Showing posts with label rumah amal buah hatiku. Show all posts
Showing posts with label rumah amal buah hatiku. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Rumah Amal Buah Hatiku versi penipuan

A

ssalamualaikum semua..Agak2 ingat lagi x saya pernah share 1 entri berkenaan Rumah Amal Buah Hatiku (RABH) dalam blog ni tahun lepas....Kalau lupa..sila ke ENTRI ni..Tapi jangan percaya dah segala perasaan kasihan ataupun rasa sedih yang saya atau orang2 yang terlibat mengomen mengenai RABH ni...kenapa?



Ok, macam ni...ni bukan nak berlagak...cuma nak mengukuhkan kebenaran yang sedia ada...Sebenarnya rumah ni telah disedekahkan oleh Abang +Kakak Ipar saya memandangkan memang niat diorang untuk sedekahkan sebuah rumah untuk anak2 yatim/fakir miskin. Tapi dunia sekarang...Amal jariah pun orang nak ambil kesempatan...Rumah tersebut rupanya berlindung di bawah Global Ikhwan Sdn. Bhd. yang berkait rapat dengan Al-Arqam yang telahpun diharamkan sejak tahun 1994.

Saya pun kesal sebab  saya kemain bersimpati dan menarik ramai kawan2 tuk turut sama2 bersimpati dengan RABH...saya malas nak selongkar banyak2...sebab kalau nak baca semua fakta dari saya dalam blog ni...memang xtaulah bila nak habis entri ni...So, kalau rasa nak tau tentang kebenarannya, silalah ke blog Abang Mazidul  di SINI dan SINI..serta entri dari Blogger Gojes-Zeeda Aziz di SINI. Ataupun, rajin2 la google berkenaan penipuan RABH ni...kalau dah baca tu..nanti memang boleh sampai pening sebab dah berkait dengan rumah amal kebajikan lainnya pulak...adoi..

Yang paling menyayat hati tu..berkenaan anak2 kecil yang dikatakan YATIM dan FAKIR MISKIN ni...sebenarnya mereka x YATIM pun...Pengurus rumah tersebut iaitu Pn Asiah sebenarnya adalah isteri ke-3 Ustaz Ridwan Alisabi. Ustaz apa macam tu...meYATIMkan anak2 sendiri demi kepentingan diri sendiri dan penggiat Al-Arqam je...Memang x patut...Saya x paham macam mana orang2 ni semua boleh menerima ajaran ABUYA yang jelas terpesong macam tu je..


Inilah Dalang utama - Ridwan Alisabi dan ketiga2 isterinya...Yang tengah pakai tudung biru itulah Pn Asiah iaitu pengurus Rumah Amal Buah Hatiku. Isteri pertamanya tu pulak (Bertudung biru gelap) pengurus sebuah Rumah Amal di Kajang. - kredit Blog Abang Mazidul

Padanla masa saya pergi RABH menjenguk budak2 tu muka semua lebih kurang je...dan nama budak2 lelaki semuanya bermula dengan 'Muhammad'..Apa punya mak bapak macam ni...Kata kakak ipar saya: Pn Asiah kata x salah mereka menerima bantuan sebab suami dia x kerja, so diorang orang susah a.k.a fakir miskin. Jadi susah yang p kahwin sampai 3 tu pasal apa...susah nak kerja..tapi buat anak ramai2 sampai 20-30 orang x susah pulak...!!


Kredit: Blog Abang Mazidul

Perkara ini dah dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JAIS..Kakak ipar saya bagitau dia dahpun bagi notis supaya mereka hangkut anak2 mereka keluar dari rumah tu...Kejam? kejam lagi mempermainkan perasaan simpati kita sebagai umat Islam...x payah nak cakap pasal nak menolong sesama umat...Sesama umat sendiri yang mempermainkan sesama agama..Lagi pulak..barang2 yang disedekahkan tu..bukan semuanya habuan anak2 kecil tu pun...kebanyakannya dijual semula di kedai2 naungan Al-Arqam...Seriously dumb and nonsense....Lagi tambah mental mengenangkan Pn Asiah yang memeluk saya erat2 sewaktu kunjungan kitorang sekeluarga Ramadhan lepas...Gila berlakon..!



Saya xnak detail sangat pasal 'ABUYA' whatsoever sebab Blog Abang Mazidul dengan Blog Zeera Aziz dah banyak sangat explain pasal kegiatan yang x pernah luput ni..Saya punya concern sekarang adalah berkaitan anak2 kecil yang semestinya x tau apa2...Apa jadi dengan nasib diorang kelak..Ke hulu ke hilir membawa title anak yatim just for their parents selfish act. Apa2 pun..pengajaran lagi buat kita semua...lepas ni..even nak menderma pun kena refer Jabatan berwajib dulu...Walaupun macam berkira dan x ikhlas..tapi at least kita x membabi buta menyokong orang2 lahanat macam mereka2 ni...

Sekian, Thanks for reading...

Monday, July 9, 2012

Rumah Amal Buah Hatiku

A
ssalamualaikum kawan2....Pagi ni aku nak share sikit info yang agak menyentuh hati...So, moga2 pas baca ni kawan2 semua ada rasa insaf dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan...walaupun x besar dan mewah dalam hidup kita...

Disebabkan dah nak dekat posa...Macam biasalah kompeni aku ada banyak function untuk berbuka kan...salah satunya adalah untuk berbuka dengan insan yang x bernasib baik...iaitu anak2 yatim, ibu tunggal dan fakir miskin....

Setiap tahun...makanya lain2 la rumah yang bakal kitorang kunjungi....bukan senang nak cari..walaupun GOOGLE ada sekalipun...sukar nak tafsir rumah yang lebih memerlukan....Maklumlah...sekarang kan retis memanjang serbu Rumah anak yatim je kan...So, untuk company ciput macam tempat kerja aku ni, biarlah kami berbakti pada yang kurang spotlight supaya amal bakti kami ni bukan hanya sekadar untuk masuk suratkhabar...malahan biarlah berkesan di hati kami2 pekerja kat sini...

Tapi hati aku tergugat  sikit bila nampak status SIL aku di FB:

Scrapbook photo 2
Ada sebuah rumah yang saya percaya penuh rahmat dan kasih sayang Allah di situ. Jika kawan-kawan yang terasa ingin menumpang rahmat dan dapat lebih kasih Allah daripada biasa, bolehlah berkunjung ke situ. Peluk dan usap kepala mereka sudah cukup memadai bagi mereka. Kalau boleh berjanjilah dalam hati untuk membuat comeback dan usap lagi kepala mereka. Dengan penuh kasih sayang juga saya berikan alamat itu kepada kawan2. Jika kawan2 ada lebih dari sekadar kasih sayang, boleh juga dihulur kepada mereka. Rumah Amal Peribadi Mulia, 22, Jalan 7/3C, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. :)

Rumah ni baru je ditubuhkan...jadi x ramai orang tau...melalui komen2 yang berikutnya, ada terbaca plak yang pada 14 JUN 2012 - kanak2 yang seramai 21 orang berumur di bawah 6 tahun ni hanya breakfast JEMPUT2 KOSONG SEMALAM punya...Sayunya aku rasa....sedangkan pagi tu aku kemain sedap melantak Subway kan...x pernah sesusah yang aku rasa sampai kene makan breakfast semalam...and, bagi budak2 umur bawah 6 tahun..apalah dia tau tentang kekurangan yang dilaluinya tu...

Scrapbook photo 5

Masa baca status tu...rasa nak packing stok makanan2 Arell ngan Adean yang selalu x pernah habis or yang selalu menjadi habuan lantai tu untuk dihantar ke sana...Dah jadi mak2 ni mmg hati mudah tersentuh bila bab2 budak2 terbiar ni...Nak2, aku sendiri anak yatim...Lagi la rasa syahdu...Time2 nak raya pulak tu... Kawan2 yang kenal aku masa kat UPM dulu tau la cemana musafirnya aku time raya...menumpang kasih orang tumpang beraya kat rumah kawan2...

Mereka terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan anak-anak yang dihantar khas oleh orang tuanya untuk mendapatkan didikan agama yang baik. Jadi kalau ada masa, dan ada kelapangan...jemput2la ke sana.. rumah amal ni ada juga Blog kalau2 ada yang sudi nak buat sumbangan yang lebih lanjut...boleh tengok SINI ye..sesiapa yang nak buat sumbangan terus boleh juga bank in ke akaun Maybank di 562414006411 - Peribadi Mulia. Boleh call Ustaz Ridwan atau isterinya Asiah di 019 2303789 - penjaga rumah tu. Sudi2 kan la...



Aku percaya..ramai kawan2 yang bermurah hati nak membantu bukan saje kanak2 ni...tapi kanak2 lain yang senasib dengannya juga....X payah tunggu raya pun boleh beramal kan...Doakan aku ada rezeki supaya dapat berbakti pada manusia2 semacam ni...Amin...