Showing posts with label busuk. Show all posts
Showing posts with label busuk. Show all posts

Friday, June 24, 2011

What would you do IF...

Kadang2 ada benda mudah yang memerlukan semangat kental dan keselambaan yang tinggi tuk berkata-kata....
Bukan sebab nak sakitkan hati sesapa...Sebab xnak sakitkan or mengecutkan hati orang la kene kadang jadi pening...tatau macam mana nak cakap...

Situasi selalunya mudah...tapi, APA NAK BUAT BILA:

1.   Kawan satu opis x pernah pakai deodorant (xpun memang x mandi)...bila masuk ofis je...fuh, mak ai!! Gila kaw!! Nak2 dia duduk pulak depan kita..

2.   Ngah dating sambil gelak2..terperasan yang si boipren punya taik  hidung berselepet sampai setiap kali dia bernafas, maka termuncullah sekali sekala terkeluar rongga menuruti hembusan...

3.  G kenduri bawak awek seksi cun melecun, tapi kat gigi ada tercalit lipstik masa dia tergelak besar dengan usikan kawan2 kita.

4.  Bos suruh masuk bilik dia konon nak assign kerja, tapi arahan beliau keluar ngan bau petai semerbak dan cili terselit di gigi.

5.  Pergi 'blind date' la konon, tapi bila jumpa2 je nampak zip seluar terbukak sambil mata menangkap sesuatu yang polkadot hijau.

6.  Naik bas sebelah awek, time awek tu nak turun je tetiba tengok seat sebelah ada tompok darah. Ouch!!

7.  Naik lif 1st time ramai orang, tapi dihimpit pulak dek mamat yang berbadan besar yang mana ketika itu perut kita ngah terboyot berlanggar ngan punggung mamat tersebut. Ayark..

8.  Dapat bini bukan sahaja kuat berleter, malah bila cakap tu suka menyembur-nyembur air liur.

9.  Gadis yang diminati duduk depan kita, tapi masa duduk tu terserlah pulak bintat2 merah kat celah.. sebab baju dia pendek sangat. Hmmm

10.Dapat jiran sebelah yang bukan sahaja kepoci, setiap kali kita keluar, dia mesti keluar jugak nak tanya pergi mana.

Cemana? ceciter.....


Wednesday, January 12, 2011

Katakan tidak kepada si PELAGAK itu...

Salam 
1 MALAYSIA!!

Tetiba cam PATRIOTIK kejap..
hehe

Betapa lah beruntungnya jadi rakyat MALAYSIA
Macam2 kita ada, sedar x sedar
dah nak masuk ke-54 Tahun dah
Merdeka taun ni..(Ogos nanti le)

Masalah aku di sini ialah
Aku bukan nak cerita pasal MERDEKA..
Aku nak cerita pasal
Betapa bestnya dok MALAYSIA

Sebab terdapat banyak makanan BEST2!
Best la..sebab aku banyak gila makan..
Makan membuatkan aku GUMBIRA..
Hahahaha...

Owh...
Sebelum aku melarikan diri dari tajuk
Aku nak STORY sket

Ni berkenaan makan la ni..
Dah kata aku kuat makan kan...
Tau2 je la..

Bangsa tekak 1 MALAYSIA
Sume aku bedal la..
Except yang xleh tu xder la aku santap jugak

So,
BUDU, BELACAN, TEMPOYAK
Segala bagai tu mak telan jer..


Aku bangsa makan memang senang..
Nak bawak g majlis lagi la senang
Sebab xyah risau aku x makan itu ini..
Apa yang ada aku bedal je

Nak dijadikan cerita
Time LUNCH aku la manusia paling seronok
Sebab bleh 'berkarya' dalam pinggan


Penuhkan segala macam
Pape yang aku rasa berkenan



Yang aku x puas atinya..
Ada sorang manusia ni..
Haip!!
Jangan tanya sapa la..
Confirm aku kata biarlah rahsia..

Aku sedar la aku ni sume sapu..
Dah aku makan pape ke
Adalah hal aku..
Kalau yang agak2 busuk ke hape..
Aku pandai la cover..

X caya tanya la En Dadi..
Even aku makan PETAI-JERING skalipun
Dia xkan bau pape punya..
Aku bukan x paham
Kalau orang xleh terima..



Ni x...
Aku elok je amek...
Dah kena sound..Kuat lak tu...
Sume orang pandang...
"Eh...tu pun makan..busuk la..."
(1 kali dia smash aku)

Aritu kena gak
"Eh...malu la nak makan tu..."
(Patutnya yang ni yang 1st)
Dahtu..nak cakap ulang2 sampai balik opis
Siap kepoh2 cita kat orang yang x join tadi
Macam aku sudah telan satu BIAWAK TEMBAGA besau

Aku siyes tobat ngan die ni
Kang aku SMASH balik kang
Mau x bertegur seratus taun kang..
dah nama orang MALAYSIA
Apa salahya aku makan pun..
Ko x makan ko nyer hal la..
Aku x ejek ko pun..
Orang lain x bising2 macam kau lak tu..

Mulut aku busuk petai..mulut kau 'busuk' cam ...tuuut!!

Tapi aku DIAM je la..
(dalam hati je...k..FINE!)


Huh!!
Siyes aku xmau makan ngan kau dah
Makan sorang2 lagi baik..
Kecoh!!
(err..belagak ke macam tu..)

Peace-s