Showing posts with label cardboard block. Show all posts
Showing posts with label cardboard block. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

DIY Marquee Lights

Assalamualaikum  and Hi again.... Hari ni hari lemau...sebab dua otomen demam + selsema lagi...Jadi maminya pun turut lemau jugak sebab kurang tido...Tapi xpe..hidup perlu diteruskan..dan DIY tetappp hado...dun worry k...


Jom buat benda ni.....


Sebelum saya tunjuk step by step....
mari kita tgk bahan2 yang diperlukan...


Cardboard Alphabet Block (saya beli di Kaison) @ Alternatif:  DIY Initial Word Block, 
Lampu liplap (Jenis LED lagi cantik), masking tape/cellotape, pensil, pisau exacto, pembaris, spray paint
Satu lagi - 'Blu Tac' (xde dalam gambar)


Mula2 ambik Alphabet Cardboard tu dan tebuk dengan exacto knife sepanjang bahagian tepi huruf yang dipilih supaya dia terbukak macam kotak (ni kira bahagian belakang la ni..)


Lepas tu potong sikit bentuk ala2 'V' pada bahagian bawah tempat yang ditebuk tu supaya nanti senang nak keluarkan wayar lebih..dan supaya kedudukan huruf tu nanti lebih stabil dan x terganggu bila kita dudukkan dia...Paham x ni?


Sebelum tandakan bahagian depan alphabet tu, jangan lupa kira dulu jumlah 
lampu liplap tu dan bahagikan sama rata berapa banyak untuk 1 huruf.
Then boleh ukur dan tanda dengan pensel...


Macam ni..tanda 'X' tu adalah tanda untuk ditebuk untuk masukkan lampu..


Tebuk bentuk 'X' dengan pisau then ambik pensel atau apa2 penebuk ikut besar kepala lampu...
supaya senang nak masukkan lampu tu nanti..




Dah siap tebuk jadi camni..Spray paint dulu then bolehla masukkan lampu liplap yang dah dibahagikan tu ikut belakang yang ditebuk tadi...just tebuk je ikut urutan..mula dari bawah pada tebukan 'V' tadi...dan akhirnya pun pada 'V' tu jugak..senang nak keluarkan nanti dan teruskan pada yang huruf yang berikutnya...Jangan lupa cellotapekan lampu2 tu supaya x 'meliar' sangat dan lekatkan balik bahagian belakang yang ditampal tu supaya x nampak wayar2 yang berselirat tu...

Sorry..part yang ni memang xde gambar sebab syok sangat buat sampai lupa nak ambik gambar...

Tapi xpe...kalau x paham jugak boleh tengok sini..



So jadi la macam ni...Cuma saya xde letak pembaris...saya gantikan 'Blue Tac' untuk lekatkan pada meja.
So senang bila2 saya nak ubah2 cara letak nanti...





Jeles ke? Kalau jeles sila buat k..
 Sekian dulu..Tq for reading.
 Wassalam

Tuesday, November 12, 2013

DIY Initial Word Block

A
ssalamualaikum semua...Lama dah rasa x post pasal DIY kan...Rindu pulak..disebabkan kerinduan itu maka saya gagahkan juga buat 1 DIY simple tapi maybe boleh jadi 1 penjimatan hebat buat orang2 yang suka kraf/wedding/photobooth cam saya ni kan....Banyak jenis 'Word Block ni sebenarnya...Kegunaan pun macam2...Font pun  banyak jenis jugak...Tinggal nak siap duit 'macam2' je kalau malas nak cuba buat..Hehe...
Our Metalvetica Letters make a statement. Big time! Spell words or just a single letter will stand out, we also offer the "& " in this range perfect for linking two initials together- ie G & T !  Metalvetica letters In sans serif font are chunky blocks of metal,with a rough finish   Each letter is made from hollow steel,lightweight and wall mountable or free standing.  Letters available -&nbs...
Jenis Metal
Source: Pinterest

i love this for a guestbook - could spell out a word like "love" or our initials! or the date

Jenis Kayu (Yang ni paling popular!)
Source: Pinterest

Lama dah saya berangan sangat2 nak dapatkan 'Word Block' ni..Selalu dalam wedding or setting table orang selalu guna benda ni..puas saya cari merata...sampai ke Ebay pun ada...Tapi dah namanya kedekut memandangkan x selalu guna + mahal. Tambahan bila ada 'Ting' kat kepala konon nak cuba buat sendiri dulu mana tau jadi ke...So saya pun try...Senang je benda ni...B2b mesti suka sangat benda ni kan...dah..dah..xyah beli...Meh ahkak ajar buat sendiri je..

Bahan2 yang diperlukan: PC/Laptop/Whatever yang ada software 'Office' -xpun, apa2 software yang setara @ lebih dari 'Paint' pun boleh; Kadboard @ Artcard (Janji keras sikit dari kertas biasa); Printer; Gunting; Gam; apa2 hiasan - x kisah la labuci ke..cat ke...kertas warna ke..terpulang nak hias cemana..DAN yang paling penting, SABAR. Benda ni senang je sebenarnya..Cuma nak kena sabar sikitlah...

Ok, mula2 sila ke SINI dan Download + Install tulisan "Punched Out". Iklan sikit...Banyak tulisan cantik2 kat site ni..kalau rajin browse boleh dapat banyak sangat tulisan cantik2...Yang lebih best...Free pulak tu...Wehuuuu

Lepas Download dan dah Install dalam Pc or whatsoever, bolehlah start create..Macam saya tunjuk ni adalah dalam Word ok..Senang sikit nak ajar sebab almost semua orang pakai word kan..


Font: Punched Out
Size: 850 
Word: Sukahati nak letak apa


Selepas print 



Selesai gunting + Gam 
*Note: Saiz 'block' ni bergantung pada saiz kertas..
A3 dah tentu akan nampak lebih besar dari A4 ye x...

So, basically itu je la...X susah kan...yang susah tu sebab nak kena hati2 gunting dan tampal tu je..Bila dah siap memang saya sangat berpuas hati...sebab jimat dah RM45-RM60. Satu huruf ni kalau dekat Typo adalah Rm15..Kalau ada promo - Beli 3 dapat Rm30..Tapi jarang la berlaku...Nak murah lagi p KAISON..Rm 6.90 Se'blok'...Namun Xkan kalau namanya empatbelas huruf ko nak p beli empatbelas jugak khennn..Hehe..Yang ni? Boleh print brapa banyak huruf ikut suka..janji rajin je..And...boleh customised lagi..Memang la yang Typo tu kayu..lagi nampak cantik..Cumanya, sayang nak 'usik' /  deco lebih2. 

Hasilnya macam ginilah...huhu



Ni pulak sebab mak ko sungguh2 nak tunjuk hasil DIY ni...



Tapi x sampai 5 minit...PUNAH!





Walaupun En Dadi dah pesan...X lama tu...
Tapi sebab saya degil...
Dan ingatkan sebab diorang dah biasa tengok saya buat DIY so diorang x usik la..
Silap rupanya...Isk...Nasib...Nasib..


Well, itu ajelah DIY saya kali ni
TQ for reading..