer kat sini...penat2 aku kutip kat gugel tau...

Ni kalau Macho...


Erk...ni plak kalau ter'extra macho'

Tapi cemana lak kalau kat perempuan...?
Hmmmm..

Aku xmau jawab sekarang....sebab aku dah buat poll untuk korang2 undi yang terbaik then kita tengok la sapa yang kena...hehe

So kawan2, tolong la VOTE kat tepi belah kiri tu ye sebab aku xmau bagi statement berat sebelah...Nak 'undi' a.k.a. komen kat bawah ni pun aku terima seadanya..Lagipun x best la korang tau taste aku sorang je...nak gak tau secara generalnya then baru aku reveal aku nyer jawapan...

Korang ada 24 jam dari sekarang.....Sila...sila...jangan malu....


Tuesday, February 8, 2011

Dilema motor..

Aku geram btul pagi ni..
Ble lak bangun lambat..
Dua2 jam laki bini x bunyi...

Slalu dak boy dah bangun dah kul 6 
Klepek2kan(tampar manja) tangan dia kat muka aku...
Ni tak..aku tersedar sendiri kul 7..


Apalagi..kelam kabut la siap2 sume..
Nasib baju stail dah iron awal2 skali GHAP seminggu terus..
Kalau kes2 macam ni leh la nak kejar timing lagi..
Last2 kuar kul 8 dari umah..

Zup-zap anta dak boy kat umah pengasuh.
Then baru REMdrift g keje...
Dalam pada jem tu aku sempat la jugak 
Terpandangkan perkara yang selama ni macam x perasan pun...

Slalu aku nonong je kalu nek motor ni..
Maklumlahhhh..
Aku kan pessenger je..
Bukan driver...HAHA

Tapi arini aku rasa macam 
Eh..Eh...Huduhnya...
Aku macam tu gak ke...?!

Macam2 stail orang nek moto ni...
Ada yang elok...tapi banyak yang x senonoh jugak..
Ye la...dah la jem kat Jalan Ampang tu...
Mana la nak perasan 
Senonoh ke idok duduknya....

Disebabkan HP aku bateri dah 'kong'..
Dan aku x sempat nak amek kamera dalam henbag...
Aku GOOGLE je la aksi2 orang nek motor ni 
Yang buat aku rasa nak g mintak tolong orang2 yang DESIGN motor ni
Buat sesuatu...

  
Pakai skirt gini memang la nampak romantiknya...
cam iklan ENCHANTEUR kan....
Tapi korang bayangkanla time jem macam kat KL ni...
pastu vespa tu nak kena selit2 celah keta..
kot kain tu tersepit or kaki dia langgar pintu2 keta..? 
BAYANGKAN.....aku rasa dah x senyum lawa macam tu dah...

 
Yang skirt labuh ble maaf lagi....Kalu skirt macam ni? 
OMG...OMG ke....ni la antara punca statistik kemalangan meningkat.....
Sebab driver2 xle fokus......huhu...
dahtu senonoh sangat la pompuan dok macam tu...please la....

Yang macam ni lagi aku kesian....bukan stakat kat anak2..
kat mak bapak skali....nak marah 100 percent pun xle....
ye la...kot2 memang bapak x mampu nak bli kete...nak buat cemana.....
cuma melampau je la...len kali xyah bawak la kot budak2 tu...

Erk..yang ni? xde plak peraturan kata xle..so...aku nak cakap pe...

Kalau macam ni...ngan aku2 pun x naik moto dah....

Tapi fokus aku kat pembonceng motorsikal perempuan la....
kalau sama species xmau plak pegang...
Kalu ngan BF.....kemain...!

Yang nak sangat tayang underwear tu plak...
pastikan spenda tu x compang camping ye...
tercemar mata aku...

Huh....
Len kali kena take note dan bersopan santun la aku nak dok atas motor...
Huahuahua.....




Wednesday, January 26, 2011

KeHODOHan sebenar - Apa sebenarnya yang LELAKI fikir...

Hey Ladies out there...


Kita rasa kita tau semua....kadang2 kita selalu salah anggap pasal lelaki...bila aku terbaca kat sini baru aku rasa OHHHHH....MACAM TU RUPANYA....so aku nak SHARE sama2 korang...

1) Men are very fearful of rejection. 
Sebab walaupun mula2 dia dah tunjuk minat...boleh tiba2 backout; sebenarnya dia takut kena REJECT sebab dia rasa perempuan yang dia usha tu 'kureng' interest kat dia.

2) Men are admirable because they face a lot of rejection. 
Sesetengah LELAKI dikecewakan sampai 5 kali sehari..then still lagi x putus asa nak cari GF. Kadang2 perempuan pun 'kuang ajaq'  or 'kasaq' sangat sampai x perasan betapa susahnya effort lelaki ni nak memberanikan diri ngorat dia...Kalau xmau dan x berminat...tolak cara elok2 k...semua orang deserves respect gak kan...


3) Men have a built-in “test” for women. 
Lelaki kadang2 saja nak 'TEST' aci (awek in Penang style)yang dia minat ni tau dak...Ingat senang2 'Dari Mata Turun ke Hati' ke...Banyak kriteria diorang nak tengok wether bleh go on or stop macam tu je...Ye la..ingat semua lelaki jahat ke..Kadang2 jahat tu sebab nak test...Tapi pompuan kata jahat lak...Sapa soh layan BAEK punya murah..dah terkena nak kata orang jahat lak....(Para lelaki oi!!  ni aku x berat sebelah ni...!)

4) Men will try to preserve your “girlfriend potential” if they really like you and could see a long-term relationship with you. 
Percaya x lelaki ni baaanyak jugak tolak ansur dia....Penah jumpa kan....Lelaki yang ada awek meletup seksi gila....then after sum-time...tetiba kawen ngan awek pakai tudung yang x seksi langsung...Kenapa agaknya? Memang Kadang2 lelaki ni suka flirt, tapi kalau x semua 'pengeluaran tu sebab ada permintaan' kan....kadang2 x 'mintak' pun dah 'dikeluarkan'....nak salahkan Lelaki 100% percent pun xle jugak...So ladies, sekali lagi...Jangan jual murah sangat OK!!

5) Men don’t trust women who have sex too soon. 
Sesetengah lelaki x percaya SEX sebelum berkahwin...Lelaki kadang2 boleh rasa insecure sebab dia rasa kalau senang2 boleh bagi kat dia....then sebelum2 tu macam mana...or, selepas2 ni plak? Nak2 kalau perempuan tu dah ada banyak EX...lagi dia rasa perempuan ni ada potensi besar nak kelebet dia plak....Benda2 macam ni lagila lelaki detail sebenarnya....Betul x lelaki2...?

6) Men are visual beings, so they want an attractive girlfriend. 
Perempuan pun selalu nak Lelaki ensem2....lelaki pun sama...SO?

7) Men do judge women negatively by the way we act and look. 
Kalau kita nak Lelaki yang baik...dah tentunya kita sendiri kena baik....What u give..u get back! Its KARMA...

8) Also, if you have your breasts or legs out, they will forever and always see you as a party girl. 
Appearance is everything for them dearie....Xnak orang lelaki salah anggap...so, dress accordingly ye


9) When men see a girl with her body exposed, they don't see us as women. 
Once again....appearance is everything. Jangan sampai pemikiran lelaki lebih di'attract' oleh ke'wallop'an berbanding ke'BIJAK'sanaan...

10) Men know up front whether they are attracted to you or not. 
Perempuan kadang2 sebaliknya....x semestinya tertarik spontaneously macam lelaki....kadang ambik masa dr x suka lama2 jadi suka.....Tapi lelaki selalunya boleh tertarik dalam masa 3 saat or kurang daripada tu...

So...apa pendapat korang...aku x bias ok...aku cuma share apa yang aku baca...Kalau korang rasa SALAH or X BETUL pe yang terlisan kat sini....share ur thoughts kat komen box ye.....

Tuesday, January 25, 2011

Kenapa Perempuan suka PELUK teddy bear...tapi Lelaki suka TENDANG bola...

Tips ni aku ceduk dari PAKAR, cuma aku interpret dengan cara aku sendiri bior aku dan korang paham...
*tamak*

Kenal dan pahamkan perbezaan sifat antara lelaki dan wanita
* Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
-Sebab....dada wanita kan 'berat' sket dari lelaki...lelaki bleh tarik napas dalam2 sebab dada dia lapang dan ringan....so senang berbanding wanita...

* Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
-Sebab tulah..kalau nak suh buat keje2 berat soh je lelaki...hoho

* Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.
-Sebab kalau halus ngan halus....dah confuse plak nanti kan..


* Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
-Sebab....nanti kalu ada anak degil dia x takut lak ngan bapak....sebab suara bapak ngalahkan mak pulak...

* Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
-Sebab....kalau tulang wanita yang lebih panjang, nanti wanita bertambah sifat2 nak mengonker/kontrol suami dan anak2 dan bukannya dilindungi suami..

* Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.
-Sebab....er sebab tulah wanita lebih penyayang...


* Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda
-Ye...tumpuan mata lelaki sememangnya bak cahaya laser dari c*** Julia Perez...sebab tu macam (macam ok...macam) fokus...perempuan semua benda nak tengok/pandang..sebab tu perempuan yang selalu cuai bila bawak keta...sume benda nak tengok...

* Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.
-Sebab....yelah kan..lelaki ni macam lebih fokus..perempuan akan take-note semua benda..teliti la katakan...semua penting..!


* Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki.
-Sebab....perempuan yang banyak menitikberatkan segala kemungkinan...lelaki? xyah mekap..semayang pun xyah tuka baju..xyah bawak 'pampers'...Sebab tu wanita selalunya lebih organize...

* Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit ,surat-surat penting dan kad kredit bank.
-Sebab....semua perempuan dah bawak...watpe dia nak bawak lagi...

* Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm…dan macam-macam lagi.
-Oh...belum cukup wanita lagi aku rupanya....uhuk..

Ok...paham dah kan nape perempuan suka teddy bear dan lelaki suka tendang bola....?
Baguslah kalau paham....Dah...jangan gado..gado...

Friday, January 21, 2011

Ayat Cliche...


Cliche itu bukan kek..bukan juga coklat...sapa2 yang taktau...meh sini:
Ini interpretation aku sebagai contoh...(±) la ye..

● Bila lelaki nak ngorat, tapi x sure awek tu dah ada bf ke blom...
Mesti ayat dia… (±) ”Eh…xpe ke I kuar ngan u ni…”

● Bila lelaki nak mintak no phone kat awek..
Mesti ayat dia… (±) ”I nak koll sembang2 ngan u bole…?”


● Bila lelaki nak tolak awek (mostly sebab x lawa).. 
Mesti ayat dia… (±) ”I dah anggap u macam adik/kakak/nenek I sendiri…sorryla, I x boleh”

● Bila lelaki nak pinjam duit awek…
Mesti ayat dia… (±) ”I kalau x terdesak I x mintak u tau…I pun xmau susahkan u”

● Bila lelaki nak lebih2 ngan awek..
Mesti ayat dia… (±) ”U sayang I x…Kalau sayang..nak ehem2 boleh?”

● Bila lelaki xnak bertanggungjawab…
Mesti ayat dia… (±) ”Ntah2 bukan I punya...ntah sape punya keje…I pulak yang kena..”

● Bila perempuan nak ajak lelaki shopping
 Mesti ayat dia… (±) ”I punya kasut (whatever) dah patah dah heel dia…janji x merayau..” bole?”


● Bila perempuan nak spedo duit lelaki
Mesti ayat dia… (±) ”Mother I sakit la yaaanng! Nanti I ganti balik k..”

● Bila perempuan nak ajak lelaki shopping
Mesti ayat dia… (±) ”I punya kasut (whatever) dah patah dah heel dia…janji x merayau..” bole?”

● Bila perempuan konon2 merendah diri..
Mesti ayat dia… (±) ”Ala…sapa la I ni..dah la x cantik..Mana ada orang naaakk..”


● Bila perempuan nak mintak dipuji..
Mesti ayat dia… (±) ”U…ok x..I biasa pakai saiz s..skang dah kena pakai xxxs plak…lecehla..”

P/s 1: Ni yang biasa aku dengar...dari budak..sampai la dah jadi mak budak ni...Mana blaja eh...ada buku ke..nak tengok..apsal ayat dari dulu sampai sekarang sama /lebih kurang jek..kreatif ke atau xde modal...

P/s 2: tanda (±) tu bermaksud ayat lebih kurang la...xder la exactly sama...

P/s 3: err...aku baru nak g beli PS3 ni...mana murah? huhu

P/s 4: Jangan nak sontap sesodap ghaso ekau yo...den bagitau yo..

Wednesday, December 29, 2010

Beza Lelaki ngan Pompuan time 'LUNCH'

Sawadikaaapppp.....Tuan2 dan Puan2...

Dah makan?
Aku dah....
Kenyang kebuntat lagi haa...
Alhamdulillah...

Tetiba masa ngah p lunch tadi terajin lak mata aku tengok gelagat manusia....
Baru celik mata *tetiba*
betapa berbezanya
Lelaki ngan Pompuan
bila g lunch..

Ok..
Ni hasil pe'nyepai'an aku masa makan tadi kat kedai nasi campur k...
kalu makan kat KEPSI ke...MEKDI ke...
x kira k...
kena 'sepai' len la kot..
takut kaedah pemakanan tu x sama la plak...
huhu



•Nak kuar p makan, sauk je pape…slipa jepun pun boleh…xde mekap2 (kecuali auw2)
•Ada banyak pit-stop..Nak p toilet + touch-up + tuka kasut + panggil konco2 + decide 
nak makan kat mana..

•Makan kat mana pun ok..yang dekat, lagi senang
•Kat opis dah gado…tapi dah kuar opis pun x settle lagi nak makan kat mana…sampai 
dah depan kedai pun belum tentu lagi puas hati ngan pilihan destinasi tempat makan..

•Pilih makanan – ayam goreng/telur goreng/ikan goreng…..ngan kuah sikit…standard!
•Kalau 1 jenis kedai jek…jenuh la…yang sorang nak nasi separuh…sorang xnak nasi
ketul...sorang lagi.....xnak nasi langsung....kalau sebelum tu pinggan makcik tu warna 
warni....siap nak pilih pinggan ikut baju la.....huh! *warna cik 'spen' xnak matchingkan?*


•Pilih makanan sempoi, makanya bayarnya sempoi jugak la...kuar duit..terus
bayar...
•Pilih lauk pun ble buat gado....tadi lalu cam xnak kuah tu...dah ke depan....eh! 
eh!...nak la plak kuah tadi tu....orang blakang usha je la...orang ramai ni...ada
kang....dah nak bayar pulak, baru nak kuarkan wallet la...cari duit syiling la
pulak.......adess...

•Duduk je kat mana2 suka dan available....
•Nak pilih tempat kena tengok kerusi ok ke x, lantai kotor ke x, meja bersepah
ke tak...panas ke x....macam2 aspek nak kena kaji syarat sebelum nak duduk
je tu...

•Sental je...dah basuh tangan (or belum?!) belasah je la..janji makan...
•Tak boleh...tak boleh...kena pakai sudu...garpu - takut tangan bau la
 katakan...telek dulu bersih ke x...lap dulu...cari tisu pulak...
*er..kul bape dah ni*


•Dah makan, terus blah...bantai hisap rokok pulak...kasi can yang lambat nak
duduk kat situ...
*kalau awek, lagi la cepat2 bangun..*
•Dah sudah makan...tunggu pulak kawan2 sudah...ada jugak yang tak malu 
terus touch-up kat situ jugak...pastu bantai berborak ke...bli buah pulak....
*desert la katakan*



Huh..
Pepandai la teka sendiri teka yang mana LELAKI....
yang mana PEREMPUAN selalu buat time lunch k....
Generally macam tu la....
Bukan semua sama...
Tapi tu la yang aku nampak selama beberapa tahun kerja ni..


Jadi, 
Pikir2 kan lah...
Cukup ke tak sejam yang 
En BOSS bagi tuk lunch tu 
kat kita..

Renung2kan....dan selamat beramal......!!

Peace-s