Showing posts with label key holder. Show all posts
Showing posts with label key holder. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

Diy Wall String Art / Key Holder

A
ssalamualaikum again dan salam sejahtera...Kali ni nak share tutorial mudah salah satu aksesori hiasan dalam usaha saya mendeko rumah...Maklumlah...saya bab2 deko rumah x pandai manapun...tapi saya cuba jugakla mana yang boleh Diy tu memang favourite sangat2..


Bahan2nya mudah je...:
1. Sekeping papan  ( Saya beli di Daiso)
2. Benang yang untuk mengait tu...ada 2 jenis ye..cari yang nipis
3. Paku kayu saiz kecil
4. Tukul 
5. Gunting
6. Cangkuk 2 jenis: Yang bulat penuh dan yang separuh
(Optional - Untuk menggantung kunci dan yang bulat untuk gantung ke dinding)
7. Cat / Spray Paint
8.Template tulisan / gambar yang dipilih



Ok...Mula2 catkan dulu papan tu



Then tandakan tempat nak letak cangkuk untuk kunci..
Agak2 la nak letak banyak mana dan jarak antara kunci tu


Then tampalkan template yang nak digunakan


Kemudian tunggu timing cantik kot2 rasa nak mengamuk kat sapa2 ke...bolehla dilepaskan pada papan ni dengan memaku di sekeliling template tersebut....kekeke



Bila dah siap lepaskan geram (menukul), tanggalkan template tersebut dari papan


Masa ni macam x berapa nampak sangat lagi kan...
Ok...sekarang bolehlah start ambik benang kait tu (x tau nama....wakaka) dan belit2 di sekeliling paku tu...make sure tau mana sempadan huruf / gambar2 tu..kang belit2 jadi gambar / huruf lain pulak.....


Dah siap membelit...saya pilih 3 warna benang konon nak menunjukkan kesan ombre....x habis2 daku dengan ombre ni kan....ngeee


Pada bahagian bawah papan, bolehlah dipasang cangkuk untuk jadi tempat meletakkan kunci


 Dan letakkan cangkuk bulat pada bahagian atas papan tersebut untuk digantung pada dinding nanti..then boleh ikat dengan tali or terus sangkut pada paku dinding


Siap sudah!!!





Ok..macam tu la kiranya tutorial kepam dari saya....seksa nau nak ngabihkan....maklumla....lama sangat x buat tutorial....huhuhu

Sekian dulu,
TQ for reading / viewing
Wassalam



Monday, June 30, 2014

DIY Magnetic Key Holder

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...Hari ni hari ke2 umat Islam berpuasa...Thought of not DIYing anything this month..Tapi macam x boleh je...Lagi pulak nak raya khenzz..opkos lagi rasa terdesak nak settlekan 'lubang' area yang terbiar lagi...Huhu..so xpela..hidup macam biasa..walaupun berganda2 kerja dan aktiviti yang perlu dilakukan...Sebulan je pun...Bukan selalu ye tak...

DIY kali ni dipengaruhi oleh Post sis Nurizzah Majif yang dah di'featured' dalam segmen Guest Blogger dulu...Mak encek pun dah tergoda nak buat sebab En dadi selalu campak2 je kunci beliau, syiling..rokok...dalam bowl ikea yang saya saje letak..jadi nampak x kemas pulak kan...Apalagi..idea Iza tu memang mendatangkan 'TING' untuk saya...So xnak menceceh panjang2, here it is...Bahan2 untuk Magnetic Key Holder ni:



Chalkboard sticker/ spray paint, Alphabet plastic/wooden, Gam Epoxy, Gunting, Gel Double sided tape / paku, Magnet dan Tray / frame (Guna apa yang ada je..)



Sebab nak cepat dan malas..So, just tembak dengan Spray Paint je senang


Plastic Letter ni rembat sikit SuperHEROes punya..Dan saje nak bagi seragam - saya spray dengan Gold Metallic paint


Bila cat dah kering..Bolehla mula tampal2 dulu belakang tray ni dengan double sided tape..
Skip kaedah ni kalau guna paku or lekat dengan cara lain..





Then boleh lekatkan magnet2 pulak dengan menggunakan Gam Epoxy


Same goes to the letters - gamkan


Untuk orang yang mata xde piawaian macam saya ni..sila tanda supaya bila dah lekat nanti x senget benget




Lepas tu kalau ada penyekit OCD macam saya ni...sila tulis sikit supaya *ehem En Dadi tau mana nak kena letak sekian kunci..bukan main lekat sesuka hati je...Tulisan buruk xpe..Janji paham..Huhu

So itulah DIY untuk hari ni...

Sekian, TQ for reading
Wassalam


Wednesday, June 18, 2014

Guest Blogger: DIY Key Holder by Nurizzah Majif

Assalamualaikum semua...Kembali bersiaran hari ni dengan seorang lagi blogger comel si Nurizzah Majif. Di blognya Iza ni banyak bercerita mengenai kehidupan hariannya...tips2 susun atur dan juga berbakat dalam menyediakan Candy Buffet/Homemade Ice-Cream/Photoprops + booth dan x ketinggalan juga suka berDIY. Haaa..dah geng la tu kan...haha

Kali ni saya nak highlightkan DIY Key Holder dari Iza. Dengan hanya menggunakan barang2 dari Daiso / Mr DIY..dia berjaya membuat penggantung kunci yang sangat praktikal dan comel...Which I have yet failed to do so for my own home..hukhukhuk...Xpe2..nanti la aiolls terjah jugak Mr DIY ngan Daiso tu nanti....

So here's the sneak peek


Comel dan sangat adorable kan...
Untuk cerita di sebalik Key Holder ni sila terjah beramai2 ke
Serius..baca blog dia saje2 pun sangat fun sebab dia bercerita santai je...
Rasa macam dah kenal lama gitu

Sekian, TQ for reading
Wassalam