Showing posts with label beruang. Show all posts
Showing posts with label beruang. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Kenapa Perempuan suka PELUK teddy bear...tapi Lelaki suka TENDANG bola...

Tips ni aku ceduk dari PAKAR, cuma aku interpret dengan cara aku sendiri bior aku dan korang paham...
*tamak*

Kenal dan pahamkan perbezaan sifat antara lelaki dan wanita
* Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
-Sebab....dada wanita kan 'berat' sket dari lelaki...lelaki bleh tarik napas dalam2 sebab dada dia lapang dan ringan....so senang berbanding wanita...

* Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
-Sebab tulah..kalau nak suh buat keje2 berat soh je lelaki...hoho

* Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.
-Sebab kalau halus ngan halus....dah confuse plak nanti kan..


* Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
-Sebab....nanti kalu ada anak degil dia x takut lak ngan bapak....sebab suara bapak ngalahkan mak pulak...

* Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
-Sebab....kalau tulang wanita yang lebih panjang, nanti wanita bertambah sifat2 nak mengonker/kontrol suami dan anak2 dan bukannya dilindungi suami..

* Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.
-Sebab....er sebab tulah wanita lebih penyayang...


* Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda
-Ye...tumpuan mata lelaki sememangnya bak cahaya laser dari c*** Julia Perez...sebab tu macam (macam ok...macam) fokus...perempuan semua benda nak tengok/pandang..sebab tu perempuan yang selalu cuai bila bawak keta...sume benda nak tengok...

* Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.
-Sebab....yelah kan..lelaki ni macam lebih fokus..perempuan akan take-note semua benda..teliti la katakan...semua penting..!


* Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki.
-Sebab....perempuan yang banyak menitikberatkan segala kemungkinan...lelaki? xyah mekap..semayang pun xyah tuka baju..xyah bawak 'pampers'...Sebab tu wanita selalunya lebih organize...

* Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit ,surat-surat penting dan kad kredit bank.
-Sebab....semua perempuan dah bawak...watpe dia nak bawak lagi...

* Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm…dan macam-macam lagi.
-Oh...belum cukup wanita lagi aku rupanya....uhuk..

Ok...paham dah kan nape perempuan suka teddy bear dan lelaki suka tendang bola....?
Baguslah kalau paham....Dah...jangan gado..gado...

Friday, December 17, 2010

Miss Honeyz 1st Contest

Cik LULU CALDINA gorges
telah dengan bermurah hatinya mengeTAG aku tuk contest kiut miut ni...
senang jek contest ni....

miszh0neyz

teka HARGE mende alah momel kat atas ni..
even walau telah berlalu zaman2 nak peluk2 teddy bear nih...
namun begitu, adalah tidak salah meneka kan...
just for fun dan leh mengenal kawan2 baru...
huhu

TQ cik lulu

oKEH,
penekaan saya terhadap encek beruang ni adalah berharga
RM 109.90
*siap der lagi sembilan pohsen tu...baru nampak macam bli kat kedai*
Cik Miszhoney





Jangan lupa menangkan la saye....

okeh...
dengan ini saya mengeTAGkan 

Pendekar Petai

dan juga

Hanieza

Kenapa aku der tag lelaki?

sebab mana tau kalu die wat entry ni kot2 menang
maka 'save' la sudah nak blikan hadiah tuk makwe die...
huhu

hanieza sebab die muka2 yang suka layan teddy bear ni..huhu

yang len jangan terasa k..
kalu ble tag ramai2 dah lama dah aku tag..
sume2 aku sayang...
buah kepayang...


peace-s