Showing posts with label can. Show all posts
Showing posts with label can. Show all posts

Tuesday, March 22, 2016

DIY Minifigure Wall Display From Pringles Tube

Assalamualaikum dan hai semua..Sekali sekala meroyan kat sini bagi orang rindu lebih2 sikit....Kali ni nak share mengenai satu lagi projek DIY for my kids room. Projek ni lebih kepada reorganizing plus a lil' bit of decor punya theme la...So, xnak buang masa...marilah kita secara berjemaah buat k...

Bahan2 asasnya adalah seperti di bawah ye....


Pringles tube (Boleh substitute dengan tissue roll / pvc pipes - anything round mcm ni), gunting, pisau, gam, pensel


Ukur lebar mana kita suka...macam saya, saya buat lebih kurang 1.5cm lebar


Like so...



Ada 2 cara...boleh cantum semua dulu baru spray / cat atau spray dulu macam saya baru cantumkan....Huhu


Sebijik2 ahkak tunjuk ni....Kekeke


Kemudian....dengan menggunakan gam yang power rangers..cantumkan gegelung pringles yang dah dipotong dan dispray tu....sementara nak tunggu kering, kepit dulu dengan penyepit baju macam saya or apa2 la yg boleh function as penyepit...kecuali chopstick...Jenuh pulak kang nak pegang je sepanjang nak tunggu kering kan....hehehe

Terkonpius jap tengok tangan dalam gambar ni...apsal jap cerah..jap gelap kan....Well, gilir2 la buat ngan En Dadi....Jap dia yang ambik gambar...kejap lagi aiolls pulak....So sapa punya tangan yang nak kena tenyeh ngan Qu puteh..Qu puteh tu ye...kuikuikui



Ok sambung....sementara gam mengering tu ginilah cerita dia....



Ok dah siap tampal....Konon2 nak buat bentuk A la kan...semua orang dalam rumah ni nama mula dengan huruf A kan....yang x A tu jangan la perasan nak join the club pulak...lalala

Then, angkat slow2 dan tampalkan di dinding...saya sangkut guna paku comel je..so mmg carmouflage la...x nampak...Sorry x tunjuk....X cukup kakitangan nak ambikkan gambar proses menyangkut ni...dah dua2 mastermind sibuk pegang, ukur, tanda dan sangkut...dua orang pemerhati kenit lainnya cuma tolong jadi mandur je buat masa ni...xde bakat lg nak suruh ambik gambar...haha



Kumpulkan segala minifigures....Lego or not....Whatever....Janji comel...


Kekdah nak meletak minifure ini adalah dengan cara letak sahaja

ATAU

Nak lebih kukuh supaya x jatuh  bila ada RESAKSA datang dan rumah bergegar ke apa....Sila tempek sedikit Blue tac (Alah...mende yang kaler biru macam chewing gum bahagian stationery tuuuu - sila baca dengan muncung panjang ok!)

Maka...Inilah hasilnya....


Tiba2 bertukar jadi bentuk STAR sudah....Walaupun bintang x berapa straight khennn...



2 3 hari je tahan...sakit mata tengok bintang senget benget....Maka ahkak tukar lagi formation dia....Wakaka....Jangan marah dengan orang yang xde ketetapan hati ini....Hehe


Modify sikit kasi touch up warna..pastu cantum xde bertema sudah akhirnya....


And you know what...I love this even better....

Alhamdulillah....Habis jugak daku merepek
Well, senang kan....potong2 dan tampal je pun....Dan design yang last tu membolehkan saya menambah bila2 masa in case ada lagi penambahan minifigure...Gitu...

Till Then
TQ for reading
Wassalam


















Tuesday, October 28, 2014

DIY Storage Tube from Pringles can

Assalamualaikum semua...Lama pulak kali ni dijangkiti penyakit "M" nak update blog...Selalu terkejar2 sangat sampai nak pandang blog pun susah...Anyway, TQ pada yang masih sudi bertandang ke sini walaupun Puan blog sendiri sangat mengada blog sendiri pun x berapa pandang.

Masih lagi dengan kegilaan 'memungut sampah' dan cuba repurpose semula...Ecewah..Padahal benda celah kuku je pun sibuk nak gebang kuat2 kat sini...Kikiki...Bagi can la ye...dengan keadaan internet yang macam nak kena lambung ni dan juga keadaan kesihatan yang x mengizinkan...saya cuba jugak la update supaya saya x rindu sangat dengan blog ni..Ye...saya tau awak semua x rindu pun...saya je yang over rindu blog sendiri..kikiki

Kali nak nak share berkenaan bekas pringles yang dah patut2 dibuang lepas habis makan tu..saya sibuk nak kutip dan jadikan bekas storage di dapur.

DIY Pringles Storage Tube


So inilah bahan2nya..yang terlupa nak snap adalah gunting dan pembaris. Lain2 yang tertera dalam gambar adalah: Wrapping paper (saya google dan print sendiri saiz a4 je sebab tinggal sikit je balance untuk 1 can kalau guna saiz a4), Bekas Pringles yang dah habis (sesungguhnya ini adalah bukan iklan Pringles), Label sticker dan Double-sided tape.


Setelah diukur bekas ni saya Double Tape kan bekas ni di sekeliling bahagian atas dan bawah serta bahagian menegak..supaya kemas melekat masa membalut nanti.




Sila fokus kat bekas ni jne...sekeliling yang menyepah tu sila buat2 x nampak...ngee


Siap balut terus labelkan je..Saya dah pernah tunjuk cara melabel dalam post SINI dan SINI


Lekat je pun..Huhu


Siap...Setakat ni ok je sebab saya letak barang yang x perlukan kekedapan. Tapi sebelum ni Pringles yang tersimpan dalam tu pun memang x lemau pun kan...Cuma saya nak make sure letak benda yang x senang rosak. Ni dah dekat 3 minggu saya x blogging kan...stakat ni check barang dalam tu ok je..xde pape kerosakan pun..Huhu...Ni baru 2 kumpul..Itupun setelah dah berapa banyak dah bekas ni terbuang..Kalau banyak lepas ni maybe bole melarat kat bilik anak2 pulak...Ada sapa2 yang ada penyakit macam saya mengumpul barang2 buangan untuk repurpose semula? Kalau ada...Silakan share dengan saya k...Boleh la curi idea sikit...Wakaka

Sekian, TQ for reading,
Wassalam